WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 16, 2011

KITA BAKO RESTOREN PULAK!

Tadi sewaktu bersembang dengan seorang rakan, dia memaklumkan betapa besar pengaruh sesuatu drama atau filem kepada kanak-kanak. Anaknya yang berusia 5 tahun sememangnya meminati filem Hantu Kak Limah Balik Rumah . Karekter Usop Wilca sememangnya cukup diminati. Dialog-dialog yang dituturkan semuanya dihafal.

Suatu malam, ibunya membawanya ke sebuah restoren di Ipoh. Sewaktu berada di sana sementara menunggu makanan tiba, tiba-tiba dengan suara kuat.

Lambatnya makanan, kita bako, kita bako kedai ni. 

Alahai semua mata tertumpu kepada keluarga ini. Ramai yang tergelak sebenarnya melihat telatah anak ini. Ibu bapanya sibuk menyuruhnya diam, tetapi tahu sahajalah kanak-kanak, bukan reti diam. 

Kalau Mamat Khalid terdengar dialog ni tentu dia cukup seronok. Filem ini bukan sahaja diterima oleh segenap lapisan masyarakat sebagai medium untuk berhibur, namun ianya pula menjadi medium sindiran kepada sesetengah pihak. Contohnya restoren  tadi. Sememangnya lambat dalam menyediakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya bila kanak-kanak kecil yang bercakap ghope itu, idak le nampak sangat yang kita orang dewasa ni marah sebab kadang-kadang terpaksa menunggu sejam untuk mendapatkan pesanan.

Seperkara lagi, ini menunjukkan peranan media begitu menebal dalam kehidupan kanak-kanak. Lihat sahajalah rancangan kartun. Tak perlu kita pergi jauh, watak upin dan ipin sahaja sudah cukup. Dan saya terfikir sebenarnya banyak tanggungjawab pengamal media, orang-orang industri seni dalam mengenengahkan karya-karya yang boleh membina pemikiran kanak-kanak. Dan saya nak puji satu rancangan yang memang bermutu oleh Astro aiatu Clever yang di hoskan oleh Aznil Haji Nawawi. Seharusnya, program-program seperti ini diperbanyakkan di kaca televisyen. Apapun kita bako, kita bako restoren ye!!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Aduuhh tengok.... dah gelak sorang2 dah saya baca entry Shah ni...

kita bako..kita bako hok sengoti.. heh!

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

ada berani?? bako lah

Afida Anuar said...

hoh! cabar budak IT!!... kang saya hack hok sengoti barang sebulan dua ok? kehkehkeh

gurau je la..okebai!

Eyrique Ettiqaz. said...

betul tu,anak sedara EE pon da hafal dialog HKLBR,kdg2 kita plak yg x tau ape dia ckp.

Ade satu hari,kitaorg pegi mkn,boleh plak dia buat konsert kt kedai tu nyanyi lagu dlm HKLBR...semua org pandang..segan giler rasanya tp dia selamber rock jer...

Lepas tu,keluar la dialog HKLBR,heboh dia cite kat org..hehe

Muhamad Zaki Zafir said...

upin ipin sy agk kurg stuju sbb gaya bahasa dia sdikit kasar & mnjadi ikutan bdk2 utk mmbina tatabahasa diorg.'aku', 'kau', dsb.spatutnya kne lbih berhalus sikit, sbb kanak2 ikut gaya bahasa diorg.

Alhamdulillah adik saya yg 5 tahun tu tgk wonderpets tv9 tu, jadi biasa pakai saya awak dah.

nur aisya humaira said...

jom kak fida,kte bako hok sengoti ni!!hak2

sonata anak kancil said...

sangat kuat pengaruh media kpd kanak2...kdg2 main hentam cakap je

hafiz hafizol said...

haha.. nakal betol budak 2.. #eh budak nie aku cepuk kang!!! lalala

norfaridahanum said...

kat sini tak tahu nak bako ape..semua dah terbakar dah awok tengok.haha.

-berada di bumi india dikelilingi org2 india dengan suhu yang kalo tak 40deg memang x sah!-

shahjiehan said...

clever tu cite camne? x pnh tgk pon.. huhuhu

white rose said...

ade gaya abg imanshah naek basikal tu sambil tangan melambai2 kekanan kekiri...

cayalah...hensem

dindingkosong said...

terbaik...lagi bagus kalau banyak filem melayu bagi kesan sebegini pada masyarakat...ini tak, asyik cintan-cintun...naik segan bila tengok dengan mak ayah, tak pun dengan adik-adik yg masih kecik...

DaHLia said...

memang rasa nak bako pun kedai tu..hahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget