WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 10, 2011

KESIAN KORANG BARU PANDAI NAIK MOTOR

Salam buat semua. Petang tadi, Imanshah ke restoren kegemaran  Imanshah. Bukan apa, dah lama Imanshah menjadi pelanggan tetap di situ. Hampir 9 tahun. Tidak jemu dan tidak pernah akan jemu. Makanan yang sama, minuman yang sama. Kawan-kawan mampu?? haha. Tetapi sejak akhir-akhir ini, Imanshah terasa agak keberatan untuk singgah selalu. Bukan kerana masakannya sudah tidak seenak dulu. Bukan juga kerana pelayan wanitanya tidak seramah seperti sebelumnya. Namun, Imanshah dapati ada sesuatu yang tidak kena apabila kedai premis kosong  sebelah restoren itu telah diduki oleh bengkel membaiki motorsikal.

Bengkel ini dimiliki oleh anak-anak muda dalam usia 20-an, dan dimiliki oleh bangsa melayu sepenuhnya. Seronok melihat anak-anak muda ini mengembangkan pekerjaan mereka. Selalunya jika berlaku kerosakan pada motorsikal, Imanshah akan menghantarnya ke bengkel milik bangsa lain. Kini, ada juga bangsa kita yang berniaga. Namun, rupanya anak-anak muda ini jenis kurang faham tentang adat ketimuran dan budi bahasa. Imanshah dah perhatikan banyak kali mereka suka berbuat bising dengan press motosikal yang dibaiki dengan kuat sekali. Bingitnya hanya Allah yang tahu. Sudah berapa kali juga Imanshah tegur supaya motorsikal itu tidak di press sebegitu rupa. Yalah Imanshah selalu baiki motorsikal di kedai cina, tak da pun acara press mempress ini diadakan (maaf pencinta bahasa). Yalah korang nak dengar dengar, tak nak dengar jangan nanti Imanshah adukan kepada Majlis Bandaraya ipoh.

Petang tadi mereka buat lagi. Imanshah malas lah nak bertemu mata dengan pemilik bengkel. Lalu Imanshah pesan kepada pelayan restoren supaya sampaikan pesanan kepada mereka. Pesanan berbunyi.
Kesian kat korang ya. Baru pandai naik motor agaknya. Itu yang dok press motor sampai tak ingat dunia.

Tiba-tiba bunyi hodoh motorsikal tidak kedengaran lagi. Agaknya sudah nak tutup kedai atau pun memahami mesej yang Imanshah sampaikan. Sesekali, kena juga mengajar dengan cara ini.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

hahahahha..pecah perut ayu gambor last tu..
waka..waka


cikgu...hal2 mengpress tu,bukan kat tempat cikgu jer

kat sebelah umah pun depa main press....press...sampai tidur pun tak boleh..

adoiii

Oasis said...

Saya tabik spring cara cikgu tegur budak2 tu...jarang kita jumpa org yg berkias2 dlm menegur kesalahan org.

Raji berkata said...

awww tu lah kan
bknnyer tak kesian tapi tu lah xnak dgr ckp.. bila cikgu tegur elok2 tidak diendahnya.. haishh

Muhamad Zaki Zafir said...

setuju dgn cikgu.nak press tu pun berpada2lah..dgn asap motornya masuk ke kedai makan.x elok.

tibe2 tringat filem seniman bujang lapok.duk press2 moto mlm2 tibe2 je moto hilang, naik atas bumbung.padan muka.

ain fathihah said...

cara menegur tu memang sentap lah. hehe. rasanya kalau pergi tegur 'jangan bising', makin bising dibuatnya.

h A n Y S said...

kat sni acara press mempress tu pon GIAT dijalankan gak cikgu..rasa nak hempuk je moto tu..hohooo..
btw, gambo last tu, sumpah klako! kreatif jgk dorang ni ea? hahaha

white rose said...

teringat cerita lawak tentang motor...

urm, bgus laa abg smart ni,
ade ciri2 lelaki yg baik...

kakcik said...

Jiran kakcik (seorang bekas guru yang kini bekerja di pejabat) pun kalau dapat press motornya, kalah budak2 muda nak pergi merempit! Boleh gugur anak dalam kandungan dek terkejut dibuatnya. ;-)

Afida Anuar said...

Tak lain tak bukan...bangsa kita la yang selalu lagu tu. Tak pernah pulak saya tengok anak2 muda cina duk preh2 motor...

n@jwamz said...

hahaha klako gambar tu..
biar padan muka dorg, mmg sakit hati kalau bunyi moto yang hingaq tu haa..

cik bebel said...

hmm mengganggu ketenteraman awam tol..bebudak baru nak naik kan....

::FAIZ FARISH:: said...

e bahaya la naik moto mcm tu

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu..:)
klu mende tak betl,patut ditegur kan??tapi jarg org kte nak menegur ni...:)
ble ditegur takut melenting plak...:)

hysman said...

terbaiklah cikgu...
berani bersuara itu yg terbaik..
itulah die mereka.......

~Indah bahasa..mempress?? hehe

nurkass said...

bukan motor je iman, kereta pun sama..

tah apa yg direpairnye sampai kena tekan minya tu berkali kali..malam plak tu..ggrrrr

bobhandburry said...

Moto besa boleh tahan.. kene moto kecik lagi kesian

zu
http://www.zuwairiaiman.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget