WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 11, 2011

SEPINGGAN MEE GORENG

Pada petang  itu, Ana bertengkar dengan ibunya. Kerana  sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa membawa apapun.  Di pertengahan jalan, Ana teringat bahawa dia tidak membawa wang bersamanya. 

Saat lalu di hadapan kedai makan, Ana tercium bau mee goreng yang enak, namun Ana menyedari bahawa dia tidak memiliki wang.  Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata  “ Adik, adakah adik ingin memesan sepinggan mee goreng?” 

"Ya, tetapi, saya  tidak membawa wang”  jawab Ana dengan malu-malu

“Tidak mengapa , hari ini pakcik belanja kamu ” jawab si pemilik kedai. 

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu mengantarkan sepinggan mee goreng . Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang. 

“Ada apa adik?” Tanya si pemilik kedai.

 Sambil mengesat air matanya, Ana berkata di dalam hati.

“Seorang yang baru kukenal, memberikan aku sepinggan mee!, tetapi,? ibuku sendiri, setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi ke rumah”

“Pakcik , seorang yang baru  saya kenal, tetapi begitu mengambil berat tentangku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri” katanya kepada pemilik kedai.

Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Ana, menarik nafas panjang dan berkata 

“Adik,  mengapa kamu  berfiikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, Pakcik hanya memberimu sepinggan mee dan kamu begitu terharu. Ibumu telah memasak mee dan nasi untukmu saat kau kecil sampai sekarang , mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan malah   kamu bertengkar dengannya”

Ana, terhenyak mendengar hal tersebut.

 “Mengapa aku tidak berpikir tentang hal tersebut? Untuk semangkuk mee dari orang yang baru kukenal, aku begitu berterima kasih, tetapi kepada ibuku yg memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak  melihat jasanyaa, bahkan aku bertengkar dengannya. 

Ana, segera menghabiskan mi tersebut , lalu segera pulang ke rumahnya. Sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih dan cemas. Ketika ternampak  Ana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana kamu sudah pulang, cepat masuklah, Ibu telah menyiapkan makan malam dan makanlah dahulu sebelum kamu tidur, nanti nasi dingin jika tak makan sekarang”. Pada saat itu Ana tidak dapat menahan tangisnya dan ia menangis di hadapan ibunya.

~~~
Sahabatku,  Seringkali kita segala perlakuan, kasih sayang, ambil berat dari ibu bapa kita merupakan suatu proses yang  biasa saja. Iaitu tanggungjawab yang harus dibuat oleh semua ibu bapa, dan kita jarang mempedulikannya.  Namun sedarlah, kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa kita itulah yang paling agung yang pernah kita miliki di dunia selain kasih Allah dan Rasul.

Sumber : CERITA MOTIVASI



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

touching

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.

terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu

Kata orang, itulah penangan ‘air tangan’. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak ‘terlarut’ bersama bahan-bahan masakan.

terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah ‘air’ dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan ‘air tangan’. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu
terima kasih ibu

Oasis said...

Teringat kat iklan maggie kat tv tu kan...

ckLah said...

Benar, yang selalu memberi, jarang dihargai...

Apabila sudah tiada, barulah terasa kehilangannya...

norfaridahanum said...

sama mcm keadaan bila duduk jauh2 n sakit dan ade "teman" yg tolong tengok2 kan sampai rasa berterima kasih sgt. kdg2 rasa nak mendahulukan yg "teman" dr ibu bapa pun ada. padahal ibu bapa dr kecil dh look after us <----rujuk diri sendiri.

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

sesuatu yg berlaku itu ada hikmahnya

moga kita antara yg menyanjung jasa kedua ibubapa kita

Wassalam

♥ manje ♥ said...

tak terbalas jasa ibu smpai mati... ~

gadisBunga said...

nangis...

:'(

nur aisya humaira said...

mak mak mak...:)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sedih nye...terima kasih atas ingatan itu..

Afida Anuar said...

Allahuakbar... mak... sayang mak..sayang mak..sayang mak..sayang ayah juga...

white rose said...

sy rindu mak sy skrg ni...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget