WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, March 2, 2011

MASALAH NEGARA

Minggu sudah sewaktu di Sungai Petani, memang ada bawa laptop hijau muda kesayangan Imanshah ni. Kononnya nak lah juga on9 sekejap. Tapi ada tragedi yang berlaku. Tiba-tiba netbook Imanshah terbakar dan meletup. Mak ai, luluh hati sekejap. Tapi disebabkan tak nak ianya mempengaruhi fokus Imanshah kat Sungai Petani, Imanshah biarkan seketika perasaan itu.

Sebenarnya ini kali ke dua laptop Imanshah rosak. Laptop yang pertama dulu pun rosak. Tulah baik sangat kan. Bagi student guna gilir-gilir, akhirnya jahanam. Takpa, kalau digunakan untuk menuntut ilmu, rasanya ada juga saham tu kan. Huhu yang kedua ni pun kadang-kadang kesian juga. Budak asrama mana ada komputer. Kalau ada pun di makmal bestari. So, malam tu kebetulan yang guna ialah bekas student Imanshah yang ikut sekali ke Sungai Petani. Baru je dia pasangkan plug netbook pada soket tiba-tiba bau hangit. Lintar pintas rupanya. Terus senyap sampai sekarang.

Bila pulang dari Ipoh, Imanshah diberitahu motherboard rosak. Mak ai, harganya 600 hingga 700. Termenanung juga memikirkannya. Sekarang, kalau nak buka blog, terpaksa ke cyber cafe. Agak penat juga. Takpalah, baru memikirkan samada nak beli yang baru atau baikpulih yang lama. Nak marah pun nak marah pada siapa. Segalanya berbalik kepada rezeki. So, kalau Imanshah tak jenguk blog kawan-kawan atau payah nak berentri baru tu,bukannya sombong tau. Tapi, masalah negara sedang Imanshah hadapi. Ok lah..jumpa lagi. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

Cik SHiNJU said...

Beli baru jelah..
Beli dua tau,bagi saya satu :P

Cik SHiNJU said...

Wahaha...pengomen 1st tu..
Memang layak dpt laptop free.. :P

::FAIZ FARISH:: said...

Terpaksa beli baru la kan?

hazlin said...

beli je yg baru.. touch screen atau ipad je.. canggih n mudah.. n murah.
simpan duit banyak2pun, belum nak kahwin lg kan????
hehehe

Kakzakie said...

Nampak gaya kenalh beri baru cikgu. Eh... kan baru dapat gaji. Alahai bukan nak beli susu anak lagi pun. Solo-solo lagi :)

sissyira said...

salam

alamak lappy hijau....kesiannya cikgu..belilainlah beli y besar gedabak tu,,y kecik mmg cpt panas..ngee,,

nurkass said...

salam iman..
dugaan ni..
sabar je lah..

adol ihsan said...

assalamualaikum, cikgu ..

dugaan dr Allah sume tu.. Sabo ye ..
nnti ade rzki, angkat bru la ..

Toshiba ke, hehe ...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

netbook rosak? better get a new one dear..coz tak berbaloi ganti mother board kalau harga camtuh. netbook hp da le dapat dalam rm999 je

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ada baiknya beli netbook baru..

Amy Syaquena said...

kalau repair mahal better beli yang baru je.

Alang Ridhwan said...

beli baru je la ckg.. hrge laprop da murah skrg, bkn cm dlu...

DaHLia said...

mana beli tu?
nak order gak..
at least boleh guna wat bantal tido terus..hehe

anyway, awat ganas sangat tu??

ibuintan said...

assalamualaikum Shah,

beli je yang baru, repair pun lom tentu boleh harap, kejap rosak balik..

nabilah_2908 said...

alahai...kalau sy pun..luluh hati..huhu..

kalau kos betulkan tu tinggi..baik beli je baru... :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW_2

~Insan Biasa~ said...
This comment has been removed by the author.
~Insan Biasa~ said...

saya...sokong semua komen yang di atas....!!! hehehe

gadisBunga said...

ni la ujian namanya. mesti ada sesuatu yg besarrr yang tuhan nak kasi tu.

chill je ok. takkan lari blog dikejar. :)

Sham said...

sudah tiba masanya anda mendapatkan labtop yang serba baru...jgnlah kupik sangat...heheee

mR.sYaH said...

dari baiki yang lama ni cikgu baik beli barukan.. lebih ok..

khaifaiz said...

kos baik pulih tu tmbh skit je dah boleh dpt yg baru..

Cikgu kene ada desktop ler.. nanti kalau student nk guna komputer bg pkai desktop tu je.. hehe

Dinas Aldi said...

beli baru jalah, dah panjang tu ja umur dia. akak akan hantar baiki kalau masih dalam warranty tapi kalau dah habis & kena bayar, baik beli baru saja. betul kata Syira tu, beli yg besaq sikit, takla cepat panas.

Afida Anuar said...

Shah...kalau saya la, takde laptop..alamat,errrr....rasa satu kehilangan yang amat besar.

saya cadang beli baru je. La ni pun dah banyak yang murah, kalau setakat nak blog walking, dan buat2 kerja biasa, rasanya tak sampai 2K pun dah boleh dapat yang mantap..

iKhRam said...

ala.. lepas ni mesti rundu ngan mr imanshah.. haha.. rezeki semua ditangan Allah. Mungkin nk dpt rezeki yg lbey baik agaknya..

Raji berkata said...

aishh xpyh susah2 baiki owh
mahal sokmo gitu..
beli baru jer lah cikgu ;D

siti murni said...

kalau dah nak repair pun semahal tu, baik aje u beli baru...skrg lappy dah tak semahal dulu...
hmm...selesaikan lah masalah negara u tu dulu...hehe..dah settle nanti leh la berblogging dengan jiwa yang tenang...ekeke

shahjiehan said...

abgshah .com.. hehhe.. ni shahjiehan melawat org dalam rawatan... hehehe..

sian laptop tuh, slalunya motherboard rosak,mmg mahal, jangan biarkan laptop panas... ade tutup keyboard dengan lapik plastik ke?

Sekamar Rindu said...

beli yg baru saja...:)

Semarak Api said...

lptp sy dah x kua ape2 kt skrin.skang cucuk monitor kt lptp.sedih btol! nk bwk gi mne2 pon da susah -.-

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget