WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 4, 2011

BANTAL KEKABU

Salam semua. Selamat malam, eh dah pagi, jam dah hampir dua pagi. Terasa lenguh pula tengkuk ni. Lepas menanda sedikit kerja rumah pelajar, Imanshah tertidur, dan baru ni nak terjaga, nak melihat dunia malam yang masih muda. Wahaha. Sebenarnya Imanshah bermimpi, tidur di kampung. Seronok betul, tidur dengan bantal kekabu. Tapi kat bandar ni susah benor nak dapatkan bantal kekabu. Terkenang pula, mak Imanshah memang suka buat bantal kekabu masa dia tengah gagah dulu. Sekarang pula sibuk dok beli bantal kekabu , banyak yang ada kat rumah tu. Sesekali anak-anak balik ke kampung, dibekalkan dengan bantal kekabu suruh bawa pulang ke tempat masing-masing. Katanya tak elok tidur atas bantal moden. Huhu.

Selalunya Imanshah terlupa untuk bawa pulang cenderamata dari mak ni. Sebab yang selalu pantas bab-baba ni kakak dan kakak ipar. Imanshah tengok je lah, kita kan bujang. Tapi bila selalu lenguh-lenguh badan ni, rasa nak tidur atas bantal ngan tilam kekabu la pulak. Hurm, lepas ni kena cari orang rumah pandai buat bantal kekabu lah. Antara kelebihan bantal kekabu ni ialah :


Sejak dari zaman berzaman penggunaan kekabu asli (dari pokok ) merupakan bahan utama dalam menghasilkan bantal maupun tilam.Keselesaannya memang diakui oleh ramai orang kerana faktor bahan tersebut yang murah, mudah didapati disekeliling dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia, kerana ia adalah sumber semulajadi. Berbanding penggunaan fiber, kekabu sintetik atau getah yang telah diproses dalam penghasilannya. Dari segi memprosesnya, apabila buah kekabu sudah cukup matang, kekapas diasingkan daripada buah dan biji mengikut kualiti warna. Kelebihan produk kekabu ialah ia ringan, tidak menyimpan haba dan tidak mudah mengecut. Selain itu juga, keunikan kekabu itu sendiri yang lembut serta selesa. Ia amat sesuai sebagai alas tidur untuk bayi mahupun golongan dewasa. Kekabu yang dijadikan tilam atau bantal mampu bertahan selama 20 tahun. Untuk mengembalikan keselesaan pengguna, bantal atau tilam perlu dijemur dan dipukul bagi menyingkirkan habuk kekabu- NORMAHPILLOW

Alamak, melalut lah pulak. Dah macam-macam ada kat Hok Sengoti. Takpalah, blog kita, terpulanglah kita nak tulis apa. Selagi termampu menulis, kita tulislah. Sedikit sebanyak , bukan sahaja memberi manfaat kepada kita, tapi dapat mengimbau nostalgia rakan-rakan kita terhadap sesuatu perkara yang ditulis. Tak gitu kak Nab?? Maaf ya , blog ini tak seilmiah blog Kak Nab. Huhu..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

Raji berkata said...

sedap eh?
nih xboleh tdo sbb xde bantal kekabu lah nih?
hak2 sian cikgu

nur aisya humaira said...

best ke bantal tu???dulu2 mak aisya pun rajin buat, skang da tak buat..aisya tk suke guna bantal kekabu...huhu

Afida Anuar said...

ah teringat jugak kat rumah tok sedara...banyak bantal kekabu...sedap tidur...masa kecik dulu dulu la.

skrang dah lama tak tidur dgn bantai kekabu...tetiba rindu kat bantai kekabu..huhu

azrinrahim said...

betol tu..ayie pon tido pkai bantal kekabu..bantal kekabu tu hadiah makcik mase ayie masok matrikulasi dulu..alhamdulilah enak tidur... huhu

nurkass said...

aha..betul tu dik..
rasa segar je bila bangun tidur.mmg nyaman..hehe..

ari tu beli sebiji kat kg rm20..tu pun dah takde stock..haihhh..susah nak cari kekabu sekarang ni..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

mula2 datang ke kl dulu
bawa bantal dan tilam kekabu drp kampung.....

Wassalam

Kakzakie said...

Rumah kakak memang guna bantal kekabu. Kakak beli kekabu dan buat sendiri. Setiap kali nak dapat baby baru mesti buat tilam dan bantal....

Cikgu tunggulah masanya akan tiba juga...

gadisBunga said...

saya tak pandai buat bantal kekabu. sekian.

*tapi bantal kekabu byk jual otw gi kuala selangor. huhuhu~

NzA said...

mmg syok...biasanya org2 tua akan jemur bantal2 kekabu ni utk menjaga keempukkannya.....

MR. SYAH said...

pemilihan bantal perlu untuk kelenaan tidur.. teringin plak nk bantal kekabu.. heheh..

::FAIZ FARISH:: said...

dulu arwah atuk n nenak slalu buat... sbb rumah dia ada tanam pokok ni....

skrg aku pakai bantal Moden je.. hehehehe

Ayuni said...

bantal kekabu slalu wat kapas masuk dlm hidung sye....

luahfikiran said...

SALAM,
SUKA BANTAL DAN TILAM KEKABU. TIDAK TERLALU KERAS DAN TIDAK JUGA TERLALU LEMBUT. TAPI SEKARANG SUSAH NAK DAPATKAN BENDA NI.

Haziq Janudin said...

carik orang rumah yang mcm kekabu pun boleh cikgu... lagi senang... haha

Qaseh dalia adelia said...

jolo sengoti lah hok demo royak tu .. kabu lah sedap tidp lembut pun lembut tapi gak kalu bantal carik abes lah kabu masuk idung haha

nyanyisunyi said...

akak pun suka guna bantal kekabu ni..tp mahal sikit kalau jual kat tepi2 jalan..

Randukoo TM said...

dulu selalu tengok arwah nenek jemur kekabu dan buat bantal sbb mmg ada pokok kekabu tu... tp sekarang pokok dah takder... susah nak cari kekabu... harga kekabu pun dah mahal kan? huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget