WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 17, 2011

NURSERI

NOTIS PEMBERITAHUAN !
Kepada semua ibu bapa. Adalah dimaklumlan selepas cuti sekolah nanti, para ibu bapa yang menghantar anak sebelum jam 7.00 pagi dan mengambil anak selepas jam 7.00 malam akan dikenakan bayaran over time sebanyak RM5  sejam. Para ibu bapa dikehendaki menandatangani kad OT yang disediakan.

Begitulah anatar isi kandingan memo yang diberikan oleh pengurusan nuseri  tempat adik Imanshah menghantar anaknya. Untuk makluman semua, setiap bulan charge yang dikenakan adalah RM 280 bagi seorang kanak-kanak yang dihantar. Kira takdalah mahal sangat kan. Cuma bila ditambah dengan yuran tahunan dan yuran permainan, kosnya boleh menjangkau RM 1000 sewaktu mula-mula hendak mendaftar.

Untuk rekod, adik Imanshah ni seorang guru di Gombak , Selangor. Dan dia ditugaskan untuk mengajar pada sesi petang. Oleh itu, dia hanya akan menghantar anaknya yang berusia setahun setengah kira-kira jam 1.00 tengah hari, tak seperti ibu bapa yang lain yang menghantar seawal jam 7.00 pagi. Dan setiap hari adik  akan terlebih setengah jam waktu mengambil Umairah iaitu pada jam 7.30 malam. Namun, agak sedih apabila pengurusan nurseri telah mengenakan charge tambahan RM 5 kerana lewat mengambil anaknya. bayangkan jika lima hari didarab dengan lima ringgit untuk seminggu. Dah RM 25 kan?? Didarab pula dengan lima  minggu. Bukankah RM 125??  Itu belum dikira dengan susu dan lampin dibawa sendiri dari rumah.

Bukan apa, banyak pula berkira kan. Termenung juga Imanshah mendengarnya. Begitulah hidup di bandar besar. Banyak pendapatan, banyak pula keluarnya. Umairah juga sekarang kelihatan susut selepas dihantar ke Nurseri. Tak ceria seperti dulu. Akhirnya, adik Imanshah mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan khidmat nurseri tersebut. Buat sementara waktu, ibu datang tinggal bersama sehinggalah adik mendapat pengasuh yang baru.

 UMAIRAH



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Kalamhati said...

semua duit skang ni..apa2 sikit duit..
yg kesiannya anak2...ada nurseri yg amik terlalu ramai kanak2 tetapi staff tak ramai..akibatnya kanak2 terabai..dijaga ala kadar je..

bukan semua tapi ada yg cemtu..

shahjiehan said...

cikgu bukak la nurseri.. boley kaya kott..!! hahaha

jom baca dan komen Rosakkan kereta Lamborghini beramai-ramai

Dinas Aldi said...

kesiannya. tengahari baru dia hantar anak pun dema nak berkira sampai gitu.

cikgu isza said...

cari pengasuh.. klo dapat yang ok.. puashati juga..

Kaseh said...

mmg byk dah nurseri charge lebih macma tuh.. takleh nak lebih kurang langsung.. kat bandar mana la nak sharp sampai on time..mesti delay punya la.. ngan jammed lagi.. nak carik maid takut lak kan.. takperla..kalau ibu boleh tolong jaga alhamdulillah..nenek sendiri jaga lagi baik kan...

echah mashuri said...

ish!padahal dah hntar lwt kan.pihak nurseri kenala consider sbnrnya.huhuh

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhh kalau hantar nurseri harap diorang boleh tolong... but kena tolong bayar plak jaga anak diorang lwebih masa... kesan ibu bapa banyak kluar modal

gadisBunga said...

hmmm...ni pendapat gb tapi sebagai seorang yg belum ada anak sendiri la...

kalau boleh...kalau boleh la kan...gb nak jaga sendiri anak nanti. tapi gb senang cakap je la...dah dapat anak sendiri nanti baru tergagau nak fikir cemanaaa nak jaga sendiri kan?

oklah, survey nursery dulu la kot. yg dkt dgn opis. senang nak jenguk. eh dah kelaut la... mueheheh~

Raji berkata said...

huhu smpai begitu sekali pun org kita sanggup membayar :)
sebab sekarang parents masing2 nak cari rezeki

♥phoenix♥ said...

nak buat mcm mne che gu...skrg ni smua mau ada fulus...tara qian,,,tara bisnes...

Afida Anuar said...

hmmm.....nak jadi suri rumah sepenuh masa je la nanti, tak payah hantar anak ke nurseri aci dak?

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

aci?/ aciu2 bukak pintu..lalala

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

aci?/ aciu2 bukak pintu..lalala

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget