WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 3, 2011

DARI DAPUR IMANSHAH

Selamat berhujung minggu. Baru berkesempatan menjenguk blog kesayangan ini. Biarlah orang lain tak sayang, dan memberi pandangan yang berbeza tentang HOK SENGOTI. Imanshah tak kisah pun, yang penting, ramai juga kawan yang menyokong. Itu sudah cukup memadai. Entri santai sahaja hari minggu ini, tak berkesempatan untuk bercerita tentang perkara-perkara yang sarat dan berat, cukuplah gambar-gambar ini bercerita.


 Lupa orang panggil apa dah. Pengisar kan dalam Bahasa Melayu nya. Beli dah 4, 5 tahun rasanya, namun sayang tak pernah guna. Hehe.


Ni pula  gambar ketuhar. Wah nampak macam Imanshah ni tukang masak profesional lah pulak. Walhal setahun sekali guna nak panaskan lauk untuk sahur.


 Inilah satu-satunya alatan eletrik di dapur yang berfungsi dengan baik sekali. Ni memang Imanshah guna setiap hari. Huhu.

 
Nak masak nasi?? Jangan haraplah, setahun sekali pun susah. Beli beras pun beras penuh dengan ubuk, akhirnya buang. Nampak tong gas tu?? Haha dah 4, 5 tahun belum bertukar isi lagi.

Imanshah saja je nak tayang kan peralatan dapur ni. Sebenarnya bukan nak cakap sudah tiba masanya cari tukang masak. Dan Imanshah tahu mesti ramai yang akan komen begini :

 
1) Carilah isteri cepat-cepat.
2) Bila lagi cikgu nak kawen tu, nanti gunalah semua kan.
3) Kesian peralatan dapur tu, kawen lah cepat-cepat cikgu.
Saja je, Imanshah nak tengok akal kawan-kawan, apa nak cakap bila tengok peralatan dapur yang tak digunakan ni sebab Imanshah memang tak suka masak.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Tak kato ko demo..ambo pun jarang masak..ujung minggu jah masok..tak berbaloi masak..murah beli lg setakat sebungkus nasi.hehe

ckLah said...

Tengahkan sikit botol sos dan mug atas peti ais tu cikgu. Nanti jatuh, terpijak kaca.....siapa nak latih budak hoki?

~Insan Biasa~ said...

huhuhuhu sebulan sekali buat jamuan ngan anak2 bintang....kompem guna! kan...kan....

khaifaiz said...

Salam Cikgu Iman..

Memasak memang remeh.. lagi2 jejaka solo mcm kita ni.. heheh

wslm

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Wah. Ini kira sesi turun ke dapur la ya. Bukan turun masak, tapi turun display barang..hehe~

Tambahan:
1. Semua saya ada, kecuali ketuhar. Biasa panaskan makanan secara manual.

2. Blander dan rice cooker jarang guna sebab selalu pakai lesung batu dengan periuk nasi manual.

sinpul said...

Aiseh...ingatkan leh tgk cikgu bujang ni punya hidangan hari ni

Raji berkata said...

ni entry mintak isteri nih cikgu
hahahah

adrenalina said...

nampaknya xdpt nak komen apa2 lah...sbb dh diberikan ramalan awal apa yg bakal dikomenkan...hahaha

p/s : ohw patotlah blender tuh nampak mcm baru...sbb xguna.kalaulah blender tu boleh berkata2 ... mesti dia kata..."aku ni apa???peralatan dapur atau perhiasan dapur..." kehkehkeh

MR. SYAH said...

nasib kita sama cikgu..

Kakzakie said...

Peralatan kena ada, jadi kalau keluarga datang boleh juga digunakan.

Nak tunggu tukang masak lama sangat atau ini adalah kiasan....

ain fathihah said...

hehe. macam ni rupanya dapur lelaki bujang.

khairunnisa ♥ said...

sayang tak guna hari hari ^_^ haha.. macam dah agak je student komen cam tu ^_^

Mohamad said...

Barang2 tu buat perhiasan saja Imanshah.. gas rumah saya sejak 2006 sehingga hari ini belum bertukar lagi..

ummu said...

assalamualaikum Iman,
hu hu,wah complete alatan dapur Iman ni.suka akak tengok.

Afida Anuar said...

Shah..memandangkan dah tulis possible comment yang bakal diterima, saya malas la nak komen... haha

PS: tp komen jugak..kehkehkeh

Bukan AMoi said...

ketuhar tu dapat dari cabutan bertuah ke cikgu?

cikgu..semua peralatan lengkap..t dah kawin xpyh beli..senang sume dah ada..

Citarasa Rinduan said...

cikgu..samalah kita...dah sangat2 kurang berblog...

ayu tamo komen cam tu..
hahahhaha..

ayu nak kata...kemasnya dapur bujang cikgu iman...heheheh
(plz percaya..sebab ayu baca/tengok gambar awal2 nampak sangat cikgu iman nie kemas orangnya)

iKhRam said...

teringat nasihat anak murid yang berusia 11 tahun

"sir, kalau ada orang nak beli, sir janganlah jual mahal sangat !!"

hehehe..

h A n Y S said...

alahai, baru nak komen mcm komen dlm entri tu, heh heh hehhh~
tp boleh ulang lagi tak?

"cikgu bila nak kawen?" *ayat menyakat*
ekekeke~
=p

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget