WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 27, 2011

MAAFKAN PATIK TUANKU!

Malam tadi Imanshah menyaksikan perlawanan bola sepak antara KELANTAN dan SELANGOR yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Alhamdulillah pasukan RED WARRIOR berjaya mengalahkan RED GIANT dengan keputusan 1-0, hasil jaringan Nor Shahrul Idlan Talha. Dalam perlawanan tersebut juga, Sultan Kelantan, Sulran Mohamad V telah berangkat mencemar duli bagin menyaksikan perlawanan tersebut. Alhamdulillah, sokongan begitu padu dari sultan sehinggalah kepada rakyat marhain. sukan memang dapat menyatukan manusia.

Sebelum perlawanan berlangsung, dimainkan lagu negeri Kelantan. Imanshah dengan penuh semangat cuba untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Namun malangnya, Imanshah dah lupa bait-bait lirik lagunya. Rasa sangat malu dan berdukacita. Kenapalah boleh lupa lirik lagu negeri sendiri. Rentak lagunya pun agak lupa. Sebenarnya Imanshah sudah lama tidak menyanyikan lagu ini semenjak tahun 1999 kot. Tahun tersebut selepas meninggalkan alam persekolahan dan memasuki institusi  pengajian tinggi seterusnya berkerjaya, Imanshah tak pernah terlibat dengan majlis rasmi di Kelantan. Hurm hampir 12 tahun  juga tu. Memang lupa habis. Terukkan??

Bagaimana dengan rakan-rakan? Satu lagi semenjak berada di negeri Perak ni hampir 9 tahun, Imanshah jarang sekali mendengar lagu Negeri Perak dimainkan. Nak hafal?? Jauh sekali lah. Sebabnya lagu negeri Perak sama rentaknya dengan lagu NEGARAKU, jadi memang di sekolah atau di majlis rasmi kami tidak menyanyikan lagu Perak, hanya menyanyikan lagu NEGARAKU sahaja. Nak tanya sikitlah, terutamanya kaum kerabat Imanshah yang berkelana berpuluh tahun lamanya di perantauan, masih kah ingat dengan lagu negeri kita?? Kalau tak ingat, maknanya adalah geng. Kalau masih ingat, Imanshah tabik springlah. SENGOTI mung oghe Kelate. Hehe.

Ampun tuanku! Mohon maaf kerana kegagalan patik untuk menghafal lagu negeri kita. Bukan patik tidak cinta akan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga, namun yalah patik cuma manusia biasa. Rasa cinta pada negeri kita masih menebal dalam jiwa. Doakan patik semoga suatu hari nanti berpeluang mencurah bakti dan khidmat tenaga untuk negeri kita!! 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

lagu negeri???emmm,sejak2 tgl alam sek, langsg da tk dengar..sme laa kite cikgu, lagu sek apatah lagi..

mudah benar lupa,apakah pertambahan angka usia menjadi punca???:)
ngeh2

Afida Anuar said...

alamak...alamak... tak ingat jugak lagu negeri terengganu...


eh..tetiba teringat pulak!..

"Allah selamatkan terengganu kita...."

alamak lupa balik.. he he..eh betul ke tu?

azrinrahim said...

abg iman boleh ker mcm tu xhafal..lala btw alhamdulilah dh 2tahun tinggal JOHOR dan xhfal sgt ah lgu johor..hsaha

adwafarahin said...

opkosla igt lagu negeri perak,even dah dok KL 13 tahun

anak jati nie :)

NzA said...

Tahniah Kelate!!!!!

Baginda Sultan Kelantan tu 1 sekolah dgn akak masa belajar kt SIC KB..Baginda mmg seorg rakan yg sgt baik n suka merendah diri....

AKak pn dh lupa lirik lg tu....trkdg rasa malu sndiri..maklum la dh lama merantau...hu.hu.hu...
ttp Kelantan ttp dihati...sayae Kelate...

Kakzakie said...

Tak patut... tapi tak pe janji bacaan solat sentiasa di hati.

p/s: kakak tak pernah lupa lagu Negeri Johor. Sedap tau. Bermula dgn "Allah peliharakan sultan...."

~Nabilah~ said...

dah berapa tahun x dengar lagu negeri kedah...sebab dulu sekolah dekat johor...hehehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

at susah ek bait2 lirik nye??kawan lab patik pon dh terlupa gak lirik lgu kelantan...myb dh tergeliat lidah kot ek...

iKhRam said...

salam..
sama la dengan saya abg shah..

nama jer orang negeri sembilan.. hnya tak sampai setahun jer bersekolah di negeri sembilan.. itupun tka smepat nak blaja lagu negeri sembilan macam mana..

bangga bukan main menjadi orang negeri sembilan.. bila disuruh menyanyikan lagu negeri sembilan.. saya tak tau...
saya lebih menghafal lagu nergeri selangor.. negeri pahang dan negeri pulau pinang, sudah tentunya kerana lama bermastautin di negeri ini..

tp secara jujur.. saya bangga menjadi anak ngeri sembilan

p/s - lagu negeri pulau pinang antara yang paling sedap dan paling cepat saya hafal..

Miecyber said...

Saya pun hadapi masalah yang sama huhuhuh


Makanan terlarang

republik n9 said...

hahahha nasib baik gua still ingat lagu negeri sembilan, negaraku dan isabela nyanyian search he3

gadisBunga said...

lebih igt lagu sekolah rendah dari lagu negeri Pahang. err...er....~

adrenalina said...

erm...
Lanjutkan usia al-Sultan kami...
erm..

alamak lupa jugak...ingat depan tu jer huhuhu... skarang kalau majlis2 asyik nyanyi lagu Sarawak jer...ish malu jugak lah sbg rakyat kelate walaupun tiap2 bulan rasa nak balik kampung jer..

biler lah nak balik mengajar kat kampung sendiri ni... =(

::FAIZ FARISH:: said...

Suka Komen Ikram

ckLah said...

STAR tak nyanyi lagu perak setiap Isnin? Sekolah lain semua nyanyi.Ni nak report ni.


:D

Woofer Storm said...

ckgu,lupa ngan asal usul ke??sama la kita..heheee lupa lagu ngri sndri.ngeeeee last nyanyi time skola men dulu 2005.. skg ni lagu yolanda be cool je tahu..hehee

*bezanya sy orang sbh.ngeeeee kelantan cool apa^^

Adinda Amy Sensei said...

lama tak balik negeri...rindu pulok!

aQimie Ceplos said...

waaa.. nasib baik saye masih igt lagu negri johor. heh heh heh ;)
walaupon mak saye org kelantan, saye xpenah dgr lagu negeri kelantan cikgu..
sedih kan? heheh

Dinas Aldi said...

Eh, sekolah CkLah nyanyi lagu negeri Perak, kenapa STAR tak nyanyi? sungguh musykil..

Kalamhati said...

Lanjutkan usia al-Sultan kami...
Sultan Kelantan Raja Ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
kekal memerintah kamiiii..


err ye ke..ambo pun lamo doh tak nyanyi lagu ni..asik sarawak bunyi kenyalang nga pahang jah..hehe

ANO said...

salam tuan. Utk makluman, arwah datuk sayalah yang bikin lagu ini. Namun ada beberapa kesilapan fakta sejarah di mana nama dia dan nama penulis lirik iaitu Setiausaha Negeri ketika itu dah bertukar takkir...Nama sebenar datuk saya tu Mohamed bin Hamzah dan dia mmg org Goa berketurunan portugis. NAma kristian dia Manuel Severino de Matthaus. Cuma sekarang ni saya dan bapa saya tgh berusaha nak betulkan balik. Harap diberi kekuatan....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget