WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, April 19, 2011

AKU BERKENAN DENGAN CIKGU SHIDA??

Semenjak dua menjak ni, tiba-tiba nama Cikgu Shida tersangatlah pemesnya. Haha kengkawan kenal ke sapa cikgu Shida ni. Alah yang buat video klip miming lagu-lagu popular tu. Ni kira macam fenomena jugalah. Selalu je masuk surat khabar, TV dan majalah. Cuba juga godek-godek kot dia ni ada blog. Tetiba jeng-jeng-jeng, Imanshah terjumpa blog dia. Kalau kawan-kawan nak tengok silalah ke sini. BLOG CIKGU SHIDA.

Imanshah terbaca dalam satu blog mengatakan Cikgu Shida telah melanggar etika perguruan, mencemarkan imej guru-guru lah dan banyak lagi. Tapi rasanya idak lah dia gedik sampai orang pandang serong pada cikgu. Ye dak?? Rasanya Imanshah belum lagi disumpah seranah kerana Cikgu Shida. Zaman la ni, kena lah kreatif dalam apa-apa jua tindakan. Mungkin Cikgu Shida berjaya dengan caranya. Sapa tahu dia aplikasikan kebolehan dan bakatnya dengan murid-murid di sekolahnya. Nun jauh nun di Parit, budak-budak kampung mungkin perlukan guru-guru yang segar dengan idea-idea baru.

Wah-wah Imanshah, hang ni nak bela Shida ke pula. Bertambah lah senarai kau kan?? Idak, bukan begitu. Teman rasa sekurang-kurangnya orang memandang keupayaan guru-guru, idak le bila sampai bab guru-guru, cerita-cerita yang tak elok je kita dengar. Guru tampar budak la, guru dera pelajar la, guru jual dadah la. Macam -macam hal kan.

Imanshah kalau ada keberanian seperti Cikgu Shida memang akan buat sesuatu yang kretaif. Namun sebab tak da keberanian lah makanya Imanshah pendamkan sahaja. Bukan senang untuk berada di tempat Cikgu Shida. Berapa mahal harga yang perlu dibayar? Caci maki, kutukan dan sumpah seranah yang perlu diterima. Tak semua orang berani seperti Cikgu Shida. Imanshah harap Cikgu Shida terus suksess selalu hendaknya. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz. said...

Cikgu shida satu fenomena dan berfikiran diluar pemikiran manusia..sokong lah dia..jgn dihina tp klu silap tegur dgn baik...

Cikgu shida masih solo,ha x fhm2 lagi..jln dah terbentang luas tunggu nak lalu je...hehe

white rose said...

dia pendiam tau...
dah bnyak kali i jumpe dia,
salam dan sembang2 ngn dia...
dia mmg xbnyk ckp, pendiam betul...
hanya senyum je memanjang...

i respet kat dia, dia berani & kretip...
hasil video2 dia, dia salurkan tuk kegunaan p&p sek dia...

prestasi BI kt sek dia meningkat...

1 perubahan yg sangat bagus walaupun ramai org tak sukekannya...

KPM kena alert hal ni sebab rugi tak gunakan kemahiran yg dia ada dgn sebaiknya...

asybedazzle said...

cikgu shida pun manusia macam kita, tak payah nak diskriminasi :)

shahjiehan said...

tp stAtus sebagai pendidik yg mencorak kan anak2 bangsa kita..patutkah berpenampilah seperti itu? ..fikir2kan lah... byk nogatif dari positifnya...

martabatkan pendidikan negara kita melalui pendidik~

nur aisya humaira said...

Cikgu shida memang berani laa kan?da laa pompuan, pastu buat video macam tu...dri segi kekreatifan, ada bagusnye cikgu syida buat macam tu..
tpi dri segi norma sebagai seorang pompuan, macam agak keterlaluan kot bgi aisya..:)

hoho..mintak maaf cikgu..:)

cik^fiqa^ said...

like cikgu shida !! hihi..tp kdg2 dia cm over sket..juz pndgn sye je..

~Insan Biasa~ said...

berfikir luar kotak,luar norma...maka wujudlah cgu shida. 1 . saya pun x berani.

♕ Mr.IX ♂ said...

kdg2 tgk ok...kdg2 tgk ok , kdg2 agak melampau untuk seorang guru dan perempuan melayu...

pape pn...sokong jadi guru yg kreatif...

khaifaiz said...

singgah pg selasa

Afida Anuar said...

Hurmmmmm.....

saya pulak shah.. bila tengok video tu, saya pulak yang malu..entah la.

haaa, dah berkenan kat cikgu shida nampaknya tu...kehekehkeh

.:rizaL:. said...

suke cikgu shida

::FAIZ FARISH:: said...

dia ni Kretif

nurkass said...

aha...
masa tgk you tube dia ari tu mmg terkezut gak..dahsyat..

Raji berkata said...

yeah boleh jdi cikgu idola nih
hohohoh

lalink7 said...

tak sangka..dah terjah jugakk ke sana..xsangka ek...

HASNAH said...

entahlah..x terkata!! kalau pilih jln selamat...bak kata artis..'no comment' hihi...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget