WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 26, 2011

MANGGA

Lari sedikit dari kesibukan di sekolah. Lama sungguh tidak menjenguk pokok buah-buahan di belakang rumah. Ada lah pokok pisang, mata kucing dan mangga. Seronok bukan kepalang bila melihat buah-buah mangga Imanshah mula mengeluarkan hasil. Imanshah pun tak tahu apa nama buah mangga ni. Main tanam dan main makan jelah nanti. Yang Imanshah tahu mangga telur, mangga siam dan mangga siku. Satu lagi mangga epal. Sedap betul kalau dicicah kuah rojak. Dua tahun lepas, pokok mangga ni dah mengeluarkan hasilnya. Tapi waktu tu cuti sekolah. Balik dari kampung, mangga pun hilang. Khabarnya ada lah tangan-tangan yang tak bertanggungjawab yang mengambilnya. Dahlah tak mintak kan. Kesian empunya badan, mengidam mengalahkan orang mengandung.

Selalunya rezeki yang Allah berikan ni kena kongsi dengan orang lain. Dan ada pun jiran sebelah yang nak minta buat cicah kuah rojak. Hurm, sedap juga tu. Kalau kat kampung, memang suka benar keluarga Imanshah makan "colek". Terkenang pula arwah ayah yang memang suka makan colek pelam telur ni. Doakan lah mangga-mangga ini dapat bertahan ya!!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

waaa,cikgu tanam??rajinnye laa..feveret sye mkn mempelam...tambah2 mempelam siam...manisnya...:)

~Insan Biasa~ said...

wah....menjadi juga tanaman cikgu ye....memang puas la makan hasil tanaman sendiri...

Raji berkata said...

hui2 mmg sedap nih
cicah dgn kuah rojak lgi lah
hohoho xD

Afida Anuar said...

"Collek" terbaik...

saya tau pelam epal je Shah..pelam lain tatau nama.. heh

Pn Kartini said...

Assalamulaikum:):)

aduhai..pepagi jamu mata dgn mangganya..ermm...
mujur tak mengidam:)

nurkass said...

alhamdulillah..
ada rezeki iman..
betul tu dik..rezeki yg ada dikongsikan dgn org lain..
bertambah2 berkatnya..murah rezeki..

Kakzakie said...

Eh... banyak tu cikgu. Pokok pelam kakak baru kena tebang sabtu lepas sebab dah tinggi sangat....

adrenalina said...

kecur air liur bile tgk buah mangga tuh huhuhu...nanti pos lah kat sini juga

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Rasa kecur liur pula tengok yang meluyut-luyut. Selalunya pelam/mangga yang kurang masam dan berlemak itu yang sedap. Tanpa 'colek' pun rangup diratah saja~

Tambahan:
1.Minggu lepas adalah minggu sindrom pelam colek kuah rojak. Naik kembung perut dibuatnya.

2. Minggu ni macam minggu mengidam isi durian la pulak.

khaifaiz said...

Salam Cikgu Iman:

Mangga hilang.. Nak buat mcm mana cikgu.. mungkin rezeki org yg mengambil.. Kira halalkan je la..

wslm.

gadisBunga said...

masa zaman belajo dulu, nama saintifik pokok mangga adalah antara yang terawal yg saya ingat.

Mangifera indica.

:)

sonata anak kancil said...

eheheehe...masam! tak gemar sangat mangga ni...kalau ade makan - tak ade tak pe...berbudi dengan tanah dapat hasilnya

nabilah_2908 said...

moga2 semapt lah mangga2 itu membesar.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
HAPPY BIRTHDAY BFF

::FAIZ FARISH:: said...

aku tak suka sangat Mangga. tapi aku suka Durian. heheheehehehe

nyanyisunyi said...

nak sebiji dua yg masak boleh?akak suka sgt mangga ni tp yg masak dn manislah..kalau masam memang tolak ketepi..

Oasis said...

Nasib baik kat offc ada je staf yang bawak mangga masam ni. Xde lah kempunan sangat nak balk kampung. Hehe

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Buah yang paling saya suka..

adol ihsan said...

Salam, cikgu ..

Simpan utk saya 3 ketul ..
Nak buat colek jugok .. :)

ibuintan said...

nasib baik semalam baru beli, kalau tak mau kempunankan mangga


monyet tak datang petik ke?

NuR si CiKGu RiBeNa said...

cikgu nak juga..
hehe..

rajin menanam. kadang-kadang bila mata asyik melihat huruf. adakalanya perlu melihat sesuatu yg hijau seperti pokok-pokok..

kat sini tengok gunung-ganang depan umah ni je la..

cikgu isza said...

kalau da masak nanti.. kita nak numpang..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget