WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, April 19, 2011

RAKYAT KELANTAN INI MENJUNJUNG KASIH SEMPENA HARI KEPUTERAANMU




Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...


Patik Merafak Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu Sultan, Yang Di-Pertuan Dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Ke-83


Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.


Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat. (PAYUNG MAHKOTA DIRGAHAYA RAJA MELAYU)


Sebagai rakyat Kelantan yang bermastautin selama sembilan tahun di Negeri Perak Darul Ridzuan, patik amat berbangga kerana berada di bawah pemerintahan Tuanku!! Semoga Tuanku diberikan taufiq dan hidayah, ianayah dan riayah untuk terus menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Mood : bercuti



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

kakcik said...

Kakcik pula rakyat Perak yang telah lebih suku abad menetap di Selangor/Kuala Lumpur.

Semoga Tuanku Sultan Perak menjadi Raja yang dikasihi kerana adil, saksama dan paling penting patuh pada Pemerintah Segala Pemerintah.

ummu said...

assalamualaikum shah
daulat tuanku.
oh patutlah matrikulasi pun cuti,kalau ikutkan di matrik sekarang ni sedang final exam

DaHLia said...

hoh..
baru tahu imanshah oghe klate..
ingatkan mmg perak :D

gadisBunga said...

saya adalah orang kedah yg membesar di kuantan dan keje di KL yang memang peminat setia Sultan Azlan Shah sejak dari kecik lagi.

Daulat Tuanku!

ckLah said...

Menjunjung kasih tuanku...

Zuewairy said...

selamat bercuti!!

Eyrique Ettiqazz. said...

daulat tuanku.

EE org perak..ate cuti la mike hari ni ....

::FAIZ FARISH:: said...

o, Mu Klate....

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

selamat bercuti untuk semua penghuni perak....

demo ore klate ghupa nye deh...

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

selamat bercuti cikgu imanshah!

MDT anak perak yg dah 22 thn menjadi rakyat selangor..

hazlin said...

salam cuti di pagi selasa..
hari cuti buat apa?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...
semoga cuti ini kan merehatkan minda cikgu ya

NzA said...

Baginda Sultan yg berjiwa rakyat....

Raji berkata said...

selamat bercuti cikgu Iman ;D
pe khabaq cikgu lama tak dgr cter xD

lalink7 said...

Daulat Tuanku!!

tapi kenape memperkukuhkan tue adaaa dot dot (...)

cth mmperku...kuhkan..??

Miecyber said...

Selamat menyambut keputeraan.

China miliki 960,000 jutawan

Belalang Hijau said...

raja adil raja disembah...
daulat tuanku!


psst... belalang ade buat penjelasan mengenai isu melayu dihina.sudi2 la g baca

http://www.suarabawahtanah.com/2011/04/penjelasan-mengenai-melayu-dihina.html

terima kasih

Oasis said...

Bagusnya cikgu ni...perihatin dengan sekeliling.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget