WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, March 9, 2011

McDONALISASI

McDonalisasi. Pernah dengar perkataan ini? Imanshah buat pertama kali diperdengarkan perkataan ini lewat Pertandingan Debat Di Raja (ROYAL)  tahun lepas atas usul McDonalisasi Memugar Citra Tempatan.  Tercengang-cengang juga apa sebenarnya Mc Donalisasi. Puas telek, puas tatap. Ingatkan fenomena  Mc Donald yang melanda. Akhirnya dapatlah Imanshah rumuskan begini. McDonalisasi merupakan satu fahaman untuk melahirkan mutu kerja dan perkhidmatan  yang cekap sebagaimana yang diamalkan  di francais-francais Mc Donald seluruh dunia.

Sudah tentu dalam kalangan kita selalu sahaja mengunjungi Mc Donald sama ada makan di sana, bawa pulang atau pandu lalu (drive true). Selalu Imanshah perhatikan betapa layanan, servis, premis dan sebagainya yang diberikan kepada para pelanggannya sangat cekap, efisyen dan pantas. Rasanya kalau mengunjungi KFC, mak datuk, servis lambatnya. Dan Mc Donald mengambil peluang dari kelemahan para pesaingnya untuk memanipulasi perniagaannya  dan Mc donald berjaya sebenarnya.

Sebab itulah Imanshah memang penggemar McDonald walau hanya datang untuk menikmati Fish Fillet semata-mata. Suasana yang ceria, staff yang ceria , premis yang bersih ditambah dengan makanan yang lazat, membuatkan hati sering teringat Mc Donald. 

Alah Imanshah, kamu ini tidak islamik. Bukankah kita disuruh memboikot Mc Donald. Hurm, mohon maaf rakan-rakan, bab ini imanshah akui Imanshah gagal. Imanshah tak pernah memboikot McDonald dari dulu hingga sekarang. Biarlah mereka  nak kata apa pun. Imanshah banyak belajar dari McDonald. Hurm, tiba-tiba teringat Mc Donald. Perig dulu. Terasa lapar la pulak!! Salam.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

yess...akui mmg McD mmg cekap!!!

eszol raar said...

memugar tu pun sy x tahu ape maksudnye

white rose said...

maafla abg IMAN,
sy tunggu abg IMAN banjer sy...

weeeeeeeee...

iKhRam said...

saya setuju.. every week mc d!

adol ihsan said...

French Fries ..

Large,, :)

Afida Anuar said...

Dah 2 tahun saya boikot Mcd...tapi baru2 ni, ada team lunch kat sana. So nak tak nak...pergi jugak la....melepas rindu kat doublecheese burger..errr...

saya pun tak kuat nak boikot jugak shah..huhu

~Insan Biasa~ said...

herm...i like it too

CIK TOM said...

suka big mac..hehehe...tlg blanje cik tom leh x abg shah??hehhehe ;))

Qamarul said...

ayam goreng spicy mcD telah menumpaskan aku..

nur aisya humaira said...

saya suke chicken mcdeluxe,blanje cikgu iman...hak2..:)

Raji berkata said...

btol owh aku akui..
dkt dgn kolej ad kfc
tapi masyaAllah lepas order dia pergi ambil stu2 bnder yg kte order tu slow jer.. mcm xde semangat lgsong >.<"

nurkass said...

rasanya sejak hal boikot memboikot tu lah McD tingkatkan servisnye..cepat, layanan bagus, mmg the best lah..

tunggu iman, akak nak kirim big mac satu..erkk,masuk buku tiga lima yek..haha

DaHLia said...

tingginya bahasa!

~malam tadi baru makan McD :D

NzA said...

ooooo...baru tau.

Kakzakie said...

Baru minggu lepas nak masuk beli utk anak double cheese tapi tidak kesampaian kerana pekerja kata tak dapat business (tutup) kerana tak ada electrik. Siapa yg tak cekap di sini ye?....

gadisBunga said...

sepatutnya kite kene contohi la cara kerja mcD tu kalau nak boikot pun....pendapat je la.

personally gb dah jarang gi mcD sebab makin mahal melampau la meals depa. hu~

::FAIZ FARISH:: said...

suka mcd

Cik SHiNJU said...

Mc D memang best..
premis bersih,makanan sedap..
Tapi dah lama boikot..Terasa bersalah
kat anak2 Palestine..

makdara TERdiva said...

McD pun mcm MDT..sedap sokmo..haha!

sissyira said...

salam
yang pasti kita tak makan mcd..tak suka lah..huhu

adrenalina said...

ohw... baru tau jugak ada perkataan sebegitu rupa sekali...nanti leh lah pakai perkataan tu dlm kelas haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget