WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 13, 2011

JANGAN DOK KALUT

Pagi ini terjaga dari lena, melihat televisyen sedang melihat Imanshah tidur. Begitulah selalunya, sikap tidak cakna tentang peri pentingnya menjimatkan eletrik ni semakin menjadi-jadi. Banyak benda nak difikirkan sebenarnya sehingga menyebabkan kepala berkecamuk. Terkadang terfikir bagaimanalah para pemimpin negara menguruskan hidup mereka. Dengan pelbagai agenda dan jadual yang padat, mereka nampak tenang dan masih bersemangat bekerja. Benarlah, kita ni jenis manusia yang tak punya jiwa yang besar agaknya. Huhu.

April merupakan antara bulan yang agak tough untuk Imanshah. Cuma bodi je tak tough2.  Persediaan untuk menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan awal Mei nanti tetap diteruskan, walau kadang-kadang cuaca tak mengizinkan. Begitu juga dengan masalah stadium apabila MBI sudah mula tidak membenarkan penggunaan Stadium Azlan Shah  disebabkan Kejohanan Hoki Azlan Shah semakin hampir. Terpaksa berlatih di padang sekolah yang beralun dan perancangan perlawanan persahabatan juga terjejas. Argh, kalau banyak duit rasanya nak sedekahkan stadium astroturf sebiji untuk sekolah.

Begitu juga kami sedang sibuk untuk menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang, walaupun Imanshah hanya sebagai MC, namun ada bahagian yang perlu dibantu kerana pengalaman Imanshah sebagai bekas setiausaha selama 5 tahun. Cuma tahun 2011 Imanshah minta direhatkan dari menyelaraskan program. Sekarang ini program-program koko akademik juga telah bermula. Esok dijemput menjadi hakim perbahasan di sekolah luar peringkat daerah. Tinggalkan sekolah lagi, nak menolak, nanti dikatakan demand. Tambahan ada surat dari PPD. Nak tak nak, kelas malam perlu diadakan. Nak juga jenguk pasukan bahas Imanshah.

Peperiksaan Pertengahan Tahun juga semakin hampir, iaitu 3 Mei. Namun, silibus belum lagi dihabiskan sehingga bab yang sepatutnya. Agak tertekan kerana ada dua bab yang belum cover. Permasalahan nya berpunca dari pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang lewat mendaftar. Hampir sebulan mereka ketinggalan dari pelajar-pelajar lama. Jawabnya hampir setiap malam lah kena berkampung di sekolah bagi menghabiskan silibus.

Alahai rileks la. Nak mengeluh kenapa? Orang lain pun  sama, bukan hang sorang yang sibuk mengalahkan PM Najib. Semua orang ada tanggungjawab kan. Cuma bagaimana hang nak atasi masalah dan tugas hang. Kalau hang buat dengan betul, teratur dan enjoy, Insya Allah semuanya akan selesai. Jangan kalut-kalut na.

Dak aih, Imanshah tak kalut, cuma kadang-kadang penat sikit.  Sikit jelah. Cuma dalam blog lah dapat meluahkan semuanya. Luah-luah juga, jangan pula sampai orang muntah baca luahan kita. Kepada sahabat-sahabat semua, mulakanlah hari anda dengan senyuman, pacakkan nawaitu kita kerana Allah. Selamat melaksanakan tugas!!







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

senyumSOYA said...

yup mulakan dgn ssenyuman~ heheh...
baru hari senang~

AfiQ said...

tu diaaa... bnyak nye keje.. huhuh.. sabaq la na.. mudah-mudaha di permudahkan segala urusan.. =)

NzA said...

bulan yg sibuk utk kaum guru..(mmg sntiasa sibuk la..) time ni la MSSD, MSSJ, Mesy Agung PIBG la, itulh, inilh..bla..bla..bla..xmenang tangan n kaki...
Apa pn tugas tetap dijlnkan penuh dedikasi....

Kakzakie said...

Pagi tadi kakak dengar radio IKIM pun memberi nasihat yg sama pada kita yg punya tanggungjawab bila menjalankan tugas kena ada nawaitu kita kerana Allah. Moga dgn itu segala urusan dipermudahkan...

Kakzakie said...

Eh... lupa kakak. Org bujang bila tengok tv selalu berakhir dgn tv tengok dia, macam cikgulah.... Hahaha.....

SiNoMoSa said...

As salam Iman,

Bukan kalut kan kan kan..
Cuma kita penat dan sibuk sket hehe

gadisBunga said...

kesian awak....nak buat cemana. keleja lor..

selagi belum totop mata...keleja..keleja...keleja lor...

takpe lepas majlis nanti boleh le saya tolong apa yg patut ek~

:p

::FAIZ FARISH:: said...

aku nak ngaku kat sini, yg TV selalu tgk aku... bangun pagi sure Mak aku bising.....

lalink7 said...

same la kite mengalami nasib yg sama..bulan nie sangat menguji kesabaran yang mencanak tinggi..harap dah dipermudahkan sehingga hujung april niee..

amin..

enjoyy ok imanshah..gud luck

wahida said...

selamat menjalankan tugas imanshah!! besar pahala tu...

Azmi said...

tu dia eh...
hahabaru hati senang..ikhlas kunci kegembiraan

adrenalina said...

tu belum tambah cerita politik2 di sekolah lagi hahaha...

senyum sokmo!!!

Hasrol Nizam said...

kita ni memang, seorang insan yang lemah. kadang2 tu terasa penat juga. tapi ingat balik niat, bagi semangat :D

adol ihsan said...

Salam :

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan cikgu..

:)

Gudluck..

nabilah_2908 said...

takpe la...susah2 dulu...nnti bila time cuti..boleh cuti sepuas-puasnya... ;)

take care..!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
BLOG REVIEW : LIFE 101

h A n Y S said...

yeah, mulakan hari anda dengan senyuman..supaya tak cepat berkedut muka..
heh heh~

siti murni said...

rileks..rileks..jangan dok kalut nooo...kalau buat keja dengan tenang..insyaallah..everything will be ok..jiwa tak stress, kesilapan pun dapat diminimakan...cool cikgu..cool...:)

nurkass said...

uihhh..
penuh jadual..
sabar iman..ada hikmahnya..

mie said...

gue ni kadang2 kalut juga...
cuba nak elakkan terlampau kalut..
eheheheee

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
dalam sibuk sibuk gua sempat gua tinggalkan kumen

Woofer Storm said...

bro main hoki ea??perghh,best tu,lama tak main ni...teringin gak nak main stick slazenger kat uma tu,ermmmm sayang,rindu sngt2

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget