WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, April 28, 2011

DAH TUA BOLEH KE MAKAN UBAT CACING?

Selamat malam buat semua. Minggu yang agak menyesakkan nafas khidupan dunia bujangku. Walala, ayat itu tak boleh blah. Bukan apa, banyak pakai duit minggu ni. Semalam. Imanshah servis Encik Honda, dekat-dekat RM 200 juga berhabis. Kemudiannya hari ini tukar tayar dua biji, berjumlah RM 550. Kebetulan pula terbeli seluar adidas adalah dalam tiga angka juga. Hampir seribu dalam tempoh dua hari. Tu yang dikatakan menyesakkan nafas dunia bujangku. Takpalah untuk kereta, sememangnya satu keperluan untuk merawat kereta kita walaupun tidak sakit. Kata orang mencegah lebih baik dari berubatkan.



Lupakan kisah kereta, malam ini Imanshah membeli ubat cacing. Namanya ZINTEL. Bukan apa, teringat pesan seorang pegawai tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia sewaktu bertandang ke Sekolah Bintang. Beliau meminta semua guru dan pelajar diberi ubat cacing, bagi melegakan perut. Pada mulanya Imanshah tak ambil peduli sangat pun, tapi malam ni tergerak pula nak mencubanya. tak dapatlah Imanshah nak bayangkan bagaimana bentuk dan rupa cacing yang nak dinyahkan dari perut Imanshah. Teringat zaman kanak-kanak dulu, ubat cacing antara perkataan yang agak popular juga masa tu.

Teringat kata mak : Perut mung buncit tu, kena makan ubat cacing ni.
Teringat kata cikgu : Budak ni malas betul buat kerja sekolah. Ni mesti cacing penuh dalam perut.
Teringat kata nenek : Jangan jalan kaki ayam, nanti cacing masuk ikut kaki.
Hurm, namun kini kata-kata tu dah lama Imanshah tak dengar. Almaklumlah, dah lama meninggalkan sekolah, nenek pun dah meninggal. Takkan mak nak tegur kita lagi pasal cacing kan. Dah besar panjang. Apapun, Imanshah nak tunggu esok, nak lihat apa yang akan terjadi. Agak teruja sebab kali terakhir makan ubat cacing rasanya 20 tahun yang lalu. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

ckLah said...

Oooooooooo, bujang lagi rupanya.

Belumlah tua....minumlah ubat cacing tu...


:D

IMANSHAH said...

@ckLah

ececeh buat2 ooooo panjang lak..huhu

Afida Anuar said...

wooooo..tetiba nampak nama saya paling besar kat sebelah... tuan penasihat paling utama pulak tuh, aduhhh tetiba terasa malu... heh!...

eh eh...hurmmm tua2 pun ada cacing eh? errrrr...

PS: shah, Incik Hitam saya...2 tahun service free... termasuk major service... best! jgn jeles.. bye!

Citarasa Rinduan said...

cikgu.. semalam umai makan ubat cacing..
tapi lain benor dgn zaman kita dulu2.. kalau makan ubat cacing dapat image kan??
zaman skrg cacing dah hancur lumat ko...
hahahha..

adrenalina said...

bagus tu mkn ubat cacing...barulah perut kempis sikit..ni org2 kata lah..huhu

Kalamhati said...

hehe loni cacing tok tubik sekor2 doh..dio hancur trus bersama tinja tu..so jange la takut..hihi

ibuintan said...

yang boroi tu banyak cacing jugak kot, belilah zentel juga

arwah mak kata dulu, kalau tidur menunggeng mesti banyak cacing dalam perut

~Nabilah~ said...

serious dh lme ar x dngr pasal ubat cacing nie...hehehe

♕ Mr.IX ♂ said...

cacing sentiasa muda dalam perut tu..haha

Solihin Zubir said...

ahaha.. aku masa kecik dlu suka minum ubat cacing yg kaler kuning tu..
sedap beb! heheh..

Gayahspears said...

abg shah.. pinjam moto.. Gayah nk merempit..huhu

KUREKURE COMEL said...

hehehe....mina pun dah lama tak mkn..
hehehe...ingatkan bila dah besau takde cacing dah...rupe2 nye ada ek....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget