WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, April 29, 2011

BAYI ARWAH FAIZAL YUSOF

Masih ingat dengan berita ini?
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.  Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.  Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.  Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.  Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.  Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. 

Alhamdulillah, setelah hampir lima bulan pemergian Allahyarham Faizal Yusof, isterinya Rosmunira Rashid telah melahirkan seorang zuriat lelaki pada tangga 23 April yang lepas. Sudah tentu kehadiran bayi comel ini amat dinanti-nantikan oleh ahli keluarga Allahyarham, apatah lagi melihatkan wajah bayi comel ini saling tak tumpah seperti arwah ayahandanya. Alfatihah buat roh Allahyarham.


 Allahyarham Faizal Yusof


 Wajah bayi yang baru dilahirkan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

naem said...

semoga arwah dicucuri rahmat. amin :')

Woofer Storm said...

sedih tgk arwah ni..ermmm yang hidup pasti kan kembali..

Alfatihah..

NURUL NADIAH MAMAT said...

seiras dengan arwah ayahnya...
moga roh arwah dirahmati oleh-Nya..

nur aisya humaira said...

waa,da lahir pun die...cian baby,jdi ank yatim..:)

Afida Anuar said...

moga isteri dan anak tabah hadapi kehidupan tanpa orang tersayang di sisi....teringat pula novel yang saya baru baca...

Mencari suami @js.com... suami dia meninggal..aduhhh nangis...hu hu

aqmalazmi said...

Wahhhhh..anak arwahhh..suke suke...
HEEEEEEEEEE..................

ratusiput said...

minat jugak ngan faizal ni...sian baby tu kan..kuar2 je bpk dh takde..aduh smoga isteri dia tabah hadapi hidup..

nabilah_2908 said...

mcm rupa arwah juga.. :)

Ana____Y said...

semoga si ibu terus tabah dlm membesarkan dan membimbing harta dan kenangan yg ditinggalkan arwah. insya allah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget