WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, April 22, 2011

PENGACARA SENGAU, BUKAN ROKIAH SENGAU

Betul kata orang, kalau tak selalu demam, bila demam sesekali akan menjadi teruk. Minggu ni tetiba Imanshah demam tanpa sengaja. Yalah di Ipoh boleh dikatakan setiap hari hujan akan mencurah ke bumi apabila petang. Kalau dah setiap hari berada di padang melihat anak-anak buah buat latihan hoki,mana  tak demamnya. Tapi seronok tengok budak-budak main hujan, seronok lagi cikgunya berlenjun sekali sekala. Tambahan setiap malam mengadakan kelas tambahan untuk kelas yang tertinggal silibus kerana peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada 28 April ini. Wah rajin nya, bukan rajin, tapi kalau tak ajar, nak mati?? Nanti bila ada perjumpaan bersama waris, jenuh nak menjawabnya. Dah tak sampai seminggu. Bayangkan dua jam di dalam pengdingin hawa, mana tak berair hidung. Petang berhujan, malam pula diselimuti pendingin hawa. Dan dalam sejarah, Imanshah mengajar sambil memejam mata malam tadi kerana mata tak boleh buka. 

Dan esok, 23 April 2011, menjadi pengacara majlis tetap dan berpencen. Alamak, macam mana ni, suara dah sengau. Nanti esok keluar suara sengau malu lah pulak. Batuk juga mula melanda. Sekarang dalam tempoh 12 jam ini, Imanshah dengan gigih cuba untuk menghilangkan batuk dan selsema. Rasanya dah separuh ubat batuk ditelan, panadol soluble juga dah tiga empat biji ditelan. Nak cari pengganti di saat akhir, bukan senang sebab raptai depa tak ikut. Ada petua??




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

gadisBunga said...

makan bawang putih bakar.

atau makan sayur yang ditumis dgn bawang putih yg agak banyak. nanti rongga pernafasan akan jadi lebih selesa.

*

atau...try minum madu.

YULL said...

try ubat batuk hurix yg ada madu tuh..berkesan untuk saya :)

IMANSHAH said...

@gadisBunga

tang madu je boleh

AZRUL AZMI said...

hahaha.... lucu la pulak...

tajuk post ni macam tajuk cite...

boleh suggset kat astro...

yelllaa...

mula-mula, halimah jongan..

lepas tu, fatimah juling...

then, boleh la pulak rokiah sengau!!! hehehe....

IMANSHAH said...

@AZRUL AZMI

eh rokiah sengau, lupa lak

fadzilah said...

selalunya bukan senang nak cari pengganti... tak semua org ada bakat jadi pengacara majlis ni..selalunya jawatan ni mmg tetap dan berpencen :)

.:rizaL:. said...

demam tu ujian...mana tahu Allah ampunkan dosa. ye x?

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Syafakallah. Moga cikgu diberi kesembuhan kembali. Alhamdulillah, sakit-sakit sebahagian dari nikmat dunia juga.

Saya pun, demam hari Sabtu lepas. Sekarang masih bertarung dengan batuk tanpa selsema. Kesannya, dua hari ni peti suara saya 'berkarat' teruk. Hari ini sound dah semakin cantik. Berkat minum air suam bergelas-gelas~

Tambahan:
1. Tak perlu ambil MC sebab memang mengajar tanpa suara. Bonus!

2. Petua yang saya dengar tapi belum cuba, minum perahan limau nipis dengan campuran madu. Wallahu'alam.

aleeyaqaisara said...

get well soon la ye.. sengau tuh ayu!~

aleeyaqaisara said...

get well soon la ye.. sengau tuh ayu!~

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman--
cari gula2 wood atau fishmen warna putih.,.

ayu doakan semuanya sucess... 2 minbggu ayu demam dan bertukar suara....alhamdullilah..skrang ada semangat nak menguruskan pekerjaan dan blog..

Kalamhati said...

minum air byk,,=)

Afida Anuar said...

Shah, minum air suam banyak2... tak kisah la kenc banyak pun...

insyaAllah..moga cepat sembuh

PS: sengau itu seksi...heh!

h A n Y S said...

mg sangat seksa kalau demam kan?
utk batuk, yang sy tau, minom madu..:)

Edy Fee said...

kelas jd mc !!!
pasni ley jd pnyanyi lak

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget