WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 18, 2011

WANITA TUA ITU

Semalam sewaktu Iman nak bayar duit  kereta di mesen ATM CIMB, tiba-tiba Imanshah didatangi seorang wanita tua yang agak lanjut usianya. 

"Adik tolong keluarkan duit makcik!! 50 ringgit cukuplah. Makcik ni dah dua kali datang, pagi tadi tak boleh keluarkan duit. Tu yang datang lagi petang ni"

Imanshah terus mengambil kad ATM nya dan terus cuba mengeluarkan duit. Malangnya usaha itu masih gagal dan arahan di mesin menyuruh pemegang kad menghubungi bank.

Sambil mengeluh, makcik tersebut memberitahu dia datang dari jauh berjalan kaki sejauh 2 km semata-mata nak keluarkan duit. Katanya anaknya yang bekerja sebagai askar di Sabah memasukkan duit untuknya. Sudahlah panas, berjalan kaki pula tu.

Tanpa disuruh wanita tersebut bercerita dia berusia 63 tahun dan tinggal seorang diri. Anak tunggalnya bekerja di Sabah. Suami nya pula sudah 25 tahun meninggal. Dia menyewa di Kampung Simee, sebuah perkampungan cina. Apabila ditanya kenapa menyewa di situ, katanya hanya rumah itu yang termampu untuk disewa.

"Rumah sewa makcik selalu bocor. Macam nak cari rumah sewa lain. Awak tinggal mana?? Macam kerja besar je? "

Tetiba teringat ibu yang berada di kampung, walaupun ayahanda baru meninggal dunia, namun ibu masih memiliki anak-anak yang ramai, iaitu tujuh orang. Dan Alhamdulillah, walaupun tidak mewah, makan, pakai dan minum ibu lebih dari cukup. Hati sayu apabila membandingkan betapa ramai orang yang tak bernasib baik di dalam dunia ini, Walau dalam kepayahan, mereka tetap meneruskan hidup, dan ada di antaranya begitu cekal dan gigih meneruskan hidup dengan mencari rezeki yang halal, dan tidak meminta-minta pun.

Tiba-tiba hati terusik dan terdetik. Apa agaknya nasib diriku apabila sudah tua nanti, usia juga makin meningkat, namun masih belum membentuk keluarga bahagia!! Akhirnya wanita tua itu Imanshah hantar sehingga ke kawasan perumahannya, dan sebelum turun, Imanshah hulurkan sejumlah wang!! Dan Imanshah tahu melalui sinar matanya yang semakin bergenang, hatinya sarat dengan ucapan kesyukuran. Alhamdulillah!!





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz. said...

kesian mak cik2...bersusah pyh dia nak keluar duit..
Tp nasib kita berbeza,byk berdoa spy nasib kita jadi lebih baik ...

khaifaiz said...

kesian kt mak cik tu.. anak seorang tapi jauh pula.. moga mak cik tu dipermudahkan urusannya..

Aspirasi said...
This comment has been removed by the author.
gadisBunga said...

tu ke gambar makcik tu?

harap2 awak dapat membina sebuah keluarga secepat mungkin. amin~

doakan saya jugak ye.

♥ manje ♥ said...

moga makcik itu baik2 shj...
em kita pon kdg2 terfikir jugak
nati2 bila tua...

mcmana lah agaknya bila nak amik duit... nak ke anak2 jaga... mcm2 lagi huhu ~

NuR si CiKGu RiBeNa said...

untung ada ramai anak
boleh jaga...
tapi ramai anak tak mampu jaga ibu seorang... sedangkan ibu boleh

perlu amik iktibar di situ

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

sebak rasa hati membacanya..tsk!

Miecyber said...

Satu tindakan mulia..

Ikan Patin Temerloh

lalink7 said...

alamak tetibe rasa nak terima kasih kat iman sbb tlg makcik tue..

wahida said...

sian makcik ni..

mcm mana lah kita bila dah tua nnt...

Encik Suami said...

Tabik spring atas apa yg anda lakukan.Begitulah lumrah kehidupan.
Harap nanti..kehidupan kita tidaklah sampai ke tahap kehidupan makcik tue.

kesian dia. Dah tua2..berjalan jauh. Naseb baek tak jadi apa2 pada dia.

ibuintan said...

iman... oleh itu mulakanlah langkah, bina keluarga bahagia

apa yang nak ditunggu lagi bila kemampuan telah ada

Dinas Aldi said...

kesian makcik tu, anaknya jauh..

YUL said...

baiknya hati kau bro, aku rse sedih bce entri kau nie, dah dapat bygkan dah macam mana situasi tu, ksian mkcik tu, anak dia jauh,

Azmi said...

tu lah hidup ni....

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Simpati. Jika kita cuba memahami dan meletakkan diri kita pada situasi mereka yang serba kesulitan ini, tentu tak terbayang bukan. Mungkin kita dapat bersabar. Belum tentu kita dapat bersyukur~

"Hanya sedikit dari hamba-Ku yang pandai bersyukur." [QS Saba, 34:13]

Tambahan:
Dengan bersabar, Allah akan bersama kita. Sebaliknya dengan bersyukur, Allah akan lebih dekat dengan kita. Jom bersyukur sekaligus bersabar.

Oasis said...

Kesiannya mak cik tu

Terima kasih imanshah kerana sudi membantu...kalau oasis pun ada time tu..mahu tak menangis.

MiaZarra said...

Terharu...
Simpati dgn makcik tua tu....
Tntu masalahnya nk kuarkan duit tu berterusan jugak klu dia tak ke kaunter....jadi, hari ni, msalah dia dh ok ke?...Bagaimana jika masih mcm tu gak...kesiannya.. (sebak....)

Miss Sunshine said...

Alhamdulillah.. Alangkah bagusnya jika setiap manusia berjiwa mulia dan berempati seperti Iman.. Kita doakan Allah memudahkan urusan makcik tu... Semoga kita semua mendapat hikmah disebalik peristiwa yang terjadi. =)

nur aisya humaira said...

bagusnye cikgu iman..:)

kecian plak makcik tu, tgl sorg2..ank duk jauh...:(

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

gulp...tersentuh dgn entry ni man...

~Insan Biasa~ said...

moga lebeh lagi dimurahkan rezeki Iman!

Afida Anuar said...

Shah.... tambah 10 markah;)

Zaidi Sarifuddin said...

semoga makcik tu berbahagia..
huuh

a kl citizen said...

Moga Allah memudahkan urusan iman dan makcik tersebut...

siti murni said...

terharu baca entri u...
Allah akan membalas segala kebaikanmu wahai cikgu imanshah...
kesian makcik tu....tersentuh hati..bayangkan lah kalau kita yang sebatang kara macam makcik tu, anak pulak jauh di tempat orang...huhu..:(

faridalazim said...

ya allah mulianya hati cikgu aku ni

Edy Fee said...

most meaningful entry that i've read today!
classic model

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget