WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 21, 2011

KUSUT

Besok, kembali dari pertapaan untuk bertamu semula di alma mater yang telah kusinggahi selama 8 tahun, Alma mater yang mana bukan tempat aku dibesarkan, tetapi di sinilah aku memulakan kerjaya sebagai pendidik. Lapan tahun bukan satu tempoh yang pendek. Lapan tahun membina kerjaya. Terkadang badai datang melanda, berjaya ditepis. Namun terkadang tiba jua ribut taufan, akhirnya tewas tak bermaya. Namun bak kata orang, kegagalan yang sebenarnya adalah mereka yang tak mampu bangun lagi. Walau jatuh akhirnya aku mempu berdiri jua. Kembali bertatih, membina semuala kekuatan yang hilang. Alhamdulillah, kusyukuri nikmatmu tuhan.

Buat mu teman-teman, terima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Keakraban persahabatan kita mendorong hati lelaki ini untuk terus tabah. Pesan pak guru, walau apa jua kesedihan yang kau tanggung, simpanlah di hatimu. Biarlah manusia lain mengenalimu kerana keramahan, dan keceriaanmu sahaja. Ya Pak guru, telah kusempurnakan pesanmu itu.



Namun sampai bila pak guru?? Kepada teman-teman, jika aku hadir ke tempat kita tanpa sapaan ramahku lagi, maafkanlah. Sudah penat aku menahan amarah mendengar cerita-ceritamu tentangku di belakang. Andai aku kini jarang dapat dilihat lagi dengan pandangan mata kasar kalian, bukan aku merajuk atau melarikan diri, hanya ingin berehat seketika dari kekalutan fikiran dan kekusutan jiwa sahaja. Bukan berdendam, jauh lagi memusuhi, kerana siapalah kita Hamba yang lemah untuk saling memusuhi, sedangkan Allah maha penyayang. Semoga Allah jua yang akan memberi keampunan untuk kita semua. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Kaseh said...

kadangkala dgn kekusutan ini mengajar kita erti kehidupan sebenar kan iman..

DaHLia said...

hmm 8 tahun!
memang sungguh lama..
cikgu imanshah cikgu BM ke? lama dah nak bertanya sebenarnya.. :D
bahasa memang penuh puitis..tak tercapai dek akalku..

Afida Anuar said...

luahan rasa yang tulus dari hati lelaki yang bernama guru...

cikgu...cikgu kuat..saya tau;)

Raji berkata said...

yea cikgu seorang yg tabah~! ;D
8 tahun anak2 murid cikgu pun ad yg dh berjaya kan? ;D

Semarak Api said...

alma mater tu ape ek ckgu?huhuhu.

Dlm byk2 entry,entry ni sy x bpe nk phm -.-

Qamarul said...

time kaseh cikgu..
sbb didikan cikgu lah saye berjaya hari ini.. ha3

nurkass said...

salam iman..
betul lah tu dik..pergi tenangkan hati dan fikiran dulu..lapangkan dada..jgn lupa beristighfar selalu..insyaAllah..hilang segala kekusutan..

gadisBunga said...

SA: alma mater tu tempat belajar. dalam kes cikgu iman ni, tempat dia belajar membina diri sebagai pendidik. (eh, tertolong jawabkan pulak. hu~)

*iman, come back soon if u ever think of hiding. :)

Oasis said...

8 tahun..? Hurmmm, satu tempoh yang agak lama tu. Kalau kahwin, mungkin dah dapat anak 4.

::FAIZ FARISH:: said...

8 Tahun? wow

makdara TERdiva said...

wah! lama tu..semoga terus bertahan demi utk mendidik anak2 bangsa kita.. :)

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

jasa mu tetap dikenang oleh anak murid

Wassalam

norfaridahanum said...

selamat kembali ke sekolah!

ibuintan said...

banyakkan sabar Iman....

ibu tahu sebab dah 23 tahun menghadapinya, dugaan dan cubaannya banyak...

memang kita kena kuat, sangat kuat sebenarnya... terlalu banyak mata dan hati yang memerhati dan menilai kita

ikan emas said...

apa hal ni cikgu ??

iyer la..ke mana atau apa pun pekerjaan kita semuanya ada cabaran..pokoknya mulia sungguh

YUL said...

lama sungguh, hurm, sabar je lah ye bro, mungkin nie semua dugaan dr tuhan

CIK TOM said...

pergh bahasa...puitis...nape ni abg shah...ade prob?cool k :)

~Insan Biasa~ said...

Tabahlah wahai hati...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget