WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, March 30, 2011

PEMANDU WANITA MELENTING?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan. 
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon. ‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita. 
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini. Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum. 
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya. Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.  ‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya. Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Sehari dua ni kenyataan Bung Mokhtar di Perlimen telah membangkitkan polemik di kalangan rakyat Malaysia. Imanshah terbaca dalam surat khabarUtusan Malaysia  mengenai kenyataan YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menasihatkan Bung Mokhtar supaya tidak mendikriminasikan wanita melalui kenyataan beliau di dewan Rakyat. Hurm, boleh plak macam ni ya. Tentu sentap pemandu-pemandu wanita kita terutamanya geng-geng blogger kaum hawa kan? Haha, ada sapa-sapa yang nak pertahankan wanita?? Sila-sila.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

25 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cikgu,..
ayu ada terbaca ttg kes nie semalam..memang tersentap abis..

tapi tak semua kan, yang ala2 pic diatas......ayu pun pandai merempit ooooooo..nak cuba?
jom...litar sepang!! huhuhuhu

areteacar said...

normal kot. perempuan ada 9 emosi. jdi kalo memandu pun ada emosi. pakai bwa je kete. haha..

zidEL zhafiz said...

heh ..dato shahrizat pangkah jer tau..bukti ade..??!!!
by the way..
SAYA SOKONG DENGAN DATO BUNG MUKHTAR RADIN..!!!!!yeah..!!

Solihin Zubir said...

perempuan ngan laki sama naik je sebenarnya...
msing2 ada pro dan kontranya..

adol ihsan said...

Salam :

Hehe.. lepas ni kaum perempuan kena ada driver sendiri..

Tapi driver tu kena lelaki la, sebab pemanduan lelaki lagi berhemah..

Hehe.. :)

Raji berkata said...

yeah perempuan ad 9 emosi so bse lah tuh kan cmtuh ;D
kdg2 bunyi honk tu pun boleh menyebabkan mereka hilang tumpuan kerana marah
ni ap yg observed dri cek punya mak xD

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

BUNG MOKTAR SEBOK MENEPIS LETERAN ZIZE MALAM NI..KAH KAH KAH

khaifaiz said...

Salam Cikgu Iman.

Dah banyak dah jumpa.. Teragak2 nk jalan, last2 berdentum.. Main selamber keluar pun ada.. Memang betul la kata Bung Mokhtar.. Tak peduli kiri dan kanan...

Wslm

Afida Anuar said...

hmmmm....tapi bukan semua pemandu wanita mcam tu shah, ada yang bawak kereta mengalahkan lelaki. Lelaki pun ramai juga yang bawak kereta yang membahayakan. Hakikatnya kita semua ni sama je...

;)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Kepada semua jika memandu berhati-hatilah, jangan ikut perasaan. Hormat menghormati ketika di jalan itulah jalan terbaik.

ibuintan said...

alahh Bung tu tau cakap je... entah pernah pandu kete ke tidak


drive kan ada, kalau dia pandu lagi teruk agaknya... kan isteri gebu duduk sebelah

cik bebel said...

jawatan driver untuk cik bebel di buka sekarang...hahahahahahahah

ahmad humairi said...

Yang melenting tu yang baek-baek jer, tapi yang x tu buat selambaaa.

gadisBunga said...

sabor...sabor....

biasanya stetmen ni keluar dari mulut driver yang tak cekap. dato' bung tu tak cekap drive kot? tapi eh, dia drive sendiri ke??

muehehehe!!!

nur aisya humaira said...

hoho...tapi yg laki lgi agresif ble drive...wanita slow skit...keke..:)

nurkass said...

sama je dik..
kdg2 wanita berhemah , lelaki pulak yg agresif..pastu sebaliknya..emmm..

NzA said...

ganah weh!!!!!!
trkdg ada gak pemandu wanita ni trlalu brhati2 smpai jenuh kita ikut blakang kereta mrk ttp kebykkan ok jerr.....

agak2 bung pernah kena camtu kot....

mie said...

fuh!!!
yang paling penting hati2 di jalan raya..
eehehehee

::FAIZ FARISH:: said...

Pemandu Wanita ni kekadang buat aku sangat Marah....

sissyira said...

salam

tp kalau pompuan bawa kete kompom kita hangin..huhuh

NICK IRFAN said...

aku no komen jer... hehehhe

Oasis said...

Risau jugak kalau perempuan bawak keta ni...nak kena jauhkan jarak sket ngan drg. Hehe

Tukang cerita said...

bukan gender yg jadi isu sbnrnya....
sikap org tu sdiri yg jadi punca....
macam kes bas ekspress asyik dok kemalngan je kblkngn ni, mostly drivernya lelaki, kan?
tapi tk dinafikan, perempuan cepat panik, dan kkdg tak alert....

rainee said...

Datuk tuh cakap ade statistik ker? main cakap-cakap semua orang boleh...

Kajian oleh Miros pada tahun 2009 mendapati "the number of male drivers involved in road accidents was 2.4 times higher than that of women."

sila rujuk http://www.mysinchew.com/node/55396

lol bile ahli politik keluar topik :3

AiDi AzHaR said...

rainee... statistik tak boleh buktikan apa2... memang lelaki banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya.. tapi kena tgk pada puncanya juga.. selalunya sebab nak elak pemandu wanita yg terlalu perlahan atau main keluar je simpang tak tengok kiri kanan.. die x kena, orang lain yang terbabas... mmg pemanduan lelaki lebih aggresif tapi lebih aggresif bermakna kena lebih fokus.. bawa terlalu perlahan boleh menyebabkan lalai.. maaf kerana ini cuma pengalaman saya dan tak boleh ditunjukkan melalui statistik.. tp sepanjang 10 tahun pengalaman memandu, 9 dari 10 kemalangan yang hampir berlaku adalah disebabkan pemandu/penunggang wanita dan 1 tu mungkin silap saya kot...hahaha....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget