WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 17, 2011

LIVERPOOL AKAN TEWAS 1-2 MALAM INI

Malam ini tepat jam 10 malam Arsenal akan menerima kunjungan Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Liverpool yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Manchester City 3-0 sudah pastinya cuba untuk mencari suntikan semangat terbaik bagi mengejar tempat ke empat seterusnya layak ke Liga Juara-juara nanti. Manakala Arsenal pula terus berusaha mengejar kedudukan pendahulu liga Manchester United. Untuk rekod dalam perlawanan terakhir , skuad bimbingan Arsene Wenger ini berjaya menewaskan Blackpool 3-1.

Apapun untuk rekod saya senaraikan keputusan terakhir perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan, serta keputusan terakhir keua-dua pasukan menentang pasukan-pasukan lain.
Perlawanan LIVERPOOL-ARSENAL

15 Ogos  2010 (EPL) Liverpool 1 - 1 Arsenal 

11 Febuari  2010 (EPL) Arsenal 1 - 0 Liverpool 
13 Disember 2009 (EPL) Liverpool 1 - 2 Arsenal 
29 Oktober 2009 (PCC) Arsenal 2 - 1 Liverpool 

22 April 2009 (EPL) Liverpool 4 - 4 Arsenal
LIMA PERTANDINGAN TERAKHIR ARENAL
10 Apr 2011 (EPL) Blackpool 1 - 3 Arsenal
02 Apr 2011 (EPL) Arsenal 0 - 0 Blackburn Rovers
19 Mac 2011 (EPL) West Bromwich 2 - 2 Arsenal
13 Mac 2011 (FA) Manchester United 2 - 0 Arsenal
09 Mac 2011 (LC) Barcelona 3 - 1 Arsenal
LIMA PERTANDINGAN TERAKHIR LIVERPOOL:
12 April  2011 (EPL) Liverpool 3 - 0 Manchester City
02 April  2011(EPL) Sunderland 0 - 2 Liverpool
18 Mac 2011 (LE) Liverpool 0 - 0 Braga
11 Mac 2011 (LE) Braga 1 - 0 Liverpool


Walaupun fan Liverpool, namun saya menjangkakan Liverpool akan tumbang 1-2 kepada Arsenal malam ini. Maaf my friend, Gerrad.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Solihin Zubir said...

uiii.. jgnlaaa... kasila Arsenal kalah mlm ni...

bg mudah skit keja MU nk jd champ EPL.. heheheh...

Glory2 MU!

Hope Liverfool menang mlm ni.. :D

mr.syazwan said...

HUHUHU...

LIVERPOOL la kot


=_=

nub said...

aduh..fans mesti kata mnang punyaa..

IMANSHAH said...

@nub

fans pun ada jampi jugak,,telek2

Afida Anuar said...

eh...kata fan..

aahh tak kira..liverpool akan menang..okebai!. he he

abid_PM said...

Macam sotong lah cikgu ni! :)

YNWA! JFT96!

IMANSHAH said...

abid..haha sesekali sekala bikin kontreversi kan..kalau liverpool kalah, at least arsenal tekan MU..idok lah setan merah tu menang liga

IMANSHAH said...

abid..haha sesekali sekala bikin kontreversi kan..kalau liverpool kalah, at least arsenal tekan MU..idok lah setan merah tu menang liga

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget