WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 16, 2011

KEHILANGAN TEMAN GADUH

Selamat pagi buat teman-teman dan selamat berhujung minggu. Semalam Imanshah ada buat satu entri berkaitan kehilangan. Kalau tak berkesempatan entrinya DI SINI. Baiklah hari ni Imanshah nak ceritakan sedikit sebanyak tentang sahabat Imanshah ni. YElah walaupun para pembaca tak mengenali beliau, tapi sekurang-kurangnya di blog ini dapatlah Imanshah mencoretkan sesuatu buatnya sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di hari kemudian. Kepada Kak Su atau nama sebenarnya Puan Suzana, kalau terbaca coretan ini, maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Kak Su mengajar mata pelajaran matematik di Sekolah Bintang dan Imanshah mengenalinya pada tahun 2005 lagi. Semalam merupakan hari terakhir beliau di Sekolah Bintang setelah bertukar ke Tapah. Imanshah secara peribadi mengenali keluarga Kak Su dan juga saudara mara Kak Su secara dekat. Itu yang agak touching sedikit. Kami ni selalu bergaduh melawan mulut. Dialah satu-satunya kawan yang boleh disakat tanpa ada perasaan marah dan dendam. Imanshah kenakan dia, dia akan kenakan Imanshah balik. Rakan-rakan di sekolah memang mengenali kami seperti kucing dan anjing. Kalau sehari tak berlawan mulut memang tak sah. Lepas ni takdalah yang nak lawan gadoh.

Kak Su seorang yang suka memasak. Selalu Imanshah dijemput ke rumahnya untuk makan-makan. Makan free sapa tak nak kan. Seperkara lagi  kerana kebolehan beliau memasak, maka selalunya beliau mengepalai pot luck di sekolah. Dan menu istimewa Kak Su ialah puding gula hangus. Jika ada kawan-kawan yang bertukar sekolah, dialah yang selalaunya akan mengetuai jamuan di hotel. Selepas kepergian Kak Su, rasanya payah nak cari insan seperti ni. Selalu mendahului dalam apa jua program menghargai dan meraikan kawan-kawan.

Walau pun seorang yang humble, sebenarnya Kak Su memiliki latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang hebat. Pernah belajar di Utah State University, U.S dalam bidang perakauanan. Sebelum menjadi guru, beliau pernah berkhidmat sebagai eksekutif kewangan di syarikat minyak tersohor Jepun. Namun, beliau terjun ke dunia perguruan kerana hasrat dan keinginan untuk menjaga keluarganya dengan lebih dekat kerana suaminya seorang pegawai tinggi angkatan tentera memerlukan beliau sentiasa berjauhan dengan keluarga.

Apapun, manusia pergi meninggalkan jasa dan kenangan. Semoga Kak Su bergembira di Tapah. Bak kata beiau dalam ucapan terakhirnya semalam, banyak kenangan manis di sini dan beliau bawa yang manis itu ke tempat baru. Teruskan usaha komitedmu, Puan Suzana binti Mohammed Hussin.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

nyanyisunyi said...

Salam Iman..
kehilangan pasti akan dirasai bila seseorg itu sgt dekat dgn kita...org kata tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bergurau senda..

mudah2an Pn Suzana berbahagia di tempat baru

Rozuan Ismail said...

All the best to her! Sangat gempak latar belakang pengajian dia!

NuSaNa NoSa 91 said...

setiap pertemuan akan ada pengakhirannya.. tp, setiap ukhuwah, insya-Allah, xkn berakhir walaupun jauh.. selalu la contact kak pah tu~ tehehehehee~ ^_^

gadisBunga said...

biasanya org yg hebat humble2 belaka.

sebenarnya kawan gaduh lebih telus dari kawan kaki ampu. hihi~

lepas ni boleh gaduh dalam telefon pulak kan?

zaf-ran said...

ckgu suzana da pndah? alaaa. huhu. good luck ckgu :)

Muhammad Hakim said...

cikgu suzana dh pindah.. huhuh.. sedih2.. sape nk ajar math lepas ni.. (macam la aku study lg kat situ.. haha XD) good luck n all the best cikgu!!

Bapak said...

budi yg baik dikenang jua

NzA said...

mesti cikgu su pn merindui iman..apapn semoga cikgu su bahagia ditmpat baru...amin....

sonata anak kancil said...

bertemu dan berpisah adat manusia biasa...hilang di mata dekat di hati...(nyanyi2 sikit yer...)
bye-bye...sayonara

ummuaimi said...

I pun kenal Suzana, kami sama-sama Bestari.... She's so sweet n gentle.Mmmm selamat berpindah Su... dari orang Kuala....

Hasrol Nizam said...

All the best for het :D

za petrelli said...

Kami daripada.....
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Johor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (Kini UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
Sekolah Dato Abdul Razak
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

TADIKA Perpaduan Kampung Alor Bakong
TADIKA Kemas Taman Pelangi
TADIKA Kemas, Kampung Attaduri
TADIKA Pelita, Taman Langkap Jaya
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI)

Majlis Pewakilan Pelajar (MPP)
Ketua Pengawas
Ketua Pengawas Pusat sumber
Ketua Kelas
Penolong Kelas
AJK Kelas
Ahli Surau Sekolah (ASS)
dan
semua Pelajar – pelajar …………………....
MENYUKAI ENTRI anda!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶

fakhruddin said...

Cikgu Suzana, I love you!

**Ingat lagi kena marah & kena jentik jari guna pen cikgu suzana sebab tak buat homework hihi :)

HR by HaziqRidzuan said...

cikgu suzana yang jadikan maths saye A1 dalam SPM..kalau tidak haramm menggelabah je maths saye..sedih pulak dye dah pindah, hilang lagi satu cikgu berkualiti kat star tu...hmmm=(

Haziq Janudin said...

sedih;(

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget