WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 16, 2011

SELAMAT MENGUNDI BUAT RAKYAT SARAWAK

 Saat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sarawak akhirnya menjelang tiba apabila mereka akan membuat penentuan selepas disogokkan dengan kempen paling panas dalam perebutan ke atas 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Di sini Imanshah sertakan fakta-fakta menarik tentang pilihanraya Sarawak yang diambil dari CISDEL.COM.

  1. Tarikh pemilihan calon adalah pada 6 April 2011 dan Pilihanraya pada 16 April 2011
  2. Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac 2011
  3. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah Ketua Menteri Sarawak ke 4 dan telah memerintah semenjak 1981
  4. Sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan
  5. Terdapat 1,749 Pusat Mengundi yang mengandungi 2,606 Tempat Mengundi (Saluran)
  6. SPR telah mengeluarkan writ kepada 71 pegawai pengurus pilihan raya dan 165 penolong pegawai pengurus pilihan raya bagi membantu suruhanjaya itu menjalankan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10
  7. SPR juga melantik 24,379 orang pegawai dan petugas pilihan raya untuk membantu SPR
  8. 213 calon yang bertanding daripada BN, PKR, SNAP, PAS, PCM, DAP dan Bebas
  9. Calon terdiri daripada 197 calon lelaki dan 16 calon perempuan
  10. Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi
  11. Terdapat 27 kawasan pertandingan 2 penjuru, 23 pertandingan 3 penjuru, 17 pertandingan 4 penjuru, 2 pertandingan 5 dan 6 penjuru.
  12. Pertandingan 6 penjuru adalah di Dun N. 25 Balai Ringin dan N. 43 Ngemah
  13. Seramai 979,796 pemilih berdaftar layak mengundi
  14. 961,433 pengundi biasa dan baki 18,363 lagi membabitkan pengundi pos
  15. 11,738 daripada undi pos terdiri daripada anggota tentera
  16. Proses undi pos berlangsung pada hari Rabu dan Khamis, 13 & 14 April 2011. Anggota polis akan mengundi pada hari Rabu manakala anggota tentera mengundi secara pos pada Rabu dan Khamis.
  17. Pada pilihan raya negeri yang kesembilan ( 20 Mei 2006) , 71 kerusi dipertandingkan dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 62 kerusi manakala lapan lagi kerusi dimenangi pembangkang iaitu enam milik Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masing-masingnya satu manakala satu lagi kerusi menjadi milik Bebas.
  18. Tiada Parti Umno di Sarawak (tak pasti sebab tiada sumber sahih-  tolong sahkan :)
  19. Untuk melihat senarai lengkap calon-calon yang bertanding sila layari laman web ini.

InsyaAllah malam ini kita akan mengetahui samada BN mampu mengekalkan kedudukan mereka di Sarwak ataupun sebuah kerajaan baru akan dibentuk. Sama-sama kita nantikan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

Sama-samala tunggu keputusannya nanti

nurkass said...

yeah..
marilah mari pergi mengundi..
jalankanlah kewajipan pada negara..:)

gadisBunga said...

agak-agak, isu2 panas sekarang ni akan sejuk tak lepas pilihanraya nanti?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget