WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 5, 2011

LAST TOUCH UP!

Malam tadi, berkesempatan seperti malam-malam sebelumnya mengunjungi Rumah Merah untuk melihat persiapan terakhir untuk sukan tahunan. Meriah sungguh, ada yang berkawad, ada yang melatih pasukan sorak, ada yang berkhemah dan ada yang menyiapkan pakaian untuk berkawad. Semuanya ada peranan masing-masing. Di sinilah mereka membina bakat kepimpinan mereka. Sebagai guru, kami hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja, semuanya diuruskan oleh para pelajar. Dari hal pemilihan atlit, sehinggalah kepada rekabentuk rumah sukan.

Selalunya, malam sebelum hari sukan memang meriah. Para pelajar akan sanggup bersengkang mata untuk memasang khemah masing-masing. Inilah harinya semua pelajar dan guru terlibat dalam satu program sekolah. InsyaAllah nanti Imanshah akan buat satu entri khas mengenai khemah rumah sukan tahun ini. Kalau nak tengok , jangan ketinggalan ya. Malam tadi juga Imanshah  perasan hujan lebat dua kali pada jam 2 dan 3 pagi. Tak tahulah macam mana, sempat atau tak mereka emmasang khemah. Kesian budak-budak ni.


Sambil bergotong royong, sambil menjamu roti canai. Beginilah tiap kali sukan. Pasti ada guru-guru yang bermurah hati untuk menghulurkan makanan buat para pelajar. Sekejap je habis roti canai seratus biji. Terima kasih Puan Asiah, belanja anak-anak. Oklah kawan-kawan, Imanshah nak ke sekolah dah, teruja juga sebab Imanshah sebagai Penolong Ketua Rumah Merah, mestilah nak tengok rumah kami juara. Doakan ya!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

ckLah said...

Selamat berfiesta...
Selamat untuk umah Merah...


***giliran ckLah minggu depan. Rumah merah juga(Rafflesia). Sekarang pun sedang asyik berjemur juga....

ckLah said...

Pagi ni lalu STAR nak intai cikgu yang pakai baju warna merah...

Pn Kartini said...

Itu diaa..semangat merah berbara nan berkobar2 bak semangat tok janggut gituu..:)

IMANSHAH said...

semua cikgu pakai baju merah le..baju resmi..saya biasalah, juruheboh..wahahahaha

kakcik said...

Semoga berjaya menjadi juara. :)

AfiQ said...

yeaahh!!!!! moga rumah merah menang!!!!! hahaha.. ^___^

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Nak tengok hasil hiasan dan touch-up terakhirnya...jangan lupa upload gambarnya

nurkass said...

salam iman..
semoga rumah merah juara..

Bapak said...

good luck rumah merah! go..go..heheh..

nur aisya humaira said...

Waa,semangat cikgu...:)

::FAIZ FARISH:: said...

smoga jadik Juara

Afida Anuar said...

seronoknya...meriah...

go go merah!!.. eceh lebih2 pulak..hehe

Kakzakie said...

Kakak dapat bayangkan seronoknya murid-murid cikgu. Kalau cikgu pun sudah rasa berkobar-kobar apa lagi budak-budak.

Moga Merah berjaya...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

hidup rumah merah....he he

niatkan sukan untuk riadah
Insyaallah

Wassalam

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Semoga segala usaha akan membuahkan hasil yang baik juga.
Selamat bersukan,

TQ

Qamarul said...

haha tak lapar lagi tue anak murid kou..


haha kou penah tgk 10 org bangla makan seratus bungkus nasi lemak sekali makan???.. ha3..

akhiran said...

All the best my beloved house!!

Dinas Aldi said...

hahaha kebetulan akak pun rumah merah jugak. Go Red go!

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...

uihhhhh aku dulu umah hijau.... aku sokong umah hijauuuuu ajerrrr tak sokong umahhhh merahhh kerr biru kerrr kuning kerrrrr...

ye lahhhhh kalau jadi cekgu anak murid pun kena blanjerr makan betoiii tak

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

selamat hari bersukan laa weehhh

sissyira said...

salam

besh buat kerja sambil layan roti canai panas n teh o panas...berasap =)

siti murni said...

hai...saya dari Rumah Biru...ekekeke...
selamat bersukan nooo...:)

white rose said...

wah, syoknyee...

tapi cikgu jadi juru heboh...
mesti kacau bilau dibuatnye...

semoga umah merah berjaya...!!!

echah mashuri said...

sedapnyaaa roti canai.ehheh...erm.rasa rindu pulak nak bersekolah balik.heeeee

Mohammad Aiman said...

good luck budak2 merah! hehehe...

(konpom tido lepas subuh semua nih)

nur aisya humaira said...

sape menang cikgu??hijau ehhh???:)

cikgu isza said...

rumah merah selalu menang khemah tercantik sebab warna dia yang mengancam kat padang yang menghijau tuu.. tak aci tauuu

Raji berkata said...

wahhh teringat zaman2 sekolah dlu
ad gak cikgu blanjer time tuh
tapi xde lah smpai roti canai 100 biji @@

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget