WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, March 23, 2011

WAKE UP CALL

Salam alaik. Akhirnya debaran yang mencengkam sudahpun terjawab. Keresahan yang bermain di fikiran juga sudah terlerai. Keputusannya, Sekolah Bintang kali ini turun sedikit dari tahta. Jika dahulu, dengan megahnya beradu di kayangan, kini terpaksa menerima hakikat betapa roda itu bulat. Tidak selamanya kita berada di atas. Berada di kedudukan tempat ke-tiga keseluruhan negeri Perak, dengan Malay College Kuala Kangsar dan SBPI Gopeng dua tempat  mengatasi Sekolah Bintang.

Namun satu perkara yang agak membanggakan apabila jumplah yang mencatat kesemua A (straight A) meningkat kepada 31 orang tahun ini.  Yang lain-lain, keputusan yang biasa sahaja. Apapun tahniah buat semua guru, ibu bapa, alumni, PIBG yang telah menyumbang ke arah kejayaan Sekolah Bintang kali ini.

Harus dipersedarkan, keputusan yang begini merupakan Wake Up Call kepada pihak pentadbiran, guru-guru  dan pelajar tingkatan 5 tahun ini agar bangun dari lena yang panjang. Bangun dari mimpi yang indah. Sedar dari EGO yang tinggi, selalu memperlekehkan kedudukan orang lain, sehingga menampakkan riak dan ujub di hati.Tepuk dada, dan berpijaklah di bumi yang nyata.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Eazy Izzuddin said...

tahniah...
xD

ckLah said...

Kringggggg...
Bangun! Bangun! Bangun!



;D

(Tengah pening buat analisis ni...!)

ckLah said...

Tadi, dari pada ketua pengarah, ketua2 sektor dan PPD semua berkampung di sekolah ckLah....nak bergumbira dgn budak2 SPM pun tk dpt...asyik kena relief kelas supaya budak2 tak hingaq! Potong stim betul...

gadisBunga said...

wooo...ramai tuh dapat straight A's!

*betul ke nak bahulu ni?

adrenalina said...

wah mesti seronok gi skolah imanshah nih sbb ramai budak pandai...huhuhu

ibuintan said...

tahniah kpd sekolah bintang, guru-guru serta semua pelajar yang mengambil SPM..

Hasrol Nizam said...

power juga SBPI gopeng tu ye. dulu selalu usha2 sebab dekat dengan matrik.heh

Pn Kartini said...

seronok yaa bila semua anak2 didik terpilih...:)Elit!
bagi akak ni..hanya sekolah harian biasa..maka result pun biasa2 shj..:):)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

wahai warga sekolah bintang...BANGON laa anda!!!!

khaifaiz said...

Salam Cikgu Iman,

Apa2 pun.. tahniah buat semua yg terlibat.. Berbangga juga ble membacanya.. hehe

Oasis said...

Berusaha dan terus berusaha. Betul tak cikgu?

Afida Anuar said...

Ooo, ni ke maksudnya wake up call..ingatkan nak suh buat wake up call tuk shah pagi sok;)..

apapun tahniah buat anak murid shah...tak lupa tahniah buat shah sendiri, kerana berjaya mendidik anak-anak didik sehingga berjaya;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tahniah buat semua

♥phoenix♥ said...

salam che gu,,,
sy dr i-gop,,,
tkpelah...thn ni kita bersaing scra sehat lagi...thn ni sy nak spm...kita naikkan nma perak pulak...doakan kjyaan kami jugak ye che gu...

Raji berkata said...

woah ramainyer straight A
bgus tuh ^^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget