WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, April 12, 2011

TERIMA KASIH SEGALANYA

Assalamualikum W.B.T. Imanshah doakan kalian semua dalam keredhaan Ilahi hendaknya. Hari  ini Imanshah ingin  dedikasikan entri ini buat para pembaca dan teman-teman maya Imanshah. Walaupun, blog Hok Sengoti merupakan blog yang pada sesetengah pihak hanyalah blog biasa  yang kurang imformatif, sekadar berkongsi cerita baik-baik sahaja tentang diri Imanshah, namun Imanshah tetap berbangga kerana Hok Sengoti terus mampu berdiri di alam maya ini.  Biarlah masing-masing punya pendapat sendiri tentang Hok Sengoti, segala teguran Imanshah lihat sebagai sesuatu yang positif. Antara golongan yang sering mengunjungi Hok Sengoti ialah :

1) Golongan pendidik
Alhamdulillah, berkongsi minat , berkongsi citra dan rasa yang sama. Bertukar-tukar pendapat tentang dunia pendidikan yang semakin mencabar. Sekadar menyebut beberapa nama seperi CkLahteacher SoffeaKak NZAIbuintanCikgu DahliaDinas AldiKak WanIzzah dan ramai lagi golongan pendidik yang tak dapat Imanshah nyatakan satu persatu. Imanshah doakan kalian akan terus gagah, teguh dan tidak lelah menjunjung amanah mendidik anaka bangsa. Imanshah  kagum dengan cikgu-cikgu semua!

2) Anak-anak Bintang

Alhamdulillah, walau ada dalam kalangan anak-anak Bintang yang telah meninggalkan sekolah, dan memulakan kehidupan baru di dunia luar, namun insyaAllah hubungan guru-pelajar tidak kan putus. Nama-nama seperti GabbanaNubFayyadhEszolAfdhol (sekadar menyebut beberapa nama) masih tetap berhubung dengan Imanshah terutamanya melalui blog. Walaupun ada dalam kalangan mereka lebih terkenal dari Imanshah di alam maya ini, namun mereka masih lagi tetap ingatkan Hok Sengoti. Begitu juga dengan para pelajar yang ada sekarang. Sebut Hok Sengoti, mereka sebut Imanshah.

3) Golongan bapa/ ibu-ibu

Walaupun Imanshah boleh dikatakan agak muda ( sila muntah ok ) tapi Imanshah suka berkawan dengan orang yang lebih dewasa dari Imanshah. Yalah, mereka kan dah merasa garam terlebih dahulu, lautan dalam pun dah duga, gunung tinggi pun dah daki, apalah sangat Imanshah yang ilmu setampuk pinang cuma. Terima kasih lah buat Ayu Citarasa RinduanIkan EmasKakCik SerojaKak NurkassMak DaraRozaliSahromnasrudin dan Ustaz Razak. Maaf sekadar menyebut beberapa nama. Di alam maya inilah saya banyak belajar dari pengalaman kalian. Syukran jazilan ya Akhi wa Ukhti.

4) Golongan anak dara/ bujang teruna 

Ni kira golongan pembaca yang sebaya lah atau sedikit muda atau sedikit tua. Hehe. Tapi rata-rata yang masih belum bergelar isteri atau suami orang. Selalunya mereka ni sekepala dan senang disakat. Hehe kalau tak takda lah Imanshah nak jadikan calon orang rumah kan. Wahaha, tak begitu White Rose dan Gadis Bunga. Jangan pula KeenAfidaanuarAisyahumaira dan Syira jeles. Hehe. Yang lelakinya, seronok berkawan dengan PatikAretikzIkhramQamarulRaji, MrSYah dan ramai lagi na. Dengan blog, yang jauh kita dekarkan, yang dekat, semakin rapat, ok gitu??

Sekadar mengucapkan jutaan terima kasih atas persahabatan maya ini. Kepada teman-teman yang secara total gagal Imanshah senaraikan di sini, ampun maaf dipinta. Kalian juga sentiasa di hati ini. Tanpa kalian, Hok Sengoti tidak akan berdiri seperti hari ini.  Wah dalam hati dah ada kebun ke?? Haha. Jua tak lupa kepada pengunjung senyap Hok Sengoyi. Walau malu untuk meninggalkan jejak, namun Imanshah tahu kehadiaran kalian, sentiasa mengintai dari tirai kamar. Terima kasih atas segalanya. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

NuSaNa NoSa 91 said...

ok, keen jeles~~ sila pujuk sekarang.. hahahahahahaha~ ^_^

btw, terima kasih juga kat cikgu imanshah~ betul x aretikz..?? ^_^

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman..
sama2..
tapi nak habaq nie.
ayu mmg muntah hijau...
kita sebaya okey...hahhahahahha
gurau.. (tapi, memang ayu nie dah terlebih makan garam kot...)

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91

betul betul betul..haha sore upin dan ipin

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

Salam Ayu..tahu, tapi org yg dah berumah tangga ni banyak pengalaman dia, tambah2 tukang masak dan pemilik Citarasa Rinduan ni kan...banyak makan garam masa try masakan..huhu

ckLah said...

Sama-sama...saling memberi...saling menerima....



Semoga maju jaya Laman Maya mu...

ckLah said...

Errr...errr...er...
Nama ku yang pertama dicatat...




...sambil tersipu-sipu dan tertunduk malu, terkedip-kedip mata.

shahjiehan said...

sama2..

jom baca dan komen Batu Hidup - Batu Nisan itu hidup

norfaridahanum said...

sama-sama =)))

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..
terima kasih jugak utk cikgu..:)
aisya tak jeles laa, klu nak grab terus je..hak2..:)
(gurau je naa,ckgu iman..)

hok sengoti byk tentg kehidupan, sye suke bace..:)

Jebat Taruna said...

salam sejahtera .....

Al Falah Al Has said...

saya masuk golongan mana??

Afida Anuar said...

Eh tak jeles...tak jeles pong....errrr tp jeles gak sket2...kahkahkah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Terima kasih kembali, cikgu!

~Barangsiapa ingin diberi kedudukan yang tertinggi di hari akhirat, hendaklah ia bersahabat di jalan Allah~

kakcik said...

Sama-sama kasih. Kakcik juga gembira kerana ramai yang sudi menjadi rakan maya kakcik walaupun kakcik hanya pembancuh kopi yang belajar setakat SRP, rakan2 maya yang terpelajar nampaknya tidak pun menyisihkan kakcik. Syukur Alhamdulillah. Kakcik sayang kamu semua. :)

NzA said...

gembiranya bila diri sntiasa diingati..
Lain macam je iman bunyinya nie....
ttp yg pasti iman salah seorg yg menceriakan diari ibu.......TQSM!!!

::FAIZ FARISH:: said...

sama-sama

sahromnasrudin said...

sama-sama..ksih akan dipertimbangkan ya hehehehhee....

nurkass said...

alhamdulillah..
terharu dgn penghargaan ni..
thanks dik..

erkkk..
cuma geram jek..apsal nama tu tergolong dikalangan org yg dah berkahwin..huhu...owh sedih..

wahida said...

huwaaaaa!! ni yg sentap neh...nama den tak disebut!!

ekekekekek...

Cik SHiNJU said...

Nama saya tadek..sob :'(

aReTikZ said...

Thanx juga buat Abg Shah no.. Sahabat dunia akhirat.. tak gitu.. kan Keen? haha..

Entri Lelatest
99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama

Oasis said...

Ingatkan imanshah dh nak merajuk td. Nsib baek cikgu ni sorang yang kuat, tabah dan tak mudah putus asa. Chaiyok2..

ikan emas said...

Terima kasih juga kerana ingat kat si ikan emas....yg dah rasa nak lemas


semoga bertambah hebat, cemerlang dan glamerrrr

ibuintan said...

terima kasih nak Iman kerana sudi menerima ibu seadanya

semoga kita terus berjuang dengan penuh sabar dan ikhlas demi anak bangsa dan negara

Dinas Aldi said...

sama-sama dik. semoga terus menulis ya!

Miecyber said...

Sama sama...

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

gadisBunga said...

alamak, i tak boleh stop senyum la abgshah. cemana ni? :p

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget