WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 10, 2011

ANAK ORANG LAGI

Jangan bosan ye kawan-kawan, Imanshah asyik bercerita perihal sekolah je memanjang. Yalah nak bercerita pasal keluarga, masih belum berkeluarga. Nak tayang gambar anak-anak, jauh sekali. Takpalah, selagi ada yang nak baca dan nak jenguk Imanshah kat sini, Imanshah pun bahagia. Sekadar berkongsi kenangan manis dengan  cara Imanshah sendiri. Malam tadi sempat menyambut ulangtahun kelahiran serentak anak orang lagi. Yalah anak orang dah macam anak sendiri. Empat orang pemain hoki Imanshah menyambut hari lahir dekat-dekat. Alang-alang dah jaga depa sejak kecil, sesekali kami berkumpul begini. Selain dapat meraikan yang sepatutnya, yang lain-lain tu dapat juga tempiasanya. Makan free.

Apapun, Imanshah percaya untuk mendidik ada bermacam cara. Lain guru, lain pendekatannya. Dan inilah pendekatan yang selalu Imanshah lakukan. kepada Aiman, Khalis, Ameer dan Nafis, cikgu ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke -17. Semoga usia mudamu tidak akan dipersiakan. Sorry, pasal telur tu, cikgu tak tahu menahu ye. Perancangan kawan-kawanmu. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

ckLah said...

Yalah...takkan nak tayang gambar anak ckLah pulak kan. Kan!



Hehehe

IMANSHAH said...

@ckLah

Haha, mana ada anaknya..tak pernah jumpa

ckLah said...

Cerita ckLah pun, lagi ramai yang dah jemu.....

Afida Anuar said...

Shah belanja kek? secret recipi? pasai apa tak jemput saya celebrate sekali??!..

kehkehekhe gurau je..

PS: takpa..takpa... ada rezeki nnti letak gambar anak sendiri lak eh..

Citarasa Rinduan said...

nakalnya kawan2 birthday boy2 tu.......

kalau ayu, bukan telur..tapi tepung tau

adrenalina said...

Insya Allah ...Allah akan bukakan rezeki kpd org2 yg pemurah...

suka baca entri ttg budak2 skolah imanshah sbb memberi motivasi utk terus menjadi ckgu yg lebih baik. teruskan...jgn risau ttg apa org kata.yg penting kita hepi!!

ibuintan said...

shah... elok tu melayan anak2 orang dulu, esok tiba masa anak sendiri tak kekok


besday anak nanti jangan lupa lak!

::FAIZ FARISH:: said...

bestnya ada org sambut bday utk diorang...

gadisBunga said...

kem salam kat anak-anak ai itu ye.


eh?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget