WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 25, 2011

CERITA SUBUH

Selamat pagi Isnin buat semua. Hari ini hari kerja ya kawan-kawan. Dah ready ke?? Jangan sesakkan kepala, bangun dengan niat yang baik, kerja kita sebagai ibadah. Kerja kita sebagai amanah dan kerja kita sebagai saham untuk ke akhirat. Imanshah memang tak sabar untuk ke sekolah. Hari-hari terasa baru nak bekerja. Meski mungkin ada banyak masalah yang terpaksa dihadapi di tempat kerja. Masalah dengan pelajar, masalah dengan kawan-kawan malah masalah dengan pentadbir mungkin. Namun, anggaplah masalah itu sebagai sebahagian dari rencam kehidupan. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari segala masalah yang menimpa. Lihatlah masalah dari sudut positif, insyaAllah, ada jalan penyelesaiannya.

Apa Imanshah akan buat bila bangun pagi? Alhamdulillah urusan dengan Pencipta itu yang utama. Memulakan langkah petama dalam kehidupan harin ini mesti berkomunikasi dengan Allah. Alhamdulillah. Kemudian?? Biasalah tugas hakiki orang bujang, membasuh baju dan menggosok baju. Dah cekap wei, gosok baju pun sambil pejam mata. Kahkah. SILA JANGAN PERCAYA. Kemudian , masaklah apa lagi..Nak makan apa? Nasi Lemak yang dilarang ke sekolah? Atau mee goreng ala pagar dawai?? Semua boleh. JANGAN PERCAYA SEKALI LAGI. Kuat benor melabun nya. Imanshah tak suka masakan sendiri. Imanshah suka masakan makcik kantin walaupun macam nak menangis bila mengunyah nasi goreng kacang panjangnya. Argh, menu sama je hari-hari. Biasalah, bayar sehengget, nak macam hotel, mana maunya.

Apapun, sekali lagi, selamat bekerja. Mulakanlah harimu dengan SENYUMAN. Biar nampak gigi yang hampir dimamah usia tu. Jangan tengok anak murid nampak masalah sudah. Merekalah sebenarnya yang mewarnai hidup kalian wahai guru-guru. Tanpa mereka, siapalah kita. Ate, kalau murid-murid takde, mana maunya, mike nak datang  ngajor kerusi ngan meja??  PENGSAN SEMINGGU!

Ate, cuba mike nengok gambar baju ngan selu0r teman kat bawah ni. Baru je snap selepas jemur ni. Banyak benor warna merah. Feveret kaler teman. Penuh lemari tu ngan baju kaler merah. Kalau nak bagi hadiah, pilihlah kaler merah ye. Huhu. Teman nak ke sekolah dulu ya!! Kita jumpa lagi yeop!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

MiaZarra said...

Eh....eh...ada seluar n baju mcm aku kenal jerkk....hihihihi

Afida Anuar said...

baeklahhh....

shah..hawat pink benor suar tu...heh!

aleeyaqaisara said...

kami ade roti bako..meh2..hee

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat menjalankan tugas dan amanah..

azrinrahim said...

haha..selamat pagi..wow abg iman dh nak g sekolah..cept cikgu peg sekolah dh lewat nie.. btw betl kte abg iman.. pagi2 kne uruskan diri dulu dgn pencipta sblom nk meneruskan rutin harian

~Nabilah~ said...

huyyooo!!!seyes rajin...hahaha

nur aisya humaira said...

hahaa....baru nak caye..kah2..:)

fuyyo,rajinnye cikgu iman..:)

kakcik said...

Merah tu takpe lagi Yop... janganle mike pakei warna merah jambu macam kumpulan Jambu pulok! Idok elok teman ghase... :)

Woofer Storm said...

perggh dasyat ye abg,leh je gosok baju smbil tutup mata....ilmu apa yg dipakai tu?heheee nasib baik tak caya..ngeeee

*asal ada muka orang kat pkok pisang tu..aikkkk

Kakzakie said...

Warna merah nampak cerah
Esok bila buat hantaran pilih kaler merah gamaknya....

gadisBunga said...

banyaknye kaler merah!

::FAIZ FARISH:: said...

mcm pink seluar tu

ahmad humairi said...

Hangat pijo yop...udahle kale meghah plak...cari yong kale meghah gak...

Miecyber said...

Merahnyer cikgu...

2 kembar beradik kongsi tarikh lahir

DaHLia said...

wahh hehari basuh baju??calon suami pilihan ni..miahahaha


sama gak, boring dah dengan makanan kat kantin, tapi tetap kena telan sebab nak buat bekal tenaga melalak dalam kelas...heheh

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

baju melayu..warna pink..tu kaler macam terang palk..tapi biasa je

adol ihsan said...

Salam, cikgu..

Huhu.. sy cam seluar baju melayu yg kaler merah tu je..

macam pernah tgk cikgu pakai je.. hehe..

:)

lalink7 said...

berpinauu mata tgk sume baju kaler merahh..hehehehe

nurkass said...

alahai..
dah ada ciri2 tu dik..haha..
apalagi..pegilah masuk cepat..kang dikebas org pulak..

erkk..
baju ape yg merah kilat2 tu..

nabilah_2908 said...

rajinnya bagun pagi2 basuh baju..jemur baju....huhu..

kalau sy....bab baju ni dah selesai sebelum tidur..esok pagi boleh bagun dgn aman dan damai... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
JAJAN

wahida said...

selamat petang cikgu...

suka merah ke?

Oasis said...

Hampir semuanya warna merah. Semangat betul...

selamat mengajar cikgu.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

idop MERAH...patik pon suke merah...

Zabidah Zamri said...

idak ke takut kena kejor dek lembu cekgu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget