WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 6, 2011

GURU-GURU PENTINGKAN GANJARAN?

SABAN tahun diadakan pertandingan Guru Inovatif sempena meraikan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Walaupun tidak pernah menyertai kerana saya tidak memiliki kepakaran yang hebat dalam bidang ini, saya melihat dari jauh usaha dan kesungguhan yang begitu mengagumkan daripada guru yang terpilih menyertai pertandingan ini. Bagi saya, kejayaan guru yang terpilih dalam pertandingan ini bukan sahaja memerlukan kreativiti dan inovatif yang tinggi. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesungguhan yang tiada surutnya untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang kemudian dinilai sebagai terbaik pula. Pemilihan untuk memperoleh tempat terbaik di peringkat kebangsaan amat teliti, sengit dan memerlukan pembuktian yang bukan sedikit.

Pengalaman saya melihat calon Guru Inovatif beberapa tahun lepas di peringkat kebangsaan, setelah berjaya di peringkat negeri, amat menakutkan. Banyak masa dan tenaga dihabiskan semata-mata untuk menghasilkan bahan inovatif yang terbaik. Pemilihan yang begitu eksklusif bermula di peringkat daerah, kemudian ke peringkat negeri dan akhirnya di peringkat kebangsaan.Pada peringkat ini, pembentangan hampir beberapa kali dipantau oleh penilai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), amat membebankan. Bukan sahaja guru itu yang terbeban, guru-guru lain yang berada di sekolah itu turut terkena tempiasnya kerana apabila ada pemantauan, semua guru mesti kelihatan sempurna di kaca mata pemantau. Kerisauan turut singgah dalam kalangan warga sekolah itu.

Untuk guru yang dicalonkan amatlah lebih hebat tanggungannya. Dengan pembentangan yang bersilih ganti beberapa kali di peringkat kebangsaan, barulah seseorang guru itu terpilih untuk dinobatkan sebagai Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan.Sayangnya, hasil kerja guru yang kreatif, inovatif ini bagaikan tidak dihargai. Anugerah Guru Inovatif amatlah tinggi nilainya. Tetapi bagaimana dengan ganjarannya?Saya tidak pasti untuk tahun ini. Tetapi hadiah untuk tahun-tahun lepas bagaikan tidak berbaloi dengan status anugerah yang diberikan. Tiada wang tunai disediakan. Hanya sijil dan plak sebagai 'pengiktirafan terbaik'.
Keadaan ini menyebabkan saya terpanggil untuk melahirkan rasa simpati atas sikap terlepas pandang ini. Bayangkan, juara nyanyian boleh memperoleh RM1 juta (rancangan pertandingan realiti); pertandingan Adik-Adikku (pidato) pun diberi hadiah RM10,000 dan umrah (pelajar bukan guru); pertandingan lawak pun juaranya menerima RM100,000 dan hadiah dalam kewartawanan pun mencecah RM10,000.
Tetapi, apakah nasib Guru Inovatif (yang hanya beberapa orang terpilih), yang hanya setahun sekali diiktiraf sebagai guru hebat? Mereka menyumbang kepada pembangunan anak didik pelajar yang akan mencerna pembangunan negara, tetapi apa ganjaran yang mereka dapat? Hadiah wang tunai pun tiada!
Terpukul rasanya insan yang bernama guru. Guru sering dianggap mulia kerana sentiasa berkorban untuk orang lain. Dalam waktu yang sama, guru juga seharusnya diberikan penghormatan, pengiktirafan dan penghargaan seperti bidang lain.
Janganlah apabila insan guru bersuara dikatakan mementingkan kebendaan dan tiada keikhlasan. Berpijaklah di alam realiti. Setanding dengan kualiti penghasilan kerja yang ditampilkan, ganjarannya pada hemat saya seharusnya lebih berpadanan.
Saya terpanggil untuk mengulas surat yang ditulis oleh seorang Guru dari Pekan, Pahang dalam ruangan Forum di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 April 2011. Sememangnya beliau berhak untuk bersuara dan terima kasih atas pandangan beliau. Ada benar dan ada keikhlasan pada pandangan beliau. Saya bersetuju apabila beliau membuat perbandingan dengan jumlah hadiah kemenangan kepada pemenang pertandingan realiti, nyanyian dan bermacam-macam lagi. 

Seharusnya kesatuan guru perlu memainkan peranan dalam memperjuangkan isu ini. Masyarakat, kerajaan, ibu bapa sering mengharapkan yang terbaik untuk dibekalkan kepada anak-anak mereka. Nah, kejayaan SPM dan STPM yang diumumkan baru-baru ini memberi gambaran betapa guru-guru telah memberikan segala yang termampu untuk membangunkan kejayaan anak-anak.  Begitu juga dengan badan-badan korporat, jika mampu menaja hadiah wang tunai yang begitu banyak untuk pertandingan nyanyian kanak-kanak, apa salahnya jika turut bermurah hati menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam memberi pengiktirafan yang terbaik kepada guru-guru yang hebat ini.

Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau mengatakan jika golongan guru bersuara meminta itu, meminta ini, maka kami dikatakan mementingkan  kebendaan dan tidak menerbitkan keikhlasan di hati.  Susah kan?? Diluah mati emak, ditelan mati bapak. InsyaAllah kerjaya yang diamanahkan ini kami junjung dengan sehabis baik.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

kagum dengan cikgu sekarang...sungguh banyak pancaroba dlm mendidik anak bangsa...

nmkhairulazlan said...

Sangat2 setuju..."Diluah mati emak, ditelan mati bapak".

Sham said...

cikgu tak glamer daa...bukan artis realiti...

Afida Anuar said...

saya setuju jugak dengan luahan tu shah... kadang-kadang geram, rancangan2 yang langsung takde pekdah tu banyak pula ganjarannya..sampaikan puluhan ribu, ratusan ribu, tapi cikgu yang siang malam berhempas pulas mendidik anak bangsa, bila diiktiraf, hanya dapat trofi dan sijil?

sesuatu yang pihak berkenaan patut ambil tindakan..

a kl citizen said...

Memang perit dan pahit....

Mutiara Bernilai said...

..dan akhirnya kemanusian semakin buta..

smoga kuat berdepan kerenah dunia wahai cikgu!~

DaHLia said...

Tak payah tengok jauh2 pun..
tengok kat sekolah sendiri jer..
PMR meningkat..
SPM meningkat..

satu ucapan tahniah dan TERIMA KASIH CIKGU daripada atasan pun tak diterima..

takperlah... dah nama lillahi taala kan..

tapi bila lebih dihargai, kita pun rasa lebih semangat.. psikologi manusia..

tapi bila seorang cikgu buat salah, habis semua cikgu terpalit kesalahan tu..sebab namanya cikgu..

tapi bila cikgu buat sesuatu yang baik, jarang nampak atau dihebahkan..


Cikgu Dahlia? Malas nak fikir2 pengiktirafan dan penghargaan sangat dah..yang penting, laksanakan tugas hakiki kerana Allah sebab itu yang memberi rezeki untuk hidup..

ibuintan said...

assalamualaikum shah,

siapalah cikgu?

golongan atasan kita sendiri tak mengenang dan menghargai kita, apalagi pihak luar


spt kata Dahlia.. yang penting Allah tahu nawaitu kita

Oasis said...

Sepatutnya begitu lah guru. Tak minta untuk dibalas, cukup sekadar dihargai.

Terima kasih cikgu

MR. SYAH said...

makin lama makin susah jd cikgu.. anak murid makin agresif..

patutnya cikgu diberi ganjaran sepatutnya..

Shamsuddin Amin said...

mereka sebenarnye bukan inginka ganjaran...
tetapi ingin dihargai...
apepon
kite harus berterima kasih kepada golongan ini...^^

::FAIZ FARISH:: said...

jadi cikgu bukan senang... skrg mak bapak tak mcm mak bapak dulu

wahida said...

susahnya insan yg bernama guru ni...banyak pengorbanan telah ditaburkan tapi jarang org luar nampak semua tu...

NzA said...

itulh realitinya.....guru umpama lilin.

sissyira said...

salam

bukan snng nak jadi cikgu...

gadisBunga said...

betul juga poin dalam surat tu. kalau dah namanya ada pencapaian pasti la tak banyak, sedikit insentif diharapkan.

contoh kalau dlm bidang keje lain, dah keje bertungkus lumus grab projek sana-sini, sekali hujung tahun bos cuma belanja mkn dan cakap terima kasih je.

tak berbaloi~

Adinda Amy Sensei said...

hai awk...apa khabar?

Shazmiey Abdurahman said...

cekgu2 skang ada yg ok ada yg tak ok.hurmm..

hani@debumelukut said...

Cukup sekadar dihargai dan budi jasa di kenang..

Kakzakie said...

Biasa guru memang tak kisah walau tidak mendapat ganjaran sebesar anugerah artis-artis.

Tetapi sewajarnya peneraju sesebuah institusi selain bermula dari rumah, pembelajaran bermula di sekolah. Pengiktirafan memang wajar diberikan.

Kebejatan anak-anak sekarang kian jelas. Kesian dengan berita cikgu kena pukul pulak kan....

CIK TOM said...

cik tom rs guru skang ni mencabar sbb pelajar pun makin advanced...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget