WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, May 4, 2011

BARCELONA MELANGKAH KE WEMBLEY, REAL MADRID BERPUTIH MATA

Berakhir sudah rangkaian pertemuan Barcelona dengan Real Madrid dalam 18 hari terakhir di tiga perlawanan yang berbeza. Pada pertemuan separuh akhir Liga Juara-juara , Barcelona berjaya menyingkirkan Madrid .  Keputusan seri 1-1 di Camp Nou sudah cukup bagi Barcelona untuk mara  ke babak akhir ke kejohanan paling berprestij di Eropah  dengan agregat 3-1. 


Madrid mengambil inisiatif menyerang dari awal lagi untuk cuba  mengatasi defisit dua gol pada pertemuan pertama. Kaka diturunkan  sejak minit pertama, begitu juga dengan Gonzalo Higuain. Sementara, Barcelona menurunkan semula Andres Iniesta yang sudah pulih  dari cedera. Eric Abidal, yang menjalani pembedahan  tumor hati bulan lalu, diletakkan di bangku simpanan. 12 minit masa permainan,  Ricardo Carvalho, dihadiahkan kad kuning pertama perlawanan  kerana melanggar Lionel Messi. Namun, Madrid sebenarnya tidak berupaya bermain dengan keras dan pergerakan mereka nampak lebih tersusun  dibandingkan pusingan  pertama.Madrid beruntung memiliki Iker Casillas yang berjaya mematahkan beberapa peluang tuang rumah . Antaranya tendangan melengkung David Villa cubaa Messi juga dapat diselamatkan. Namun, Madrid berjaya melakukan beberapa serangan dan cubaan berbahaya. Cristiano Ronaldo nyaris memanfaatkan kelemahan  sebelah  kiri pertahanan Barcelona yang asyik menyerang. Sayangnya, umpan silang mendatar Ronaldo  berjaya dihalang  Victor Valdes. Keputusan seri 0-0 sehingga tamat babak pertama.


Pada minit ke-54, para penonton  Camp Nou akhirnya bersorak. Umpanan  Iniesta diterima dengan mantap oleh Pedro Rodriguez.  Bola kemudian ditendang  kiri bawah gawang Casillas. Kedudukan setakat ini Barcalona 1 Madrid 0. Tugas Madrid kian berat dan penolong jurulatih Aitor Karanka memasukkan Emmanuel Adebayor serta Mesut Oezil untuk menguatkan pasukannya. Hasilnya, sepuluh minit setelah ketinggalan , Madrid berjaya menyamakan kedudukan.  Marcelo berjaya menjaringkan gol penyamaan Madrid. Kedudukan 1-1 menghidupkan peluang Madrid. Tidak mahu melepas peluang, Barcelona mencuba bermati-matian untuk mengekalkan agregat dengan memasukkan Seydou Keita untuk menggantikan Villa. Tempo permainan mulai menurun dan kedudukan tidak berubah hingga perlawanan  berakhir. Perlawanan akhir akan dilangsungkan di Wembley, 28 Mei nanti , dan kini Barcelona menanti pemenang anatar Manchester United menentang  Schalke.


 BARCELONA 1-1 REAL MADRID

BARCELONA LAYAK AGREGAT 3-1


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

CIK TOM said...

tahniah kpd pasukan barcelona..konpem semua penyokong barcelona happy nih...

Kakzakie said...

Org kalau dah minat bola, rentetan dan jalinan pertandingan boleh diulas kembali....

Kakak tak tengok pun pasal bola-bola nie....

Miecyber said...

Cayalah Barca...

Penemuan Saintis Islam

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah pada diorang

Daddy Ziyyad said...

Final @ Wembley:

Barca VS MU

Yeahhhhhhh!

d_LA said...

gloria2 barca !!!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

YAAA GADIS BOLA SUDAH MUNCUL

ALL HAIL BARCELONA!

BARU MAMPU SENYUM

Shazmiey Abdurahman said...

hihihihhii. mu vs Barca..MU Menang! tengok lah.hihi..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget