WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 10, 2011

JOM MASUK KELAS

Hari ini Imanshah nak berkongsi dengan para pembaca beberapa keping gambar kelas di sekolah Imanshah. Bukan sekadar nak berkongsi, tetapi ingin memberitahu betapa pelajar lelaki juga kreatif dan begitu berdisiplin dalam menjaga kebersihan kelas masing-masing. Maklumlah Imanshah bekerja di sekolah yang semuanya kumbang. jom layan.Cikgu-cikgu sekolah yang ada pelajar perempuan, jangan jeles ok!!


Gambar papan kenyataan dan rak buku pelajar. Kemas dan teratur kan??  Buku-buku disusun didalam rak, begitu juga papan kenyataan dipenuhi dengan info-info yang berguna.


Di satu sudut diletakkan Coffee Corner. Diwujudkan untuk kemudahan para pelajar menghilangkan dahaga dan mengantuk. Jom layan kopi Janda!!


Jangan ingat pelajar lelaki tidak minat bunga. Disudut ini juga diletakkan cermin untuk para pelajar melihat wajah mereka di cermin agar keterampilan pelajar-pelajar kemas dan menarik.


Ini pula meja guru. Ringkas sahaja tetapi kemas.



Kerusi dan meja disusun rapi. Gambar ini Imanshah ambil sewaktu malam. Kelihatan sungguh kemas dan tersusun. Tiada buku yang diletakkan di atas meja. Semuanya disusun di dalam meja.

Inilah sedikit sebanyak susana di kelas Sekolah Bintang.
 Nak bagi berapa Bintang??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Rozuan Ismail said...

teringat zaman hias kelas masa sekolah dulu

siti murni said...

4.5 out of 5 star...sebab ada coffee corner...ekeke...:) kite dulu masa sekolah..kelas kite pun selalu menang kelas paling cantik tauuu...*ecece...nak bangga jugak tu..

adrenalina said...

berbintang2 nak bagi hehehe. bagusnya budak2 skolah ni...terjaga rapi kelas mereka...nanti nk tunjuk contoh kat student lah

p/s: saper guru kelas ni???

Citarasa Rinduan said...

eik........
sangat2 kemaslah pelajar cikgu
dan tak sangka mereka ada coffee coner..

mie said...

kemas kelas tu ye...
patut la pelajar pun selesa..
ehehehee

Tukang cerita said...

budak2 sbp mmg lah.....
cuba masuk kelas kat sekolah akak....
eh, cantik jgk lah.....
cuba tnya kak hazlin sapa SU Pertandingan 3k nya?
hahhahahhahhahhahahhahahhahhahahhahhahahhahhahahhahhahahhahhahahhahhahhahahhahahhahhahahhahha.....

Woofer Storm said...

ternyata sungguh kemas ckgu..
budak laku ni pun kreatif gak,mlas tu je yang mebuat dorang jadi macam tu..hheee

Mutiara Bernilai said...

salam alaik cikgu.

wahh, sungguh kemas dan menarik.
tiba2 jadi rindu zaman sy sekolah rendah dulu..

^__^

kakcik said...

Kalau boleh, kakcik nak bagi 'Bukit Bintang'.. :)

nur aisya humaira said...

waahh,kemas juga lelaki ye...:)

Kalamhati said...

Ambo wi lompat bintang!hehe
kagum kak wan tgk..

soffea said...

wah.. jeles. jeles. tapi skolah menengah sng sikit kan cikgu. suruh je dorg buat. skolah rendah? haihhh.. hahaha.

Afida Anuar said...

Tu dia, siap boleh buat coffe lagi kat dalam kelas di sekolah bintang. Sekolah saya dlu2 takde pun macam tu shah:(

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Ringkas dan kemas sudah cukup memberi keselesaan. InsyaAllah, mudah-mudahan bertambah berkat ilmu ditimba~

Tambahan:
Kelas saya terjaga time saya ada kat sekolah je. Kalau tak, memang tunggang terbalik dibuatnya..hehe.

NzA said...

bujang2 yg boleh dibuat calon menantu nie......

Imran@Copenhagen said...

kelas kita dulu siap ada aquarium lagi..haha

norfaridahanum said...

wow! 4 stgh bintang..tringt masa f3 dulu siap taruh tikar getah terus.jadi the only class yang kena tanggal kasut bila masuk.phewwiiiittt utk diri sendiri. pernah pergi sekolah yang dekat alamanda dan sg.gadut tu, jauh2 sgt berbeza dengan sekolah bintang. ingatkan semua sekolah kumbang sama je.haha.tapi koleq tetap lebih mantap kot?jangan marah

fakhruddin said...

wah! rindu nak mengecat kelas lagi haha :D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget