WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 27, 2011

KILANG KICAP JE!!

Bila buka FB ada je orang hantar meseg. Ni Imanshah yang dulu belajar kat Universiti Sayang Menyayang ke?? Ni Imanshah yang dulu amik pendidikan ke?? Bila chat plak, Imanshah kerja kat mana?? Eh kenapa tak jadi  cikgu??   Eh bukan dulu awak lagi hensem ke?? Eh bukan   awak belum   kahwin ke??

Pening nak menjawab. Yelah Imanshah mana lagi. Padahal Imanshah dulu dan sekarang sama je. Bila tak menjawab, dikatakan sombong. Bila tak tegur kata berlagak. Tapi bila jawab, ditanya macam-macam. Kerja kat mana, anak berapa? Tinggal kat mana? Dulu belajar kat mana. Padahal dalam FB sudah tercatat semuanya. Takpalah , sebab Imanshah peramah, Imanshah jawab jelah. Kawan-kawan Imanshah pun sama-sama peramah juga.

Haha, tapi rupanya Imanshah baru tersedar patut depa dok tanya macam-macam benda asas walaupun mereka tu semua kawan-kawan satu U dan sekolah. rupanya Imanshah dah tukar maklumat peribadi. Huhu. 

Works at : KILANG KICAP JE

Studied at : SEKOLAH PONDOK JE!!

Status : DIVORCED

Patut le..Hehe



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

areteacar said...

memang kena jwb le kalo hok gitu. haha..

a kl citizen said...

kilang kicap mana yang iman keje? ada post kosong tak situ?

khaifaiz said...

Haha.. x dapek den nak menolongnya.. huhu..

Hafzan Sarah said...

tak terkata apa-apa..*gelak
hahahaha

entri terbaru:
Kisah Cinta Pertama Aku

Cubaan Bunuh Diri Di KB MALL

alinac lover said...

ptot lerr

adol ihsan said...

yang lain diaorang tak kisah, diaorang just amik peduli pasal STATUS cikgu tu je ..

Heheh..

Dinas Aldi said...

akak pun nak tulis akak kerja kat kilang belacanlah :D

Tukang cerita said...

maksudnya dorang bacalah profil awak ye...
kalau akak, tk prihatin sgt pun.... :)

cikgu isza said...

dok ipoh kkena cuba kicap pelangi..
sedap gitew..

Raji berkata said...

eh cikgu bukan kerja kat sekolah ker?
sejak bila pindah kerja kilang kicap
konon2 xphm*

mR.sYaH said...

hahah.. patutlh.. dorg waswas tu yg tanya byk2 tu..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

haha..jual kicap pun boleh..masyuk apa..

Kalamhati said...

kihkihkih..nok oda kicap sebotol!

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhh kicap tamin ni sedap wo.... dah lama cari ... dulu ade masuk pasaran johor tapi sekarang dah tak ada...

taukey kicap kaya apa... inikan jual kicap atau pekerja kilang kicap

Afida Anuar said...

Divorced?? tu la shah, pandai2 sangat tukar maklumat...eceh..

divorced=putus cinta ka? errr

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget