WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 25, 2011

KALA HUJAN INI, KUTETAP BERSAMAMU

Hari yang amat mengembirakan, menyeronokkan dan seperti kembali ke zaman remaja. Mandi hujan, melihat hujan dan merasai kenikmatan hujan. Petang tadi, selama empat jam Imanshah berada di padang hoki menemani, melihat dan merasai keseronokan 15 anak muda berlatih bermain hoki dalam kehujanan.  Teringat zaman kanak-kanak seharian bermain hujan pabila tiba musim tengkujuh sehingga di piat seluruh badan dengan tali oleh ayah. Berbirat juga. Itulah kenangan manis bersama arwah.


Oh Imanshah nak kongsikan apa ni?? Nak menunjuk-nunjuk yang Imanshah ni rajin ? Sanggup berhujan walau di hari minggu?? Tidak, sesekali tidak. Jangan salah sangka. Imanshah hanya ingin berkongsi. Maaf kepada pembaca semua. Imanshah tahu ada yang tidak senang dengan Hok Sengoti kerana sering memaparkan cerita Imanshah. Macam dia seorang sahaja guru kat Malaysia ni. Dia je yag rajin, dia je yang berkaliber. Sungguh, Imanshah dah terdengar cakap-cakap belakang. Tapi takpalah, Imanshah tak heran pun. Hok Sengoti hanyalah tempat Imanshah berkongsi citra hidup Imanshah. Tak lebih dari itu. Yang sudi membaca, dan menyukainya Alhamdulillah, Imanshah sangat menghargai. Yang menyampah tapi masih  sudi baca  (berkali-kali pulak tu) pun Imanshah ucapkan terima kasih walaupun kalian tak suka.

Dan Imanshah tetap yakin, betapa jika seorang guru sentiasa memberikan masanya untuk anak-anak didiknya atas apa yang mereka minati, InsyaAllah pasti mereka akan berjaya. Betapa di luar sana, begitu ramai guru-guru yang komited dalam memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak muridnya. Di kelas, di padang, di arena perbahasan, di surau, mereka sentiasa gigih memberikan yang terbaik buat anak-anak ini. Dan Imanshah yakin berapa ramai anak-anak yang dahagakan perhatian dari insan bergelar guru, telah pun berjaya atas komitmen yang dicurahkan. Dan berbanggalah wahai teman-teman guruku atas kejayaan yang telah sama-sama kita lorongkan buat mereka.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

nub said...

adeh gila rindu nak men hoki lam hujan ouhh..

azrinrahim said...

tak adlh abg iman..a bg iman okay shja.. hehe suka bce cerita abg iman.. tak dpt bygkan plak apbila ayie bergelar guru nty..bgaimanalah nty ea..huhu harap2 dpt memberi manfaat kepada mereka?? huhu

Citarasa Rinduan said...

semakin mengemari seorang guru yang bernama abgSHAH....

tahniah...

ckLah said...

'Mengembalikan'?
Sekarang pun remaja lagi kan!


:D





Remaja sokmo...

AZRUL AZMI said...

Entah... macam la dia sorang je cikgu kat sini...


Oh, sorry!!! sajer jer.... gurau... maaf sekali... hehehe... gurau2 jer.... maafkan saya cikgu... maaf tau... saje nak buat gimik kat atas tu....

semoga cikgu bahagia dengan apa yang cikgu lakukan di dunia ni... tak kira lah orang nak cakap apa pun, yang penting.... apa yang penting? apa errr????

yang penting kita berda dalam landasan yang betul...

ibuintan said...

iman... keikhlasan dan kerajinan seorang cikgu sentiasa diragui

kalaulah ada antara mereka yang demam esok pasti cikgu yag rajin ini akan dipersalahkan.... kan

adrenalina said...

sejuk hati membaca entri ni... semoga keikhlasan ini berterusan dan sentiasa bertambah2...dan semoga ia memberi inspirasi kepada yg membaca! spt saya!!!

siti murni said...

adat manusia macam tu lah...ada saja yang kita buat dipandang tak kena...tapi takpa..cheq suka baca 'hok sengoti'...:) keep up ya!

apa sekalipun, pokok pangkalnya adalah keikhlasan kita...ingat tuu cikgu imanshah....:)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

kalau anak saya, masa hujan le paling suka main bola

Wassalam

Afida Anuar said...

Aduhh sapa pulak yang cakap lagu tu kat shah tu?? takpe2..biarlah apa orang nak kata pun shah..asalkan kita buat kerja kita iyer dak?

cikgu isza said...

pencen main hoki bila tangan bengkak kkena pukul dek kkayu hoki oleh pihak lawan..
hu3

Cikli said...

cikgu yang bermain hujan dengan muridnya. sesuatu yg baik.

hazlin nazri said...

akak juga cikgu yang komited..
perghhh.. puji diri sendiri :)

::FAIZ FARISH:: said...

dah lama aku tak main hujan...... aku terasa teringin

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget