WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 21, 2011

24 JAM TIDAK BERSIARAN

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Baru berkesempatan untuk on9 malam ini setelah 24 jam tidak ke udara. Hari yang sangat memenatkan. Alhamdulillah, keputusan contest telahpun diumumkan dan Alahamdulillah sekali lagi tiada bantahan secara bertulis terhadap keputusan tersebut. Terima kasih buat teman-teman yang menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada.

Pada hari ini Imanshah menghadap tiga perkara yang agak besar. Pertamanya pasal teater muzikal yang akan dipersembahkan di Hotel Royal Bintang, Seremban sempena Majlis Anugerah Cemerlang HKSBP Kebangsaan nanti. Masih banyak aspek teknikal yang perlu dipertingkatkan. Kesian melihat anak-anak buah berlatih dari pagi dan di bawa hingga ke malam hari. Aspek tarian Dabus agak memuaskan, namun aspek teater masih perlu dipertingkatkan.  Namun, mujur semangat mereka kental untuk membuat persembahan yang terbaik untuk tatapan warga Sekolah Berasrama Penuh nanti. Doakan yang terbaik ya kawan-kawan.


Pada hari ini juga di sekolah berlangsung majlis aku janji ataupun bai'ah melibatkan pelajar-pelajar tingkatan lima dan tiga yang menduduki tempat 20 terbawah dalam peperiksaan. Juga melibatkan kehadiran ibu dan bapa mereka. Di sinilah para ibu bapa berpeluang untuk bertemu mata bertanyakan permasaalahan anak-anak mereka. Waktu inilah melihat ibu bapa berleter memarahi anak-anak dan sebagai guru kena bijak memainkan peranan agar moral anak-anak tidak terjejas. Alhamdulillah, mereka berjanji untuk mengubah sikap terhadap pelajaran. Moga usaha yang sedikit ini akan membuahkan hasil yang hebat nanti.

Hari ini juga Imanshah sibuk dengan persiapan pasukan bahas ke HKSBP di Kolej Tunku Kursiah pada hari Ahad ini. Dan selalunya latihan dijalankan hingga ke malam. Bukan apa, persediaan bahas ini bukan boleh ala kadar sahaja. Fakta perlu banyak, struktur bahas mesti tepat, penghujahan mesti sempurna dan persembahan juga seharusnya mantap. Mujurlah anak-anak ini memahami kesibukan kami guru-guru dan mereka banyak menjalankan R& D sendiri. Cuma Imanshah dan Puan Noridah akan memperkemaskan dari aspek penghujahan, pembinaan konsep dan juga persembahan.


Inilah gambaran perbincangan usul. Setengah jam diberikan untuk mereka membincangkan usul perdebatan dan selepas itu perlawanan diadakan. Imanshah dan bekas pelajar bertindak sebagai juri.


Beginilah junior-junior. Menunggu dengan setia abang-abang mereka habis berbahas. yalah nak jadi hebat kena merangkak dulu. Tak kuat jati diri lagi ni. Namun, banyak juga bantuan yang diberikan. Merekalah tukang cari maklumat, tukang kemas dan tukang bancuh air. Baiklah, malam dah terasa sangat larut, perlu ke kamar beradu sekarang. Jumpa lagi.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

^^nu[dd]yra^^ said...

amboi sibuknya....;p

IMANSHAH said...

@^^nu[dd]yra^^

tulah tak sempat nak mandi..huhu

Alang Ridhwan said...

gudluck utk HKSBP nanti.. ada rezki, boleh ke final.. salam sokongan dari orang Kedah..

DaHLia said...

wahhh busynyer cikguuu...
seb bek daku kurang busy skrg ni..
tinggal marking paper exam je

iKhRam said...

hahhaa..
dah abis hari guru.. bahas pulak.. huhu!!
inikah jadual seorang guru,,???
sangat menyeronokkan..!! sebab mesti tak pernah sunyi kan??

waN Mohd Salim said...

sibuk bebenor cikgu ..

cikgu saye send email kat cikgu x de balasan .. cikgu x ade fb ke cikgu ?????

Afida Anuar said...

Alahai kesian kat anak-anak...tertidur sudah...

moga sukses dalam pertandingan!

ibuintan said...

sibuknya cikgu yg sorang ni... takpe masa bujang ni lah, join lah semua program

wah...maknanya sekarang ada di Seremban lah ni

Insan Marhaen said...

gitu le ghopernya jadi cikgu ye. letih bebenor teman nengok.

tak ngape. ikhlaskan hati. insyaAllah, dapat ganjarannya tu nanti..

sarah-najwan said...

oooo..sama unit kita...

akak jugak akan ke TKC sb jadi hakim bahas..

awk jd guru pengiring eh?
skol apa yer..STAR?

Kakzakie said...

Penat betul kalau kakak lihat rentetan hidup cikgu. Nak jumpa girl friend pun tak ada masa ye...

::FAIZ FARISH:: said...

take care

Mama Syamil said...

sibuknya cikgu...
semoga berjaya dalam pertandingan nanti...

Rozuan Ismail said...

sibuk sugguh ye.bila HKSBP?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget