WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 24, 2011

SEKOLAH KEHIDUPAN


 Buat anak-anak didik yang kurang berjaya....

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menangis …
Tunjukkanlah bahawa kamu punya 1001 alasan untuk tersenyum.

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu mengeluh …
Tunjukkanlah bahwa kamu punya 1001 alasan untuk bersyukur.

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menyerah …
Tunjukkanlah 1001 janji Allah bahwa kamu akan berjaya, sebab

Ketika kerjamu tidak dihargai,
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN.

Ketika usahamu dinilai tidak penting,
Maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN.

Ketika hatimu terluka sangat dalam,
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN.

Ketika kamu  lelah & kecewa,
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN

Dunia ini terlalu hina untuk membuat kamu menangis
Terlalu murah untuk membuat kamu bersedih
Terlalu lemah untuk membuat kamu putus asa

Tersenyumlah …
Kerana kamu mendapat kesempatan & sedang menimba ilmu di sekolah kehidupan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

senyum itu menunjukan ketelusan, keikhlasan, kemaafan serta kesungguhan

Wassalam

khaifaiz said...

Salam Cikgu Iman..

Kehidupan merupakan satu pembelajaran.. Melalui situasi kita belajar dan mempraktikkannya dalam kehidupan.. Nice 1.. Sy suka..

kakcik said...

Jalan kehidupan tidak berhenti setakat SPM dan tidak juga di puncak bila telah menggenggam segulung ijazah....

Kaseh said...

saya suka kata2 kamu itu.. utk peringatan diri saya sendiri juga.. maceh iman.

makdara TERdiva said...

gagal sekali tak semestinya kehidupan dah musnah..byk lagi peluang2 keemasan didepan mata

iKhRam said...

huhuhu..
pernah melaluinya..

saya tak pernah mengatakan diri saya gagal.. saya terima keputusan saya dengan gembira..kerana saya tahu setakat mana pencapaian saya..

tp bila pulang..
kejayaan yang saya anggapkan itu rupanya berita sedih untuk semua orang..
yang menyebabkan saya rasa saya sedih mengenangkan..
walhal saya tidak gagal..
saya berjaya mencapai matlamat saya..
dan dunia ketika itu memandang saya rendah..
walhal saya tidak gagal..
pada siapa lagi perlu berpaut.. pada siapa..

dan dunia hanya tahu menilai peristiwa saat itu..
tapi bukan pada masa depan..
dan hari ini saya buktikan
kegagalan yang mereka anggapkan itu..
bukan kegagalan utk saya..
tetapi adalah permulaan kejayaan
untuk saya corakkan masa depan saya
dan masyarakat saya hari ini, esok dan akan datang..!!

mie said...

gagal adalah cabaran untuk masa akan datang..
eheheee

adol ihsan said...

Salam, cikgu ..

Usaha tangga kejayaan..
Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..

:)

adol ihsan said...
This comment has been removed by the author.
dwaty said...

i like it...

selamat petang cikgu...

::FAIZ FARISH:: said...

Semoga mereka Masih Mampu Tersenyum dan bangun semula

aiman sanudin said...

ada button like tak kat www.abgshah.com? haha

gadisBunga said...

meh belajar senyum dgn GB meh~

ibuintan said...

kejayaan selepas menempuh kegagalan lagi manis untuk dikenang

Afida Anuar said...

tak berjaya dalam SPM/pelajaran tak semestinya tak berjaya dalam hidup!....

bangkitlah, berusahalah..insyaAllah...

Raji berkata said...

yea have fun dalam belajar ^^
we gonna miss that moment someday

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget