WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 20, 2011

KANAK-KANAK OBESITI ?? GUNALAH PRODUK DR ROZMEY

Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.nArahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes. “Langkah itu diharap dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak dengan berat badan berlebihan mendapatkan nasihat klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan kembali berat badan ideal,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini. Selain itu, jelasnya, penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa serta-merta. Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

“Ini berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa dengan kadar obesiti yang tinggi,” katanya. Ujar Tiong Lai, kajian terbaru Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti. Katanya, situasi itu amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser. Terdahulu, berucap pada majlis itu, Tiong Lai berkata, negara masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan juga kematian di hospital kerajaan. “Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman penyakit ini. “Dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi,” ujarnya.

Pandangan Imanshah :

1) Kalau kita perhatikan, kewujudan francais makanan segera bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sekarang ,  kerajaan sepatutnya mengurangkan kewujudan francais makanan segera seperti Mc Donalds, KFC, Pizza Hut, Marry Brown. Inilah sebenarnya yang membawa kepada punca obesiti.

2) Setakat murid- murid makan nasi lemak sepinggan atau bihun goreng, apa lah salahnya. Kalau di asrama , para pelajar wajib untuk beriadah dan terlibat dalam sukan setiap hari. Sudah tentu memerlukan kalori yang tinggi ah.

3) Tu tang kedai mamak tu yang buka 24 jam tu. Pernah Imanshah kunjungi Restoren Di Naina Ipoh jam 12 malam, ibu bapa masih juga membawa anak-anak mereka makan tengah malam. Budaya inilah yang tidak elok. Kalau tak ada mamak pun rasanya belum kebulur lagi. Hadkan lah sehingga jam 10 malam sahaja.

4) Apa peranan ibu bapa?? Semua nak guru sediakan. BMI pelajar pun kita yang nak kena kira, tulis dan hantar pada ibu bapa. Itu anak hang, takkan hang tak perasan kalau anak kita dari kurus dah bertukar jadi belon. Takkan nak kena sekolah maklumkan dahulu baru nak ambil tindakan. Eh mengeluh?? Hang cikgu kan, hang kan kuli kalau cikgu. Yang menurut perintah, hang jangan bantah Imanshah. Nanti tindakan tatatertib kena ambil.

5) Budaya melayu tu yang kena betulkan. Budaya makan, sikit-sikit makan. Kalau tengok dalam telefilem, tak sah kalau tak makan. Memanglah makan untuk hidup. Kita ni terlalu banyak mempromosikan budaya makan dalam kehidupan rakyat kita.  Kalau kita tengok dalam televisyen iklan makan, program masakan sentiasa ada tiap-tiap hari. Kalau bulan Ramadhan pula, ada pula pasar ramadhan. Malam minggu ada pula pasar malam, hujung minggu ada pasar tani. Dan kebanyakan yang dijual adalah MAKANAN. Belum lagi masuk ke blog-blog yang selalu je buat makan-makan. Hehe jangan marah, gurau je.

5) Rasanya dalam matapelajaran PJK sudah ada silibus berkaitan pemakanan yang sihat, BMI dan sebagainya. Sepatutnya matapelajaran ini diperkasakan, bukan sekadar melepas batuk ditangga. Kenapa Imanshah berkata demikian? Sebab sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Tu yang kena kaji tu. Asyik dok tekan budak belajar, itu yang buat obbesiti tu. Tuisyen-tuisyen pastu main game. Bila budak-budak tu nak bersenam??

Dah-dah, nak cadangkan kerajaan supaya beli je produk Dr Rozmey, Jus Mate 5. Bagi je kat murid-murid kita, amacam?? Nanti kurus macam saya.haha.

p/s :Huhu, baru cadang nak ambil tender kantin tahun depan. Nampaknya kena batalkan jelah sebab pandai masak nasi lemak je!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

ckLah said...

Hahaha...
Bukan salah cikgu mengandung. Selama ini pun, cikgu timbang sukat juga budak2 ni.Semalam ada misi bising2 kat sekolah, kata timbangan cikgu tak ikut piawai...

ckLah said...

Nak ambil tender kantin? Ganti Haji Yasin? Hehe

gadisBunga said...

hahaha tudiaaaa..keluaq dah loghat~

nak buek cemano? org malaysia ni mmg suka makan pun. hu~

*tapi bab nak haramkan nasi lemak tu adalah cadangan paling kelakar. tolong lah!

iKhRam said...

hahaha.. agaknya kalau dah letak dalam report card, bru perasan kot.. bertambah la keje cikgu-cikgu kat malaysia nie...

kalau bmi murid-murid cikgu yang ambik... bmi cikgu sapa lak yg nak amik.. cikgu kalau terlebey bmi lagi bahaya..!!

gb2 kot?? hahahaha...

IMANSHAH said...

@ckLah

hehe, mana mampu bisness juta-juta tu..juta rupiah adalah

IMANSHAH said...

@ckLah

hang datang timbang sendiri, banyak bunyi lak..huhu

IMANSHAH said...

@gadisBunga

lepas ni jual spegheti le pulak

IMANSHAH said...

@iKhRam

tu suruh menteri kesihatan la amik..amacam??

ibuintan said...

makin kayo lah DR Romzey tu

haah... nasib si menurut perintah, hang jgn banyak komplen, nak kena tukaq...

bayangkan semua kantin sekolah jual air kosong dan roti pau saja

NURUL NADIAH MAMAT said...

makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.....

mie said...

gue rasa..
pemakanan di rumah juga perlu dititik beratkan..
eheheeeee

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 125z

Pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’ tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, ‘dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan’.

Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.

Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

white rose said...

ayat last buatkan diri ini terasa kerdil...

kesiaaann sy...

IMANSHAH said...

@ibuintan

tak sanggup teman nak makan pau je hari2

Afida Anuar said...

Tak pasai2 bertambah kerja cikgu kan shah...nak kena rekod BMI murid2 pulak dah...

pagi tadi dengar IKIM, pun bincang pasal isu ni. Ada ke nasi lemak pun bersalah.. heh!

Dinas Aldi said...

setuju bebenor, terutama sekali dengan no.4

Admin P@P said...

Salam.
Masih memikirkan pertalian antara nasi lemak dengan obesiti.

Adakah dengan larangan penjualan nasi lemak di kantin sekolah akan menghapuskan obesiti.

Penyelesaiannya, kalau nak makan juga, makanlah nasi lemak di rumah...

TQ

YUL said...

kene kontrol la, kalau tk boleh kontrol bagi anak die bwk 50sen je satu hari,ahaha, kejam kew? cara terbaik tuk jge anak die, kalau tak pon bawak bekal

Raji berkata said...

hahaha tu lah ak pun kalau lepas kul 10 selalu lapar2 owh..
eh bgus eh produk tuh cikgu?
boleh syorkan kt org nih
hohoho

♕ Mr.IX ♂ said...

mak bapak pn duk sumbat jer kat anak apa depa nak makan....tup tup..mau gedempol,,

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget