WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 3, 2011

RAPTAI

Pagi ini semua guru dan pelajar sibuk berada di padang kerana raptai penuh STAR GOLD RUSH ATHLETIC CIRCUIT akan berlangsung pada 5 Mac ini. Setelah sebulan bertungkus lumus menghabiskan sukan tara dan acara-acara terdahulu, maka Sabtu ini akan menjadi medan di mana enam rumah bakal  beradu kekuatan untuk merangkul piala kejuaraan. Untuk rekod, pada tahun lepas Rumah Putih masih kekal muncul johan selama empat tahun bertutut-turut.

Sebagaimana setiap tahun, kemeriahannya sangat terasa. Dengan hiasan khemah yang indah, serta perbarisan yang mantap ditambah lagi dengan atlit daripada rumah-rumah yang bertanding yang sering mewakili sekolah, sudah pastinya kejohanan ini sering ditunggu oleh seluruh warga Sekolah Bintang.

Apapun, Imanshah ingin mengucapkan selamat bertanding buat semua peserta dengan penuh semangat kesukanan. InsyaAllah Imanshah akan update berita tentang temasya tersebut nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

selamat tengahari cikgu iman

wah...nanti update lagi..ayu nantikan

apezs shah said...

hek hek kiri kanan hek hek kiri kanan haha.. selamat berjemur lagi shah..:p

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

doakan cuaca baik pada hari tu

Wassalam

nurkass said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar..

yeah..buka kekuda tu..ha..mcm tu..:)

wahida said...

dulu masa sekolah menengah dulu ada masuk taekwando...tapi setakat tali pinggang hijau je...huhu...

::FAIZ FARISH:: said...

rindu betul masa bersekolah dulu... hm

gadisBunga said...

pesan kat diorg jgn lupa pakai sunblock! hihihi~

Adinda Amy Sensei said...

singgah menyapa bayu org di sana...moga sihat sokmo

cik bebel said...

cik bebel pun ngah bz ngn sukan kolej....ngeeee

Raji berkata said...

tu silat ker cikgu?
hahaha

nabilah_2908 said...

tentu meriah kan nnti...

haih..rindu la zaman sekolah.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
tajuk n3

Amy Syaquena said...

akan ku nantikan entri seterusnya..

Afida Anuar said...

Kata guru dan pelajar, tu pasai apa nampak pelajar je tu? hehe...

apa pun shah, moga dipermudahkan dlm segala hal..

jazakaAllahu khairan kathira'

cikgu isza said...

bila tengok murid2 sekolah STAR ni.. akak teringat zaman sekolah dulu..

tak berani nak ngorat diaorg ni.. takut deme tak layan.. maklumlah.. terpilih..

sekadar pandang jerlah.. kena2 hensem belaka.. heheh..

akak dulu sekolah sk teknik persiaran brash.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget