WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 18, 2011

TABIAT BURUK LELAKI : EH KENTUT DI KHALAYAK??

Selamat malam semua. Tadi sewaktu blogwalking ke beberapa buah blog, Imanshah terbaca satu artikel tentang TABIAT BURUK LELAKI. Kalau nak tengok klik DI SINI. Menurut penulis, ada lapan tabiat buruk lelaki yang tidak digemari wanita :


1. Tinggalkan saja pinggan, mangkuk, gelas, cawan begitu saja selepas makan kerana menganggap ada orang (wanita) yang akan mengemas dan membasuh perkakasan itu untuk mereka.
2.Tabiat buang sampah merata-rata sering dimiliki kebanyakan lelaki perokok. Puntung dan kotak rokok sering kali dilempar saja sesuka hati mereka walaupun banyak bekas habuk rokok dan tong sampah yang disediakan di sana-sini.
3.Tidak membersihkan sisa cukuran misai dan janggut di atas sinki selepas selesai bercukur.
4.Merokok atau membaca di dalam tandas.
5.Gemar gunakan lebih daripada satu cawan atau gelas minuman dalam sehari, sedangkan malas untuk mencucinya.
6.Tidak peduli untuk memastikan pakaian mereka berada dalam keadaan teratur di tempat penyimpanannya. Ramai yang memunggah-munggah pakaian ketika mencari pakaian yang hendak dipakai hingga bersepah di sana-sini. Ada juga yang suka meletakkan pakaian yang sudah dipakai merata-rata.
7.Buang angin, sama ada sendawa ataupun kentut tanpa segan silu dan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain.
8.Tidak menumpukan perhatian apabila seseorang bercakap dengan mereka. Selalu tidak faham atau terawang-awang hingga memaksa seseorang untuk mengulang kata-kata berkali-kali.

Ulasan Imanshah : Mungkin ada dalam kalangan lelaki yang begitu, tapi ramai juga yang sangat peduli tentang kebersihan dan kekemasan diri, rumah dan tempat kerja. Kalau Imanshah, malu lah nak kentut depan orang ramai. Mahu tak keluar rumah seminggu. Hehe.Apapun kebersihan dan kekemasan merupakan tuntutan agama. Jadi kepada semua pembaca HOK SENGOTI, tak kira lelaki dan wanita, kebersihan bukan sahaja di luar sahaja, tapi tang hati tu juga mau bersih!!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqaz. said...

hahaha.tp itu mmg kebenaran...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Sebilangannya lelaki begitu tak boleh dinafikan...

iqbalsyarie said...

Wah~ analisa yang sangat kritis :P

Sham said...

jaga je kebersihan dah dapat separuh iman...

shamizu said...

salam kunjung.
Kentut?
Ada trik juga lelaki ni nak cover. Kalau dalam lif, tiba-tiba terkentut, cepat-cepat dia tutup hidung. Lepas tu buat-buat soal.
"Siapa kentut nie?"

ibuintan said...

Assalamualaikum Iman,

setuju dengan ustaz Razak.. sebilangan besar begitulah adanya

khaifaiz said...

mungkin

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

bole ni sbgai perkongsian ni...

nur aisya humaira said...

Betul tu,tak semua kot laki macam tu..Tapi time belajar dlu, majoriti membe laki buruk perangai..:)
soy org laki ye, ni kawan2 aisya laa...langsg tk jage kebersihan...:)

Rozuan Ismail said...

kalau tak tahan sgt kentut,kasi keluar sikit2 jgn byk2

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

hehe..ada jugak lah sikit2 ciri tu..keh3..

Afida Anuar said...

Ada jugak yang tak shah..depends..

macam perempuan jugak la;0

::FAIZ FARISH:: said...

kadang2 kot...hihi

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

cikgu mesti maskulin orgnya kan..mesti sgt jaga penampilan

NzA said...

xsemua org lelaki camtu....
rasanya adik akak sorg nie xtrsenarai kt atas tu kan...kan...kan.....

nurkass said...

uishhh..
n3 yg bagus ni dik..hehe

bukan nak kata la kan..ada juga golongan lelaki yg mcm tu..tapi wanita juga tak ketinggalan..semuanya adil..tak leh nak salahkan pihak lelaki jek..betul tak..ada pro n kontra..

so, yg baik jadikan teladan dan yg buruk tu buang terus..barulah wujud perpaduan..heh

Amy Syaquena said...

hahaha tapi ia memang satu kebenaran..

hysman said...

tp la ni pompuan pun dah takde segan silu bro... hahaii

gadisBunga said...

couldn't agree more... :)

nabilah_2908 said...

betul tu..tk semua lelaki mcm ni..ala..perepuan pun ada juga yg berperangai macam ni..myb tk seramai lelaki.. :)

bab guna cawan tak basuh...kat office ni...haih...mmg berlaku...sakit hati je tgk cawan berlambak dalam sinki kt pantry tu...payah sngt gak nya nk cuci...

jom ke APA KATA HATI pulak ;
LAUK MALAS

ratusiput said...

PALING tak suka no.4 & no.7 :)

lalink7 said...

setuju dengan semua di atas..hehehe..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget