WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 19, 2011

MELANGKAH KE FINAL BAHAS UTP

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar hari ini. Seharian di UTP menyertai pertandingan bahas interschool, sedikit harapan menyala di hujung terowong. Pada hari ini STAR telah bertemu dengan tiga pasukan iaitu SEMESTI, SDAR dan SERATAS. Dalam pertemuan pertama dengan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), STAR bertindak sebagai pewakilan kerajaan. Dengan usul Proton Sudah Hilang Taringnya, STAR berjaya menewaskan SEMESTI dengan juri 3-0. Alhamdulillah kemenangan pertama.

Perlawanan ke dua menemukan STAR dengan SDAR, juara Piala Perdana Menteri (PPM) tahun 2010. Dengan usul 1 Malaysia Hanya Tin kosong, STAR bertindak sebagai pasukan pembangkang. Namun, usul ini telah diterima dan kami tewas 2-1. Perlawanan ke tiga merupakan perlawanan penenetuan sama ada layak ke final ataupun tidak. Bertemu SERATAS, STAR bertindak sebagai perwakilan kerajaan. Dengan usul Earth Hour Meredakan Tangisan Bumi, STAR muncul pemenang dengan juri 2-1.

Alhamdulillah, STAR bakal melangkah ke final pada hari rabu ini dan akan menemukan STAR dengan SDAR, dua buah kuasa bahas sekolah malaysia. InsyaAllah, kami akan  melakukan sehabis baik  bagi menebus kehampaan tewas di pusingan ke dua.

 Aksi para pembahas STAR

Bergambar kenangan di dalam library UTP

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Alang Ridhwan said...

yeah!!! syabas dan tahniah.. kasi all out time final, contohi team hoki hari tuh, bermati-matian dan berhabisan di final.. insyaallah, ada peluang nak balas balik... gud luck!! :)

niniem◕‿◕ said...

gud luck okeh :)

Raji berkata said...

woahhh semua kelab under pimpinan cikgu mesti hebat2 belaka owh..

aiman sanudin said...

good luck!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget