WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 30, 2011

ALLAH MAJIKAN KITA PALING AGUNG

Assalamualiakum WBT dan salam hujung minggu. Alhamdulillah, hari terakhir di bulan April. Sekejap sahaja rasanya perjalanan tahun 2011. Sedar tak sedar Mei hampir tiba meninggalkan April yang penuh dengan kenangan. Esok , 1 Mei 2011 merupakan Hari Pekerja dan ianya disambut di seluruh negara. Dan InsyaAllah, oleh kerana 1 Mei jatuh pada hari minggu, maka Isnin diisytiharkan sebagai cuti umum. 

Semalam, Imanshah mendengar khutbah jumaat berkaitan dengan Hari Pekerja. Antara bait-bait khutbah yang disampaikan oleh Khatib yang masing terngiang-ngiang dalam ingatan ialah, Walaupun kita PM, CEO sebuah syarikat, guru, pekerja kontrak, majikan kita yang paling agung ialah ALLAH Subhanahuwataala. Kita   bekerja, kita hidup  di dunia ini haruslah bersandarkan kepada Allah semata-mata. Allah yang membayar gaji kita setiap hari atas pekerjaan yang kita lakukan. Tak percaya? Lihatlah rezeki yang kita perolehi. Kemurahan rezeki itulah balasan Allah kepada 'pekerja-Nya' yang soleh, beriman dan bertaqwa. Dan yang paling utama, 'gaji' dan ganjaran yang paling hebat dijanjikan adalah SYURGA Allah. InsyaAllah.

Wahai sahabatku sekalian, Imanshah mengajak semua supaya kita bekerjalah mengikut lunas-lunas Islam  yang telah digariskan. Pertamanya soal halal dan haram. Pilihlah pekerjaan yang halal kerana pendapatan yang dimiliki akhirnya menjadi darah daging kita dan keluarga. Begitulah juga soal keikhlasan dan kerja buat kita. Amanah yang dipikul itu seharusnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mana mungkin kita tega menerima gaji dari kesungguhan dan dedikasi orang lain. Sedangkan kita, selau sahaja culas, curi tulang dan mengelak sewaktu bekerja. 

"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

azrinrahim said...

betul kate abg iman itu. oleh itu, kita kena bersyukur dengan setiap pemberian allah kepada kita dan tidak perlu untuk merungut jika apa yg kita perolehi itu sedikit kerana Allah memberikan sesutu itu setimpal ngn dgn usha yg kita lakukan.

Afida Anuar said...

Tapi ramai yang tak kenal majikan sebenar-benar majikan kan shah?

kalau kenal mesti takkan ada rasuah, penyelewengan, curi tulang dan sebagainya...

Allahualam... eh eh lupa... selamat hari pekerja buat kita!.. heh!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Selamat Hari Pekerja. Moga diberkahi dan diredhai limpah rezeki kita hendak-Nya~

Tambahan:
Cuti-cuti ni boleh la turun melabur rezeki di KLIBF 2011 ya. Alhamdulillah. Saya dah melabur saham ilmu pada minggu lepas.

gadisBunga said...

thanks for the sharing. kalau semua org dgr khutbah jumaat betul-betul, maka umat uslam akan jadi umat yang maju.

zaty luvlianncezzz said...

setuju sgt taw.kita sbg hambanya...perlu sedar diri ;)

http://www.herstoriie.com/

nurkass said...

alhamdulillah diri ini sentiasa mengingatinya..bersyukur padanya..

selamat bercuti dik..

Ummi Humaira said...

salam dik iman...

terima kasih ingat mengingati...
jom kita perbetulkan niat pada semua geraklaku kita hanya semata2 kerana Allah.

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

ada orang berkata, semua orang patut berterima kasih kepada mereka, kerana mereka yg membawa pembangun dan kemakmuran....

Wassalam

Miecyber said...

Allah ialah Majikan kepada segala majikan...

Satu Komuniti Satu JPJ

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget