WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 3, 2011

DIN BERAMBOI, SETAHUN SUDAH KEPERGIANMU

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Salam takziah daripada Budiey untuk seluruh keluarga allahyarham Din Beramboi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Pertama kali tercalon Penyampai Radio Terbaik ABPBH 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini, ternyata allahyarham tak sempat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Beliau telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan dan seribu satu kenangan untuk kita semua.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM). Solat jenazah arwah Abg Din dipercepatkan daripada pukul 11 pagi kepada 10 pagi bertempat Masjid al Faizin Taman Ehsan.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.
Sedar tak sedar,sudah setahun pemergian arwah Din Beramboi. Tahun 2010, Imanshah berada di Kepala Batas untuk menyertai perlawanan hoki di sana. Sangat terkejut dan terkasima dengan berita pemergian ini. Dalam ramai-ramai selebriti, Din merupakan insan yang sangat dekat di hati. Lawaknya yang bersahaja membuatkan hati sering tertawa. Di kesempatan ini, Imanshah ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham, marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat arwah Din. Kita yang hidup teruskan kehidupan.  



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Mohamad said...

Alfatehah untuk beliau.. semoga kita mengambil iktibar..

Kalamhati said...

Sekejap je masa berlalu.

Al-Fatihah utk arwah..

nur aisya humaira said...

alfatihah utk arwah...
tu laa kan, aisya pun suka ngan lawak selamba die...:)

Raji berkata said...

huhu dlu gelak smpai sakit perut tgk lawak dia di spontan..
alfatihah buat arwah

amirul said...

al-fatihah buat arwah din beramboi... saya suka dengar celoteh dan lawak selambanya sejak di radio THR lagi... apapun kini semua tinggal kenangan... :(

Imanshah: blog saya diserang malware... ada apa2 cadangan atau jalan penyelesaian? tq

iKhRam said...

Al fatihah !!

siti murni said...

Al-fatihah...buat yang telah pergi...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget