WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, March 25, 2011

M, NASIR, RAMLI MS, YB ZUL KINI BERGELAR DATO'



PEKAN 24 Mac - M.Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang hari ini. 
Kedua penghibur dan juga komposer negara itu dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. 
Turut menerima penganugerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin. - Utusan

 KUALA LUMPUR 24 Mac - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada pukul 9.56 malam ini. 
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar, Perlis. 
Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi itu dan akan memaklumkan situasi terkini kejadian itu. - Utusan

Kedua-dua berita ini Imanshah petik dari UTUSAN MALAYSIA. Imanshah mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat Dato'  M. Nasir dan Dato' Ramli MS atas penganugerahan ini. Wah makin ramai artis kita bergelar dato'. Jua buat YB Zul. 

Berita ke dua amat menggetarkan jiwa pula. Myanmar dah tak jauh dari Malaysia. Semoga semuanya selamat dan kita berdoa agar negara kita terselamat dari bencana dan musibah yang tak dijangka. Nauzubillah!!


p/s..wah Datin Marlia Musa??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

white rose said...

no.1...ALHAMDULILLAH...
no.2...SUBHANALLAH...

semoga semuanya selamat...

Qamarul said...

jap g dato imanshah pulaaa

anugerah cikgu cemerlang malaysia..

Raji berkata said...

woahh bgus2
setuju dgn Qamarul
Dato Cikgu Iman
hahaha

Afida Anuar said...

Dato Shah... eh seswai tu.. he he.

Allahuakbar, ada gempa bumi lagi? Ada la ni Allah nak tunjukkan something.

nurkass said...

emm..
rasanya majoriti gak artis dpt gelaran dato dr sultan pahang..

ada dgr radio pasal gempa bumi ni..minta simpanglah..semoga kita semua dilindungi olehnya..

gadisBunga said...

kalau awak jadi dato', saya jadi datin? wahh!!! eh? :p

*

semoga rakyat myanmar tabah

*

hensemnye M Nasirrr!!!!!

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

amin amin

bestnya iman, datin gadisBunga dah tunggu....he he

Wassalam

NzA said...

Ramai artis pahang dpt gelaran datuk.
nk tunggu adik akak dpt gelaran Datuk Iman..sedap disebut.

makdara TERdiva said...

eh! bkn ke Ramli MS tu dah lame dpt title dato'? pening..pening..

sahromnasrudin said...

ALLAHHU AKBAR..ALLAH MAHA BESAR..

dwaty said...

wah!!!! dato' dah????

Inche gabbana said...

sorry tak pandang Datuk Pahang... hohoho... *koff koff*

Kakzakie said...

Ramai artis kita dapat gelaran dato' dari Pahang.....

Dunia telah semakin tua. Kedut-kedut sana-sini kian dapat kita rasai. Jauhkan dari negara kita hendaknya....

Cikgu Nurin said...

Fuhhh...M.Nasir ......minat giler ngan dia...layan lagu Malam....

Un Phat Lee said...

peerrggh m nasir dah dato' dah sekarang.

Semarak Api said...

ehem2 GB.haha!

sll xphm ape beza datuk n dato'..

soffea said...

bile la nak jadi dato' jugak nih. eh?? hehehe.

Sham said...

suka betul sultan pahang ni ke artis malaysia...tp takpela...berpuluh tahun dah dalam industri..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget