WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 27, 2011

SOAL MAKAN BOLEH AJA : PENGAT PISANG

Setiap orang di dunia ini mestin ada makanan kegemaran masing-masing. Selalunya bila Imanshah mengajar tingkatan satu terutamanya bila ditanya tentang makanan kegemaran masing-masing, makanan moden lah yang jadi pilihan. Kadang-kadang terfikir juga, mak ai, zaman kita berbeza rupanya. Apa taknya , kalau jawapan seperti berikut :

Dominos Pizza, McD Prospereties Burger, Oblong Burger, Secret Recipe dan banyak lagi. Paling kurang pun nasi goreng kampung dan nasi ayam.

Hurm, yalah masa dan waktu turut berubah. Dulu mana ada secret recipe ni. Kalau ada pun kek sponge. Itu pun tak jadi. Orang kata apa ntah, Batak?? Eh kalau salah tolong betulkan ye. Memang tak merasa lah benda-benda macam ni. Sebab itulah sehingga sekarang Imanshah bukan jenis penggemar tegar kek dan aiskrim. Sebab memang masa kecil dulu kita tak merasa benda-benda macam ni. KFC jauh sekali lah. Bila dah besar, walau pun mampu namun tekak macam tak dapat menerima  makanan-makanan mewah ini.

Bercerita soal makanan kegemaran Imanshah, yang paling Imanshah suka ialah Pengat Pisang. Hurm, memang tak boleh lawan lah. Bila berada di Ipoh ni, terfikir juga, susahnya nak cari Pengat Pisang. Rupanya, ianya masih popular dan Imanshah selalu menikmatinya di Restoren Sabar Menanti. Jadi, kalau singgah di Restoren Sabar MEnanti, jangan lupa singgah, peken bermacam aneka pengat dan bubur. Hurm, tetiba pulak teringat Pengat Pisang. Imanshah ni jenis bukan boleh ingat, mula lah nak makan. Ok, petang ni kita pekena pengat pisang ya. Selamat berhujung minggu!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Kaseh said...

ya allah sedapnyaaa...ni karang iman buat sendiri ke beli nih? hehe

soffea said...

gambar itu nampak sedap :) ok. nti saya terjah kedai sabar menanti tu :)

kak Erna said...

iman..memang sedap pengat pisang tu..tapi kalau terasa nak makan..memang buat sendiri la..

Kalamhati said...

nak2 pulak pengat pisang tu campur dgn pulut..perrgghh!!

Sham said...

pernah makan pengat pisang+nangka...?best gak wooo...

~Insan Biasa~ said...

pengat labu....pun sedap tau...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Wah, itu kesukaan saya. Tapi zaman muda remaja dulu agak kurang teruja pula. Sejak berada di SB, kalau teringin memang menjadi walaupun tidak sesedap mana~

Tambahan:
Selain cekodok, serawa/pengat pisang paling mudah sedia. Serawa labu dan nangka pun 'mantop'.

Badboy91 said...

yum yum..
thanks to imanshah.. u remind me about this dish, dah lama x makan.. gonna look for it nanti hehe..

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

sedap..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Aku rekomenkan white rose masakkan pengat pisang untuk imanshah, amacam? Best gilerrr.

Afida Anuar said...

Shah, pengat pisang antara favourite saya jugak;)..

ah orang kelantan terengganu ni mana la boleh tinggal kuih2 manis ni, walau di mana berada..eceh..

white rose said...

kebetulan...sy baru je lalu kat restoran sabar menanti tadi...
balik dri kelas, terus solat kat masjid sebelah GM...

makan2 kat situ, pastu terus balik lalu kat restoran...

sabtu ni ade kelas lagi...

Mohamad said...

Lama tak pekena pengat pisang.. sedap, kalau dimasak dengan cara yang betul. Teringat pula nak makan pengat jagung...

echah mashuri said...

perghhh..pengat pisang cicah roti kosong or pulut panas2.perghh..layann.heee.pastuh minum air batu kosong.sbb pengat dh manis;)

mahfudzah said...

wahhhhh!! sedap tu kalau makan time panas2 kan!!nyummm!

ibuintan said...

sejukkan dulu dalam peti ais...... humm bestnya


ni yang nak buat jugak ni!!

eh! Iman beli kan...

aReTikZ said...

Betul2 melaparkan.. huhu..

Entri Lelatest
Hikmah Menutup Aurat

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

saya suka lepat pisang

Wassalam

Raji berkata said...

yeah setuju cikgu
saya pun waktu dlu mana ad secret recipe nih semua..
tpi KFC ad dan pizza hut dan MCD ada lah =.=

mcm sedap jer lepat pisang

gadisBunga said...

pengat pisang+cempedak cicah roti/biskut krim kreker. pergh meleleh!!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget