WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, April 8, 2011

CIKGU MARIATI DITUMBUK SEHINGGA PATAH HIDUNG

KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.  Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas. "Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas, guru berkenaan sedang melalui koridor sekolah apabila beliau ternampak pergaduhan itu dan cuba meleraikannya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. 
Menurut jurucakap itu, Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah. Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah sama.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu. 
Katanya, laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.  Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - 

Berita petikan akhbar Berita Harian hari ini sememangnya agak panas. Tak sampai seminggu berita seorang guru memukul pelajar sehingga mati juga di Perlis, kini timbul pula cerita baru. Macam-macam sekarang, betapa sukarnya menjadi guru. Tapi ramai juga yang masih berminat untuk menjadi guru. kalau tak percaya tengok lah perangkaan jumlah pelajar yang memohon untuk meneruskan pengajian di IPG dan KPLI.

Biarlah polis yang meneruskan siasatan terhadap kes ini. Sudah pun menjadi kes polis. Cuma satu sahaja, apa-apa pekerjaan pun banyak risiko. Tak bergaduh dengan rakan setugas, bergaduh dengan boss. Itu lumrah di mana-mana. Tambah-tambah sekarang pelajar kita ni lain macam sikit di samping perangai sesetengah ibu bapa yang memihak anak-anak. Kepada semua guru, jangan rasa sedih atau kecewa. Teruskan tekad untuk mendidik anak bangsa. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Kepada Cikgu Mariati, Imanshah sangat bersimpati dengan cikgu, banyak-banyak bersabar cikgu. Salam jumaat. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Ini yg kakak komen pada N3 cikgu yg lepas. Bila murid kurang ajar cikgu jadi mangsa. Risiko cikgu makin besar. Bila cikgu dah buat tak tahu lagilah masyarakat akan dtg bertambah rosak. Kemanusiaan sejagat kian teruk.....

nurkass said...

kat ofis ni heboh pasal kes ni..
tak taulah apa nak jadi..macam2 hal sekarang ni..

kak Erna said...

imanshah..kenapa lah macam2 kes sekarang ni kan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Allahu Akhbar...gurunya pulak jadi mangsa..

ibuintan said...

Assalamualaikum...


kita golongan guru sekarang tersepit, bila kita cuba memberi hukuman atau menegur kesalahan anak murid, kita yang dipersalahkan semula, malah kita dipersalahkan di depan anak murid itu sendiri... jadi apa nak jadi

Alang Ridhwan said...

betul tuh!!! kami yang masih stadi kt IPG nih, bersemangat nak mendidik di masa hadapan..!

adrenalina said...

nampaknya cikgu2 sekarang mesti ada ilmu mempertahankan diri jugak...

lalink7 said...

bukit keteri tuee dekat rumah huszz..isk..memalukan laahh..kenapa byk sangat kejadian yg pelik2 di perlis niee..iskk..memalukan..malunyeeeeeeeeeeee...

NzA said...

pagi2 dikejutkan dgn berita ni kt radio...MasyaAllah,apa nk jadi skrg...baru minggu lepas negara digemparkan dgn kisah tragis n hr ni kita trkedu dgn berita camni......

CIK TOM said...

hurm..mcm2 skang..sebelum ni kes cikgu pukul anak murid.ni kes anak murid plk pukul cikgu...dunia xkan aman..sepatutnya alam persekolahan la waktu yg paling menyeronokkan..

sori ye lama dah xjenguk abg shah..sihat?

Sham said...

seorang rakan guru pernah berkata:sekarang ni kita ajar je,tak perlu didik dah...boleh tak...?

ckLah said...

...kesian cikgu sekarang kan!

Miss Tira said...

Kenapalah biadap sangat tergamak lakukan perkara macam ni. Tak boleh ke kita hidup secara aman dan damai. Kalau rasa diri dah hebat sangat pergi hidup dalam hutan sorang-sorang.

Afida Anuar said...

Allahuakbar...mana silapnya bila semua ni berlaku?

Abu Aiman said...

macam2 perangai budak2 sekarang ni, dari sekolah rendah sampai ke uni.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget