WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, March 18, 2011

MEMBULI DAN DIBULI

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.
“Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini.

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.

“Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan,” katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.

“Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri,” katanya.

Imanshah pernah terlibat dengan kes buli. Bukan Imanshah yang dibuli. Tetapi menyelesaikan beberapa kes buli sewaktu menjadi warden selama tujuh  tahun. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Bukan senang, kita mempertaruhkan nasib kita. Kalau tak ikut prosedur memang siapa pun takkan pertahankan guru. Bukan senang-senang main buang je. Ibu bapa zaman sekarang dah cerdik. Menunggu masa, ruang dan peluang je untuk tembak. Silap-silap, dibawanya peguam. Justeru, Imanshah nak nasihatkan kepada adik-adik yang baru menjadi guru, apatah lagi baru dilantik menjadi Setiausaha Disiplin, berhati-hatilah dalam tindakan semua. InsyaAllah banyak doa, dan ikhlaslah dalam melaksanakan tanggungjawab.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

nub said...

ceq rasa dijentik tu mesti kena starlight tu.... perhh leyh tahan weng kalu kena starlight. hahaha

sonata anak kancil said...

salam di pagi yang mulia...semua tindakan yang hendak dilakukan - semuanya perlu lengkap dengan dokumentasi....jika tak - memang betul - kita juga akan dipersalahkan - sy telah mengalami keadaan ini semua tetapi alhmadullilah kerjesama semua guru disiplin yang bagus - semuanya okey - tak ada masalah dalam buat tindakan tentang salalaku murid ni...walahualam

Azmi said...

macam2....jentik dahi tak advance langsung..hahaha

Abu Aiman said...

lain kali buli la yang berfaedah sikit, suruh basuh baju ke, masak megi ke, apa ke...
#susah jugak jadi cikgu displin yer

IMANSHAH said...

@nub

hang cam ada pengalaman je..wahhahha budak STAR

IMANSHAH said...

@sonata anak kancil

Tahniah buat Sonata kerana telah menjalani perjalanan hidup sebagai guru biasa dan sebagai pentadbir..bukan sonang nak buat koja pentadbir

IMANSHAH said...

@Azmi

itu lah hal..haha jentik macam mana tu tak tahu

IMANSHAH said...

@Abu Aiman

haha betul2..tahniah abu aiman, dapat orang baru dalam family

white rose said...

ape kes main jentik2?
hahaha...

mcm dak sek ren je main jentik2...

tapi ye la, kalau dah 20 org jentik, mesti luka...

aiman sanudin said...

yg baru dilantik jadi setiausaha disiplin? siapakah? haha

Kakzakie said...

Sebagai bapa murid yg melakukan salah mesti mahu appeal tapi kepada murid yg kena mesti mengharap tindakan tegas.

Pada kakak apa juga tindakan sekolah terhadap murid tersebut memang wajar. Kalau nak masuk SBP pun banyak syarat, pasti tindakan ini ada bersebab.

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

suruh ibu bapa yg terlibat tu jadi guru setahun dua...baru mereka tahu

Wassalam

nurkass said...

salam iman..
ada pro dan kontra nya disitu dik.

nama pun SBP..of kos lah tindakan tegas akan dikeluarkan..bagi akak itu tindakan yg wajar sbb org kita ni takkan serik walaupun dah mcm2 jenis kes buli yg berlaku..

bg pihak sekolah pula sepatutnya perlu berdepan dgn pihak penjaga bukan dgn menghantar surat melalui pos...

"tiada laporan polis, tiada laporan doktor"...ayat yg sangat tak masuk akal..abis tu takkan dah terhantuk baru nak tengadah kan...haihhh...

gadisBunga said...

hmm..kalau dah kene buang tu mereka nak kene ke sekolah mana pulak?

ikan emas said...

dalam isu ini mmg sukar utk membaut keputusan..

bila hukum dibuang sekolah..ke mana pulak budak-budak tu nak membuli selepas itu >?

adakah semakin teruk mereka nanti?


..mgkin ms muda budak-budak tu nakal..tp sebenarnya mereka cerdik..cuma usia begini mereka terlalu taksub utk berlagak brutal

Kaseh said...

Serius meh kalau jentik kena buang sekolah? dak SBPI lagi tuh..takleh bg warning dulu ke.. or gantung sekolah ke..takkan buang kot..

My Little Diary said...

salam

zaman saya skola dulu, takder pun buli2 camni...
:(

wahida said...

hentikan pembulian!! saya anti buli!!

sissyira said...

salam

mak bapak sekarang macam sekolah tak lepas je. anak sendiri y tak betul nak kecoh2..habis tu buat apa pergi hantar sekolah..kenapa x ajar sendiri kat rumah, .

::FAIZ FARISH:: said...

bapak budak pun 1. kalau dah tau anak tu salah, yg dia nak bela buat apa. kalau bapak aku, aku kene denda dulu kat skolah, dia kata padan muka lagi. sbb aku tau aku salah. bapak budak skrg, anak dah bunuh org pun, masih kata anak tak salah. bodoh. nak jaga air muka tapi merosakkan akhlak anak.

Amy Syaquena said...

Zaman sekarang je kita dengar buli2 nie tapi kalau zaman kita dulu langsung x de dengar pasal buli2 nie..

shahjiehan said...

kesian guru shah yang jadi mangsa...

jom baca dan komen Guru menjadi pendidik atau pengajar?

incik neng said...

pergh,budak budak skang ...
manje kaw...
kene jentik pon buang skolah?
aii.. lemak
haha

Qamarul said...

kesimpulanyer blaja laa seni bela diri.. ha3
tomoi2!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget