WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 6, 2011

KAMPUNG BERUK

Selamat malam para pembaca Hok Sengoti. Mohon maaf sebab jarang dapat bersama anda di rumah masing-masing, broadband maxis Imanshah buat hal. Entah ribut apa yang melanda, tiba-tiba berlaku masalah connection. Nak kata tak bayar, setiap bulan terlebih bayar. Sudah masuk hari ke- 5 ni, terpaksalah Imanshah melayari internet dengan seribu sifat kesabaran. Betul juga, maxis broadband ni mengajar erti kesabaran lah jugak. Sabar jelah Usop!! Haha!! Sungguh femes wajah ini ye sekarang. Sana sini orang memeperkatakan cerita Usop ni. Waduh-waduh. Tuah badan kan dengan aksi lembut nya!


Tinggalkan si Usop Wilcha ni. Hari ni Imanshah nak bercerita tentang satu cerita tentang sebuah kampung yang ada di Tumpat, Kelantan. Ini cerita betul tau. kalau nak gelak, silakan, tapi kalau yang tak faham tu, bacalah dua tiga kali na. Ini kisahnya, di tempat Imanshah ada satu kampung yang bernama Kampung BERUK. Tak tahu lah kenapa nama ini yang dipilih. Nak dijadikan cerita selalunya majlis-majlis yang diadakan di kampung ini sering meninggalkan perasaan BENGKAK di hati para penduduk kampung ini. 

Kenapa ya?? Ni semua pasal ucapan yang diberikan. Selalunya dalam ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat (YB), perkataan kampung selalunya tak disebut. Contohnya, Yang Dihormati Tok Ketua Delima (Kampung Delima). Faham ke dak?? Harap faham ye murid-murid.

Baiklah, kalau nak lebih faham kita tengok draf kata-kata hadap oleh YB.

Terima kasih pengacara majlis, 
Yang Berusaha Tok Penghulu Beruk,
Yang Dihormati JKKK Beruk, 
Seterusnya para penduduk Beruk sekalian. 

Hurm, lawak tak?? Lawak lah, lawaklah. Gelak lah, gelaklah. Akhirnya nama kampung ini telah ditukar kepada nama JAMBU ekoran dari beberapa siri ucapan yang menyayat hati ini. Ni pun satu hal, cuba tukar BERUK dengan JAMBU. Aduh masalah betul. Haha. Tapi kalau teman-teman berpeluang ke Kampung BERUK @ JAMBU ini di sana terdapat satu tokong Sleeping Budha yang terbesar di Asia Tenggara. Antara tarikan utama pelancongan di Tumpat.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

soffea said...

hahaha. lawak lah cikgu. kisah benar ye?> hehehe

Afida Anuar said...

ohh on d way nk ke rantau panjang tu ke? eh ke pengkalan kubur.. kalau kat patung sleeping tu, saya tau la kg tu kat mana Shah..

Jambu pulak.. better la dari beruk kot..errr okebai!.. he he

Raji berkata said...

hahahaha btol2 ad ker?
sian penghulu2 beruk tuh =.="
err ak bkn kutuk

a kl citizen said...

betul ke iman?

memang lawak

IMANSHAH said...

@a kl citizen

Betul, memang ada kampung beruk..

kalau mak tanya kamu lalu jalan mana?? Saya lalu ikut beruk

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

Ahah, kat situlah..dah tak jauh dah ngan kampung saya

nur aisya humaira said...

hahahahaha...sgt tak tahan cerita kg ni...hahaa..kah2..

tumpat,kg mak sedare aisya...besar tokong citu,geli tgk...:)

Hafzan Sarah said...

nasib baik dh tukar nama jambu..takde lah buruk sgt jadinya :)

~Insan Biasa~ said...

agaknya zaman dolu-dolu kampung tu banyak beruk ye Iman?
Biasalah orang dolu2 letak nama sesuatu tempat berdasarkan persekitaran kawasan....

Woofer Storm said...

hahaaaa kisah benar pulak ni ckgu..heheee

*memang lawak,hahaaaa

Afida Anuar said...

ooo..dekat dgn kg shah eh.. wokey, nnti senang la saya nak pi kenduri shah..insyaAllah..;)

kakcik said...

Kakcik baca sambil sengih-sengih. :)

Kakcik dah sampai kat patung Buddha tu.

NzA said...

2lh, bila lalu kg ni utk ke pangkalan kubur akak slalu trfikir, kenapalh nama beruk jd pilihan.....dan satu lg kg Bunuhan brsebelahan kg beruk...hu....

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Terhibur saya...:)

nurkass said...

haha..
patutla tukar nama..
jambu pun jambu lah..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

byk2 nme beruk gak jd idaman ek??miahaha...

::FAIZ FARISH:: said...

Stuju ngan Fauzi

ibuintan said...

hahahaha.... ilang sakit kepala den..

gadisBunga said...

org punye susu, beruk dapat nama. eh?
hihihi!!!

mie said...

sedap juga nama beruk tu..
ehehehee

Qamarul said...

hahaha YB jambu..!!!

Mutiara Bernilai said...

hiks2..

kamu, kamu dah ceriakan hari sy..

thanx!

h A n Y S said...

HAHAHAHA~ adehhh..sy ketawa sebenanya sbb cikgu punya ayat ni: 'Hurm, lawak tak?? Lawak lah, lawaklah. Gelak lah, gelaklah.'
klako plak rs..
;D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget