WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 21, 2011

PERIUK NASI

Salam, menyelusuri kisah pendidik lagi. Sewaktu berbual dengan rakan tadi, saya dimaklumkan adik iparnya merupakan seorang guru dan telah dilantik sebagai  penyelia petang di Sekolah Y. adik iparnya dalam keadaan stress yang amat kerana bebanan tugas yang melampau.

Pertama sekali soal guru. Bukan bermaksud membuka pekung di dada bidang pendidikan. Di mana-mana bidang sekalipun sudah tentu ada yang bekerja dengan penuh dedidkasi dan kesungguhan. Namun ada juga yang mengambil sikap sambil lewa. Dalam kes guru -guru di Sekolah Y, segelintir  daripadanya merupakan guru-guru yang tidak bertanggungjawab. Lupa akan ikrar yang dilafazkan menjadi pendidik yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Ramai guru yang tidak masuk kelas. Sudah berkali dinasihatkan, namun keadaan tidak  berubah. Pesan Imanshah pada guru-guru yang baru memasuki profesion ini, martabat profesion perguruan sangat mulia. Usiah kita cemari ia dengan sikap ketidakbertanggungjawaban kita.

Kedua, soal pelajar. Ramai dari pelajar BUKAN MELAYU yang tak pandai berbahasa Melayu. Ni parah. Berapa lama kita sudah merdeka. Nampaknya kita kena akui sistem pendidikan kita gagal sebenarnya membentuk Bangsa Malaysia yang fasih berbahasa kebangsaan. Bila berbahasa dengan guru, menggunakan perkataan aku engkau. Dan malang sekali apabila guru memarahi, mereka akan merakamkan percakapan tersebut menggunakan telefon bimbit. 

Tidak sampai setengah jam, ibu bapa akan sampai setelah ditelefon oleh anak mereka. Dan ibu bapa tanpa segan silu memperdengarkan perbualan guru dengan pelajar tadi sebagai bukti. Amboi, tak boleh jentik lah macam tu. Sebab tu pelajar sekarang banyak sangat lemaknya. Tak cukup dengan itu masalah disiplin bertambah. Lepas satu-satu, yang menjadi masalah ramai pelajar MELAYU yang hanyut. Kadang-kadang tertangkap di dalam stor berdua-duaan.

Akhirnya dari seorang yang lembut, karektor guru tadi terpaksa berubah. Menjadi lebih garang dan pemarah. Gara-gara suasana sekolah yang begini. inilah antara rentetan permasalahan di sekolah-sekolah harian terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti Ipoh. Apapun, nasihat Imanshah, dalam keadaan persekiaran hari ini, rasanya inilah yang menjadi sebab mengapa guru-guru mulai patah hati dengan bidang pendidikan. Ada yang stress, malah ada yang dirawat sebagai pesakit mental. Tak percaya?? Perkara ini memang berlaku. Yalah kadang-kadang semangat mendidik anak bangsa itu memang berkobar-kobar, namun jika inilah keadaannya, makanya periuk nasi sendiri perlu dijaga terlebih dahulu.

Bersetujukan rakan-rakan di luar sana, ibu bapa memang mengharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru membimbing, menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin. Bayangkan kadang-kadang dalam jumlah yang begitu ramai, sehingga mencecah 2, 000 orang pelajar. Namun, saya percaya untuk menjaga anak seorang pun, kadang-kadang ada sebahagian ibu bapa yang tidak memiliki kemampuan. Jika tidak, masakan anak-anak berperangai sedemikian. Bukankah pendidikan awal bermula di rumah?? Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah ADAKAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI IBU BAPA TELAH AKU TUNAIKAN?? Selamat beramal!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

ain fathihah said...

sebagai bakal guru, saya rasa ngeri baca post ni. huhu

Azzam Yani said...

Guru membina periuk nasi anak bangsa!!! =)

YUL said...

besar juga tanggungjawab seorang guru nie, hurm, rse sedih juga bce entri kau nie kalau flashback balik time sekolah dulu, betapa besarnya pengorbanan seorang guru nie untuk mendidik anak murid menjadi seorang manusia yg berguna.

gadisBunga said...

sebenarnya mana boleh lepas 100% kat bahu cikgu. ibu bapa kene mulakan role mendidik dulu..

Oasis said...

Rugi jadi pelajar zaman sekarang. Tak berpeluang merasa dirotan, dicubit, ditampar dan di lekuk cikgu.

ckLah said...

Selamat kembali ke kelas cikgu...(nak kata selamat kembali ke sekolah, dah beberapa hari baliknya kan!)

:D

Dinas Aldi said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sangat faham dengan masalah begini...

NuR si CiKGu RiBeNa said...

sesetengah tu pandai berkata-kata
tapi tidak mengotakan.
sesetengah tu pandai berkata-kata
kerna tidak berada di sini.
merasai suasana sebenar
di arena pendidikan...

NICK IRFAN said...

susah jgk jd cikgu ni yer..

IMANSHAH said...

@ain fathihah

jgn ngeri, fikir positif kena siap siaga dari sekarang

soffea said...

cikgu Iman ;)
saya setuju sangat. memang semua kerja ada beban. tapi bila kita dalam dunia pendidikan, kita terdedah dengan pelbagai situasi dan keadaan yang kadang2, ya, mampu mengganggu gugat semangat berkobar2 kite, mcm yg cikgu iman ckp dlm entry ini. saya setuju.

bile kite nih berkobar nak mengajar, mendidik mereka, tapi responnya? adeh. yg lebih mendukacitakan bila ibu bapa terlalu membela anak2. padahal? kalau lah betul cara didikan di rumah, nescaya lebih mudah kerja cikgu. kerjasama itu penting. didikan bermula dari rumah :)

Citarasa Rinduan said...

banyak2 yang kamu kongiskan...

ayu minat tang bukan melayu tak pandai berbahasa melayu..adoi!!! dah macam zaman penjajah

Afida Anuar said...

Saya rasa profession perguruan adalah profession yang paling mencabar.. terpaksa berdepan dengan manusia, dengan pelbagai jenis rasa baik buruk, kerenah pelajar, ibu bapa..

kawan saya, muda2 ni dah ada penyakit tekanan darah tinggi. Dia kata stress sangat kat sekolah dengan perangai budak2...Apapun shah, saya harap dengan pelbagai liku dan duga yg terpaksa cikgu hadapi, ia tidak mematahkan semangat shah utk mendidik anak bangsa...

aja2 fighting!!..;)

Cikgu Nurin said...

Cabaran guru masa kini...akak dah hampir 29 tahun menjadi guru, boleh lihat perubahan murid dulu dan sekarang..juga ibu bapa dulu dan obu bapa sekarang...

a kl citizen said...

bila mentadbir di sekolah, jiwa guru mesti kental.

payah yang terpaksa diharungi, moga Allah mudahkan beliau

Sham said...

hidup cikgu...hidup cikgu iman...

diana said...

kadang2 anak2 tu yang tak mau terima bahasa melayu..
sebab tu bila diajar pun depa buat tak tahu je..

Solihin Zubir said...

budak2 zaman skrg dh makin melampau..
yg mak bapak pon satu.. manja sgt anak tu..
nnt diorg pijak kpala bru tau..

white rose said...

ingatkan abg dpt periuk nasi free...

ei, abg...

alamakkkkkkk...!!!

larrriiiiiikkk...!!!

miahahaha...

yup, hanya jauhari je yg mengenal manikam...

sonata anak kancil said...

macam sama aje keluhan cikgu tu...pendidikan bermula dari rumah...cite ni semua macam dah nak termuntah2 ! ( cikgu2 yang seperti dinyatakan )...sebab tu - bila ada cikgu pratikum datang - saya akan interview habis2an....jangan minat sekarang - posting je terus buat perangai.....huhuhu lemah saya tengok cikgu sperti ni...

iKhRam said...

hahaha..
sonata anak kancil : secara kebetulan terbaca komen anda..
kalau anda interview dgn niat menaikkan semangat, alhamdulillah..
tetapi kalau setakat nak menduga .. baik jgn.. itu bukan langkah yg terbaik.. !! saya percaya, usia perkhidmatan bukan kayu pengukur untuk menguji sejauh mana keberkesanan seorang guru tu.. kerana masalah disiplin guru2 veteren jugak ramai..
tp saya percaya anda seorang guru yang prihatin.. dan sedar akan kepincangan yang berlaku.. apapun, jgn lemah melihat situasi seprti ini berlaku, sebaliknya menjadi semakin kuat yer.. kami pucuk2 muda ni mengharapkan perhatian guru2 yang jauh lebih berpengalaman sebagai model dan pembakar semangat.. bukat sebagai tempat untuk diuji..

IMANSHAH : teringat semasa saya mewakili sekolah rendah dalam bahas.. semua yang membentuk peribadi seseorang individu itu bermula dari rumah..
tapi dibangkang pulak oleh pihak pembangkang.. anak-anak menghabiskan sebilangan besar masa berkualitinyanya di sekolah..
dan sampai ke habis, tak de penyelesaiannya.. sebenarnya salah siapa??

kalau saya nak salahkan masa boleh.. sebab penyelesaiannya adalah , apa kata kia undurkan masa tu.. ??

tepuk dada tanya selera..

Raji berkata said...

betul2
memang sgt besar tanggungjawab seorang guru ni..
apa2 salah pun semuanya diletakkan atas guru.. bagaimana nak mendidik kalau pelajar mengambil mudah tentang guru2
sekarang ni xboleh kena leter sikit
mula lah ibu bapa pun nak naik angin..
walhal mereka terlalu memanjakan anaknya bagai cter anakku syazali

IMANSHAH said...

@iKhRam

Tk ikhram. Apa yang diperkatakan oleh Cg Sonata sangat betul..Beliau merupakan seorang pentadbir yang sudak masak dengan sepak terajang kehidupan dunia pendidikan. Bukan sehari dua berada di GELANGGANG ini. Dari guru biasa sehinggalah menjadi PENTADBIR. Bukan niat beliau untuk menduga guru-guru baru saya percaya, namun realitinya hari ini memang begitu terutamanya guru-guru di sekolah menengah. Saya rasa di sekolah rendah, situasi agak berbeza mungkin dari segi masalah disiplin.

Kita bukan nak mempertikaikan banyak mana masa yang diperuntukkan oleh murid di sekolh atau dirumah, tapi masalahnya adalah IBU BAPA yang terlebih-lebih. Jarang support segala tindakan sekolah. Takpa, masuk dulu dalam GELANGGANG realiti. Inysa Allah kamu akan mengerti.

makdara TERdiva said...

tak semua cikgu yg tak betul..tiba2 rindu plak nak jumpa cikgu2 yg penah mengajar MDT..tsk!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget