WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 30, 2011

TUA KE MUDA?

Assalamualaikum WBT. Hanya sekadar entri pendek, nak bertanya dengan kawan-kawan. Bahaimana nak tahu buah mangga kita tu muda ke tua? Kalau pokok kelapa tu saya tahu lah. Bukan apa, Imanshah nak petik dan peram. Banyak sangat lah. Sampai dah melandut ke tanah pula. Bukan apa. Kalau dibiarkan masak di pokok nanti berebut dengan burung pula. Ingat nak hulur kepada kawan-kawan sebiji dua. Terima kasih ye.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

aqmalazmi said...

wahhhhh...rezeki allah bagi tuww.
best best best......

~Nabilah~ said...

x tau la pulak.....mkn tau ar....hehehe...slaloonyer,pkai ambk jer...

adrenalina said...

cuba try ketuk...kalau keras sgt tu muda lagi lah tuh huhu

Shazmiey Abdurahman said...

dah lama tak makan mangga! err, mangga lom masak paling sedap!hihi..makan dengan kicap..hihi..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

dia tgk gak jenis nye iman shah..klu mangga lemak..dia rs nye xde masak smpai kuning kalernye...ijau pon still sedap & x masam...ni jenis ape agak nye ek???

ckLah said...

Cara menentukannya...
Bagi cklah makan.
Kalau ckLah rasa sedap, itu tandanya dah cukup matang.

:D

Acik Erna said...

iman..rezeki tu..alhamdulillah banyak buahnya.
kalau nak tau dah tua ke belum..imanshah tengok di bahu buah mangga tu dan ditempat tangkainya keluar..
kalau masih lagi elok bulat..belum tua..
tapi bila ditempat tu dah nampak macam..melekuk sikit kedalam..maknanya mangga tu dah tua.

shahjiehan said...

wah..cicah ngan kuah rojak mmg sedap!!

Afida Anuar said...

Shah... senang je, kalau terpetik yang muda.. boleh peram dibuat jeruk. Kalau terpetik yang tua, terus ngap...

err..okebai!. he he

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget