WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 2, 2011

ANGKUT-MENGANGKUT

Seminggu yang memenatkan!! Itulah antara rumusan yang dapat Imanshah nyatakan sepanjang minggu ini. Patutlah semalam tak sempat nak bercerita tentang entri baru. Boleh naik darah tinggi jugak rasanya. Yalah bersengkang mata tiap-tipa malam untuk menyiapkan menanda kertas soalan peperiksaan pelajar. Bukan sedikit,  dekat 200 skrip dalam masa seminggu. Bak tambah-tambah pula dengan tulisan yang sanagat la persis doktor nya. Nak termuntah rasanya. Hehe. 

Nak berkejar ke stadium lagi petang-petang. Selalunya beginilah. Kalau tak ada bas, Imanshah terpaksa angkut pelajar ke stadium menggunakan kereta sendiri. Bukan apa, bas sekolah kadang-kadang keluar untuk pelbagai program. Makanya terpaksalah kita dengan gigihnya mengangkut para pelajajar. Sungguh berdedikasi kan?? Wahaha sila muntah ok  dengan jejaka perasan ini. Ditambah pula dengan kesesakan jalan raya, nak berkejar solat maghrib. Akhirnya urusan angkut mengangkut selesai hampir jam 8 setengah. Bukan satu, bukan dua, tapi ENAM trip!! Itulah, sejam setengah dihabiskan di situ sahaja. Nak menjerit ada, nak marah ada. Mesej jelas di sini.. Kalau ada dua orang guru, makanya biarlah kedua-dua guru berfungsi!! Kalau ada sepuluh sekalipun, jika tiadanya rasa tanggungjawab, maka baiklah satu. Jangan biarkan seorang sahaja menangis, jatuh, bangun, bergelumang sendiri. Tepuk dada tanyalah iman. Jangan tanya selera, kalau tanya selera, memang lebih seronok menghabiskan masa di rumah. Tidur-tiduran, takpun pacar-pacaran. 

Imanshah bukan baru dan taklah lama sangat berada dalam dunia pendidikan ini. Namun dah acap kali sudah merasa sepak terajang dunia pendidikan  yang tak berkesudahan. Kalau jumpa teamwork yang hebat, memang seronok dan puas. Kalau dapat yang hado?? Aduh, maka mental,   emosi serta fizikal kena kuat. Apapun, ini hanya sekadar luahan dan nasihat sahaja, tak ada apa dalam hidup ini yang perlu dikejar melainkan keredhaan Allah. Tunaikan lah amanah yang diberikan sebaik mungkin. Imanshah nasihatkan diri sendiri sahaja.

Takpa, Imanshah masih kuat untuk ini!!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Aja2 fighting shah!..ye ye..mmg kuat. Saya tau..

eh angkut dgn kereta sendiri maksudnya 2,3 kali juga la terpaksa berulang alik? Allahuakbar...mmg gigih!

azrinrahim said...

abg iman shah...
biasalah, nak bt macam maner redha jerlh... lepas nie gilaran ayie plak berada di sekolah. incya-Allah dipermudahkan.. hehehe aktif juga ya a bg iman di sekolah.. cikgu yang memang berdedikasi..hahaha

teruskn usaha abg imanshah...

Raji berkata said...

haaa lgi sorg cikgu yg handle tu tak buat kerja dgn betul eh?
xpe2 yg penting kita comitment dgn tanggungjawab kte ;D

Cikgu CTE said...

cikgu memang hebat...

pasti sekolah cikgu berbangga dengan usaha cikgu...

usaha murni cikgu akan mendapat ganjaran kelak...Insya Allah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Saya melihat keadaan semua guru begitu di mana saja mereka berada, sama gigih seperti Cikgu Shah tapi berlainan situasi. Kalau tak ada manusia sebegitu lama dah tenggelam segala minat dan cita-cita anak didik mereka.

nurkass said...

sabarlah dik..
inilah kehidupan..cuma perlu diingatkan "buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali.."

n i k l i s a said...

ee, xsuke nye orang macam tuh.
makan gaji buta.

manusia macam gitu lah perangai.

hani@debumelukut said...

Salute u. Its not easy to find younger generations as dedicated as you.Once a teacher, forever will be.Salam dari makcik cikgu.

~Insan Biasa~ said...

tahniah iman....
semoga kekuatan semangat itu akan terus berkekalan!!

gadisBunga said...

saya dah tepuk dada, boleh tanya awak sekarang? hihihihi~

*rupanya dalam dunia awak pun ada ye teamwork dgn ahli yg tak berfungsi. cemana kite nak buat dgn spesis cenggini ek? ce cite. ce cite~

::FAIZ FARISH:: said...

sabar ye.....

sissyira said...

salam

setuju sokong dan betul..

kalau ramai menyusahkan, baik tak ada daripada ada. itu hakikat.haha

MR. SYAH said...

wah! bila baca kisah cikgu teringat kakak saya yg juga mengalami situasi sebegini.. mmg penat betul tgk dia...

mie said...

xpe, yang penting jaga amanah tu..
boleh dikatakan lumrah kehidupan..
eheheeee

ibuintan said...

Iman...

faham benar2 tu, dah lama alaminya

buatlah semampu kita dengan ikhlasnya

siti murni said...

kesian cikgu imanshah kite...sabo yer..
cikgu imanshah pasti boleh melalui semua ujian tu...
sudah tanggungjawab...kite kat sini pun sama je jugak..kalau semua orang tahu tanggungjawab masing2...aman dunia ni kan..hidup pun senang aman tenteram...:)

Oasis said...

Fuhh memang padat betul aktiviti tu. Mahu tak mati pucuk kalau hari2 cam tu. Tak sanggup nk redah.

Mutiara Bernilai said...

Salam..

Ya, moga berguguran dosa-dosa pada setiap titisan peluh yang menitik..

Bisik kuat kuat pada hati, " Imanshah akan tetap kuat!"

^___^

hazlin said...

guru bujang.. camtu le..

Woofer Storm said...

sbr bro...adatlah tu.,menjadi cikgu ni memang menguji kesabaran ni..cool

Dinas Aldi said...

ya, faham sangat ni dik. akak pun pernah kena (selalu sebenarnya). yg bertugas 2-3 orang tapi sorang ja yg terhegeh2 kena buat. bila kena tugas apa2, selalu berdoa lebih dari biasa supaya dapat geng yg boleh saling bantu membantu & kita tak terkonteng2 sorang2, huhu

ummu said...

assalamualaikum Iman
kesibukan itu
pasti menjadi
rindu rinduan
suatu masa nanti.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget