WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 23, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Alhamdulillah, Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Bintang telah pun tamat sebentar tadi. Hari di mana segala sumbangan guru-guru dan pelajar dalam menaikkan bidang akademik di Sekolah Bintang dihargai. Seperti biasa, Imanshah menjadi pengacara majlis tetap dan berpencen. Sejak 2004, rasanya belum ada lagi tahun yang boleh untuk Imanshah berehat. Penat rasanya pakcik, dah tua, malu lah digandingkan dengan wanita-wanita muda. Apapun, Imanshah sekadar ingin berkongsi perjalanan majlis pagi tadi bersama kawan-kawan kerana melalui gambar, sekurang-kurangnya semangat untuk berjaya juga ada. Jom layan!!

Tetamu Kehormat, Yg Bhg Puan Ashah binti Samah sedang memukul gong menandakan perasmian majlis.

Pelajar sedang menerima anigerah dari tetamu kehormat.

 Persembahan Choral Speaking oleh pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Selain itu ada juga persembahan nyanyian lagu perancis.
Saudara Azam bersama ayah bonda sedang menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2010
Puan Ashah sedang memotong kek kejutan sempena persaraan dan sambutan hari lahir beliau. 
Jejaka-jejaka terhangat di pasaran. Bekas murid-muridku yang hadir menerima anugerah. Semoga berjaya semuanya dengan temudaga  kalaian.

Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Alexandriana Alia said...

selamat pagi cikkkgu!


ala cute2 nye pelajar2 tu.

~Nabilah~ said...

waaa....thniah2... :)

DaHLia said...

Tadi pun ada hari anugerah gak.
lain tul suasana SBP dgn sekolah biasa punye anugerah..hehh

ibuintan said...

tahniah kepada semua yg menerima anugerah

tahniah kepada guru2nya juga

adrenalina said...

mmg hebat...seronok tgk2 pelajar2 yang berjaya ini...

aiman sanudin said...

ruginya tak dapat dtg :(

Afida Anuar said...

amacam suara shah time mengacara? ada seksi dak? kehkehekeh...

azrinrahim said...

wow,cikgu iman mcm mendomnasi jer untuk jadi pngacara majlis..btw, murid2 cikgu nk g interview apa?? interview pndidikan untuk mktab ker?? hehe

fakhruddin said...

nama cikgu dah sinonim dengan pengacara majlis. hehe. famous kot. wah sekarang hall tu dah nampak cantik giler. grand je. tak macam dulu2. apa2 pun, rindu sangat kat sekolah :D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget