WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 9, 2011

TERSALAH EMAIL

Kisah ini saya ambil dari FB milik kawan saya.

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer  di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail  kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya  dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. 

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas  pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan  untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej  daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si  janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik 
ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej  di dalam skrin komputer: 

To : Isteri kesayanganku 
Subject : Abang telah selamat sampai 
Date : 30 Nov 2010 

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka  telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang  telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti  lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Moral of the story: Semak betul-betul alamat email penerima sebelum menghantar sebarang email......


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Zuewairy said...

hek3... seram!


3Hari 2Malam Lawatan sambil belajar ke Kuching dan KK

saye.mejai said...

hahah. LOL. dah pernah bace tapi still gelak.

Dinas Aldi said...

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!

Hafzan Sarah said...

haha..emel dari alam barzakh

NuR si CiKGu RiBeNa said...

hehe... lawak.. tapi boleh pengsan org yg baca tu

ibuintan said...

hehehe... nasib baik pengsan je

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom terjah entry terbaru
kereta gear auto dan gear manual

uihhhhhh dah syat kekasih gelap kamu ni yerrrr.... ni cari nahasssss

shameel Iskandar said...

lawak sungguh. hahahaha

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi sabtu cikgu..
hehhehe. ayu pernah baca email nie..lawak2...

Afida Anuar said...

boleh pulak tersalah email kat bini orang yang baru kematian suami tu...kehkehkehe

Kakzakie said...

Mana tak pengsan kalau kakak pun sama gak. Heee.....

Cik SHiNJU said...

Miahahaha...dia pun sampai esok..
Maunya x pengsan.. :P

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

he he...seram

bab tersalah alamat nii
ramai yg terkena
boleh gadoh looo

Wassalam

Oasis said...

Klu betul2 cam ne la tu

::FAIZ FARISH:: said...

hahaha, mana janda tu tak pengsan... kahkahkah

nyanyisunyi said...

tu lah lain kali hati2 nk send emel...

p/s sebut pasal emel..masih tertanya2 siapakah pengirim emel misteri kak ida..tetiba muncul dn tetiba menghilang..

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hahaha tak leh blah..terutama part
"abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini."

kalau saya..saya pun pengsan

NzA said...

xthn nk gelak..simpati pn ye..mau xpensan dpt email dr kubur...hi...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget